Assalamualaikum,
Hari ini aku dan boss telah pergi ke Perpustakaan Negara Malaysia untuk menghantar buku pinjaman berkelompok dan meminjam semula buku pinjaman yang lain... Kami meminjam buku sebanyak 220 buah dan kebanyakan buku yang kami ambil adalah buku bacaan ringan... Antara buku popular yang biasanya pengunjung perpustakaan yang dibaca adalah novel, buku agama dan buku kanak-kanak... Kami pergi dengan menaiki kenderaan jabatan dan tepat pada pukul 12.15 tengahari kami pulang ke office dengan muatan 4 kotak buku...Kemudian aku mendapat panggilan telefon dari office, rupa-rupanya sahabat aku yang mahu masuk ke perpustakaan untuk memasang penghadang dan meja yang baru untuk boss aku... Lantas aku memberitahu yang kami dalam perjalanan untuk pulang ke office dan bila sampai sahaja di office, aku dan boss terus mengemas meja yang lama untuk dimuatkan meja baru... hehehe.... Boss aku begitu seronok sekali kerana dia telah mendapat meja yang baru... Aku pula hanya menunggu bangunan baru Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia yang sedang dibina di bahagian belakang office sekarang siap sepenuhnya pada akhir tahun 2012... Masa itu, kami bakal mendapat bilik kerja yang luas dan perpustakaan akan menjadi besar jika dibandingkan dengan keadaan sekarang.... Suhu badan aku meningkat dari pagi tadi sampai waktu sekarang, aku tidak tahu samada aku ini demam atau cuma suhu badan sahaja meningkat... Tadi, hubby telah keluar untuk singgah ke office dia, dan setelah hubby pergi, aku pun memasak makan malam untuk dia... Aku buat sup ikan salmon dan nasi putih manakala ulam pula pilihan aku adalah ulam raja.... Malam ini semua drama dan filem di tv memaparkan aksi yang best, contohnya channel Astro Fiesta CH100 ada menayangkan filem Gerak Khas The Movie I, channel Astro Ria CH104 menayangkan cerita X-Men : The Last Stand dan channel Astro Ceria CH611 menayangkan cerita Ultraman Mebius And Ultraman Brothers...Kepala aku menjad pening kerana tidak dapat membuat keputusan untuk memilih salah satu filem tersebut.. Akhirnya aku membuat keputusan muktamad.. So, aku fikir hendak masuk tidur dahulu kerana aku tidak ada selera untuk makan walhal masa aku memasak tadi, perut aku rancak berbunyi tanda lapar... Mungkin juga aku sudah kenyang bau so aku tidak berasa lapar...
Peminat Ultraman ke?
ReplyDeletePerut masuk angin agaknya, itu yang rasa macam sudah kenyang.