Diari harian

Monday, October 10, 2011


Assalamualaikum
Hari Isnin... Hari permulaan bagi minggu kedua untuk bulan Oktober. Aku rasa masa semakin suntuk dan aku perlu menghabiskan kerja-kerja yang terbengkalai... Apa yang aku harus buat untuk hari ini? Oh ya! Semalam aku bercerita tentang kewujudan Perpustakaan Negara Malaysia... Hari ini aku akan menceritakan tentang bagaimana kerja aku dilaksanakan dan apa tugas-tugas aku sebagai pembantu perpustakaan... Aku harap dengan ada artikel ini akan membantu kamu semua faham akan kerja-kerja sebagai pembantu perpustakaan.


KATALOG PERPUSTAKAAN

Katalog merupakan senarai material yang terdapat di dalam perpustakaan dan dilakukan oleh unit pengkatalogan sesebuah perpustakaan. Katalog digunakan untuk memudahkan pencarian buku oleh pengguna mahupun pustakawan dengan merujuk nama pengarang sesebuah buku, tajuk buku mahupun subjek buku terbabit. Ia juga merujuk kepada koleksi-koleksi yang terdapat di dalam perpustakaan tersebut.

JENIS KATALOG PERPUSTAKAAN

Buku Katalog 

Buku katalog merupakan senarai buku yang ada dalam perpustakaan yang dinyatakan di dalam sebuah buku. Ia juga kebiasaannya ditulis. Buku katalog bermanfaat kerana sifat kompaknya dan mudah dibawa tetapi ia agak mahal dan tidak boleh dihasilkan semula selain tidak boleh memasukkan maklumat tambahan atau baru.

Kad Katalog

Ia dibuat dalam sebuah kad yang berukuran ‘3 inci x 5 inci’ untuk sekeping kad.

Mikroform Katalog

Rekod-rekod dipaparkan dalam bentuk imej mikro dan perlu menggunakan mesin pembaca mikroform untuk menyemak katalog jenis ini

OPAC

OPAC adalah singkatan untuk “Online Public Access Catalog” dan merupakan katalog paling terkini dan kebanyakan perpustakaan pada hari ini menggunakan untuk menggantikan katalog manual mereka. Maklumat boleh dicari menggunakan pangkalan data komputer. Contoh OPAC adalah ILMU yang digunakan menyeluruh di semua perpustakaan UiTM.

Post a Comment

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧