Assalamualaikum,
Hari Jumaat.... Seperti biasa aku dan boss akan pergi ke Alamanda dan membeli makanan kegemaran kami... hehe... tetapi aku mengambil hidangan biasa kerana pada malam ini jiran aku ada membuat rumah terbuka di rumah beliau... Jiran aku menghidangkan nasi ayam dan kuih muih untuk hidangan para tetamu... Aku dan hubby berjalan kaki sahaja untuk ke rumah dan aku terserempak dengan kakak Noorhan bersama dengan hubby.... Kami sama-sama berjalan kaki ke rumah jiran kami... Selesai makan dan bersembang dengan tuan rumah, kami pun berangkat pulang dan kakak Noorhan singgah sekejap ke rumah aku untuk berbual-bual dengan aku manakala hubby aku pula bersiap-siap untuk pergi kerja waktu malam... Hubby kakak Noorhan pula bersembang dengan seorang lagi jiran aku yang akan membuat kenduri kahwin anak perempuan dia pada esok hari... Memang meriah betul kawasan perumahan aku pada tahun ini... yang paling seronok sekali adalah selama 2 hari ini aku tidak perlu memasak kerana semuanya ada makanan percuma... Hari esok ada kenduri kahwin jiran aku dari waktu pagi sampai petang dan pada hari Ahad ini, ibu saudara aku membuat rumah terbuka di rumah dia di Taman Melawati, KL.... Banyak betul perkara yang kami bual, tentang diri masing-masing, tentang kerjaya dan macam-macam lagi perkara yang kami bangkit...Maklum sahaja walaupun kami berjiran tetapi kami jarang berjumpa kerana masing-masing sibuk bekerja...
Memang seronok hadiri kenduri dan majlis kahwin.
ReplyDelete