Tinggal 3 hari lagi untuk melangkah minggu yang ketiga... Minggu depan akan ada pegawai baru yang menggantikan Pn. Aida akan masuk... Aku berharap agar aku dapat bekerjasama sepenuhnya dengan beliau dan mudah-mudahan pegawai baru ini mempunyai sifat yang baik... Cuaca pada hari ini agak baik dan panas, sambil itu aku berharap agar cuaca akan baik sehingga hari Sabtu dan Ahad supaya aku dapat membasuh semua pakaian aku... Malam ini aku mahu bercerita tentang sifat-sifat Allah...
SIFAT-SIFAT ALLAH
Wajib bagi setiap mukallaf dan muslim mempercayai bahawa terdapat
beberapa sifat kesempurnaan yang tidak terhingga bagi Allah. Maka, wajib
juga dipercayai akan sifat Allah yang dua puluh dan perlu diketahui
juga sifat yang mustahil bagi Allah. Sifat yang mustahil bagi Allah
merupakan lawan kepada sifat wajib.
Sifat wajib pula terbahagi juga empat bahagian iaitu nafsiah, salbiah, ma'ani atau ma'nawiah.
SIFAT 20
Sifat Wajib | Tulisan Arab | Maksud | Sifat | Sifat Mustahil | Tulisan Arab | Maksud |
---|---|---|---|---|---|---|
Wujud | Ada | Nafsiah | Adam | Tiada | ||
Qidam | Sedia | Salbiah | Haduth | Baharu | ||
Baqa | Kekal | Salbiah | Fana | Akan binasa | ||
Mukhalafatuhu lilhawadith | berbeda dengan semua makhluk ciptaanNya | Salbiah | Mumathalatuhu lilhawadith | Menyamai atau bersamaan bagi-Nya dengan suatu yang baru | ||
Qiamuhu binafsih | Berdiri-Nya dengan sendiri | Salbiah | Qiamuhu bighairih | Berdiri-Nya dengan yang lain | ||
Wahdaniat | Esa Allah Ta'ala pada dzat,pada sifat dan pada perbuatan | Salbiah | Ta'addud | Berbilang-bilang | ||
Qudrat | Berkuasa | Ma'ani | Ajzun | Lemah | ||
Iradat | Berkehendak menentukan | Ma'ani | Karahah | Benci iaitu tidak menentukan | ||
Ilmu | Mengetahui | Ma'ani | Jahlun | Bodoh | ||
Hayat | Hidup | Ma'ani | Al-Maut | Mati | ||
Sama' | Mendengar | Ma'ani | As-Summu | Pekak | ||
Basar | Melihat | Ma'ani | Al-Umyu | Buta | ||
Kalam | Berkata-kata | Ma'ani | Al-Bukmu | Bisu | ||
Kaunuhu qaadiran | Keadaan-Nya yang berkuasa | Ma'nawiyah | Kaunuhu ajizan | Keadaan-Nya yang lemah | ||
Kaunuhu muriidan | Keadaan-Nya yang berkehendak menentukan | Ma'nawiyah | Kaunuhu kaarihan | Keadaan-Nya yang benci iaitu tidak menentukan | ||
Kaunuhu 'aliman | Keadaan-Nya yang mengetahui | Ma'nawiyah | Kaunuhu jahilan | Keadaan-Nya yang bodoh | ||
Kaunuhu hayyan | Keadaan-Nya yang hidup | Ma'nawiyah | Kaunuhu mayitan | Keadaan-Nya yang mati | ||
Kaunuhu sami'an | Keadaan-Nya yang mendengar | Ma'nawiyah | Kaunuhu asamma | Keadaan-Nya yang pekak | ||
Kaunuhu basiiran | Keadaan-Nya yang melihat | Ma'nawiyah | Kaunuhu a'maa | Keadaan-Nya yang buta | ||
Kaunuhu mutakalliman | Keadaan-Nya yang berkata-kata | Ma'nawiyah | Kaunuhu abkam | Keadaan-Nya yang kelu |
SIFAT KESEMPURNAAN
Dua puluh yang tertera di atas yang wajib bagi Allah terkandung di dalam dua sifat kesempurnaan. Sifat tersebut adalah:
- Istigna' ( ﺇﺳﺘﻐﻨﺎﺀ )
- Kaya Allah daripada sekelian yang lain daripada-Nya iaitu tidak berkehendak ia kepada sesuatu. Maksudnya, Allah tidak mengkehendaki yang lain menjadikan-Nya dan tidak berkehendakkan tempat berdiri bagi zat-Nya. Contohnya, Allah tidak memerlukan dan tidak mengkehendaki malaikat untuk menciptakan Arasy.
- Maka, Maha suci Tuhan daripada tujuan pada sekelian perbuatan dan hukum-hukumnya dan tidak wajib bagi-Nya membuat sesuatu atau meninggalkan sesuatu.
- Sifatnya: wujud, qidam, baqa', mukhalafatuhu lilhawadith, qiamuhu binafsih, sama', basar, kalam, kaunuhu sami'an, kaunuhu basiran, kaunuhu mutakalliman.
- Iftiqar ( ﺇﻓﺘﻘﺎﺭ )
- Yang lain berkehendakkan sesuatu daripada Allah iaitu yang lain berkehendakkan daripada Allah untuk menjadikan dan menentukan mereka dengan perkara yang harus. Contohnya, manusia memohon kepada Allah melancarkan hidupnya.
- Sifatnya: wahdaniat, qudrat, iradat, ilmu, hayat, kaunuhu qadiran, kaunuhu muridan, kaunuhu hayyan.
SIFAT YANG HARUS
Sifat harus atau sifat jaiz juga dimiliki oleh Allah. Harus bagi Allah memperbuatkan sesuatu yang harus ada atau tiada atau meninggalkannya. Contohnya, harus bagi Allah menciptakan langit, bumi, matahari dan yang lain dan harus juga bagi Allah untuk tidak menciptakannya. Tidak wajib bagi Allah membuat sesuatu seperti menghidupkan atau mematikan bahkan itu harus pada hak Allah.
tq for sharing
ReplyDelete