Assalamualaikum
Hari Isnin... Hari permulaan bagi minggu kedua untuk bulan Oktober. Aku rasa masa semakin suntuk dan aku perlu menghabiskan kerja-kerja yang terbengkalai... Apa yang aku harus buat untuk hari ini? Oh ya! Semalam aku bercerita tentang kewujudan Perpustakaan Negara Malaysia... Hari ini aku akan menceritakan tentang bagaimana kerja aku dilaksanakan dan apa tugas-tugas aku sebagai pembantu perpustakaan... Aku harap dengan ada artikel ini akan membantu kamu semua faham akan kerja-kerja sebagai pembantu perpustakaan.
KATALOG PERPUSTAKAAN
Katalog merupakan senarai material yang terdapat di dalam perpustakaan
dan dilakukan oleh unit pengkatalogan sesebuah perpustakaan. Katalog
digunakan untuk memudahkan pencarian buku oleh pengguna mahupun pustakawan
dengan merujuk nama pengarang sesebuah buku, tajuk buku mahupun subjek
buku terbabit. Ia juga merujuk kepada koleksi-koleksi yang terdapat di
dalam perpustakaan tersebut.
JENIS KATALOG PERPUSTAKAAN
Buku Katalog
Buku katalog merupakan senarai buku yang ada dalam perpustakaan yang dinyatakan di dalam sebuah buku. Ia juga kebiasaannya ditulis. Buku katalog bermanfaat kerana sifat kompaknya dan mudah dibawa tetapi ia agak mahal dan tidak boleh dihasilkan semula selain tidak boleh memasukkan maklumat tambahan atau baru.Kad Katalog
Ia dibuat dalam sebuah kad yang berukuran ‘3 inci x 5 inci’ untuk sekeping kad.
Mikroform Katalog
Rekod-rekod dipaparkan dalam bentuk imej mikro dan perlu menggunakan mesin pembaca mikroform untuk menyemak katalog jenis ini
OPAC
OPAC
adalah singkatan untuk “Online Public Access Catalog” dan merupakan
katalog paling terkini dan kebanyakan perpustakaan pada hari ini
menggunakan untuk menggantikan katalog manual mereka. Maklumat boleh
dicari menggunakan pangkalan data komputer. Contoh OPAC adalah ILMU yang digunakan menyeluruh di semua perpustakaan UiTM.
Post a Comment
❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧