Assalamualaikum,
Minta maaf pada semua kerana 2 hari lepas aku tidak dapat mengemaskini blog aku, kerana aku mengalami sakit senggugut dan memaksa diri untuk bercuti selama 2 hari...Selama aku bercuti ini, aku tidak dapat melakukan apa-apa kerja sekalipun untuk membasuh pinggan dan makan lantaran sakit yang teramat sangat... Hubby pula menunjukkan rasa simpati dia pada aku dengan membawa aku ke klinik untuk mendapat rawatan... Terima kasih hubby kerana membawa sayang ke klinik! Jadi hari ini aku tiada cerita yang menarik untuk dikongsi kerana sakit aku mula menyerang lagi... Tetapi aku akan menceritakan tentang kata-kata hikmah daripada petikan sumber-sumber internet...Sama-sama kita hayati...
Tujuan agama yang benar dan ilmu yang benar hanyalah
satu iaitu menuju kebenaran yang mutlak.Ilmu untuk mengetahui dan agama
untuk merasai.Ilmu untuk bendanya dan agama untuk jiwanya. ( Hamka )
Perhatian kepada agama pada zaman ini sudah jauh
lebih maju daripada yang sudah-sudah.Disamping kejahatan yang bermaharajalela,keinsafan
kepada agama sudah mulai tegak.Di mana-mana orang mengadakan pengajian
kerena hendak mengetahui ajaran-ajaran agama. ( Hamka)
Agama tidak melarang sesuatu perbuatan kalau perbuatan
itu tidak merosak jiwa.Agama tidak menyuruh,kalau suruhan tidak membawa
selamat dan bahagia jiwa. ( Hamka)
Maksud agama ialah merentangkan jalan, manakala
fikiran ialah membanding dan menimbang. ( Hamka)
Tiga sifat yang ditimbulkan oleh agama, iaitu
perasaan malu iaitu enggan mendekati suatu yang tercela.Boleh dipercayai
di dalam pergaulan hidup ( amanah), benar dan jujur.
( Hamka )
Kepercayaan kepada Tuhan itu telah ada dalam lubuk
jiwa manusia.Tetapi kepercayaan tentang adanya Allah itu belum menjadi
jaminan bahawa orang itu tidak sesat. ( Hamka)
Seseorang mukmin dengan mukmin yang lain laksana
rumah batu, yang satu menguatkan yang lain. ( maksud hadis )
Kepercayaan agama menjelaskan bahawa manusia makhluk
yang termulia darjatnya di dalam alam.Penganut-penganut tiap-tiap agama
mempercayai bahawa penganut agamalah yang paling mulia. ( Hamka )
Post a Comment
❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧