Hari ini Al-Hamdulillah semua pakaian aku dan hubby telah kering sepenuhnya dan esok aku akan membasuh cadar, selimut dan sarung bantal pula... Tetapi sebaik sahaja aku mengangkat pakaian kering masuk ke dalam rumah, tiba-tiba hujan turun dengan lebat... Aku perlu memendekkan coretan aku untuk hari ini kerana aku terdengar bunyi guruh dan kilat sabung menyabung... Tetapi aku akan tinggalkan dengan kata-kata himah untuk hari ini... Aku harap kita akan berjumpa lagi Insya Allah... Minta maaf andai aku ada tersalah silap...
Benar jadi berani. (pepatah China)
Menyebut yang benar tidaklah akan mendekatkan
ajal dan tidak akan menjauhkan rezeki.
Orang yang merasai menang sementara kerana menentang
kebenaran,tetapai kebenaran itu akan mentertawakannya juga. (Hamka)
Kesusahan adalah jalan menuju kebenaran. (Bijron)
Benar tidak akan melukakan oarang yang memberitahunya.
(Chamberlain)
Katakan yang benar,sungguhpun ia pahit dan tidak
digemari orang. (hadis)
Wahai saudagar!Ambillah yang benar,nescaya kamu
selamat.Janganlah kamu menolak keuntungan yang sedikit kerana kamu tidak
memperolehi keuntungan yang banyak.
(Saidina Ali)
Berani kerana benar, takut kerana salah. (pepatah
Melayu)
Benar akan menang.
Tidak ada yang lebih benar selain kebenaran itu
sendiri.
Kebenaran tidak dapat dimusnahkan oleh air dan
api. (peribahasa Tibet)
Tidak semua orang yang menolak kebenaran itu tidak
tahu bahawa yang ditolakkanya itu benar. ( Hamka)
Yang menjadi kepala pemerintah ialah kebenaran
dan yang menjadi hakim yang paling berkuasa ialah keadilan. ( Hamka)
Tiga rukun yang benar dan perlu dalam mencapai
utama iaitu dengan tabiat, dengan pengalaman dan dengan pelajaran.Adapun
musuh yang sentiasa menghalangi manusia mencapai keutamaan ialah hawa-nafsu
yang menyebabkan marah.dengki (Hamka)
Manusia mempunyai batas kekuatan sedangkan kebenaran
tidak dapat dibatasi. (Hamka)
Katakanlah yang benar dan adil,sebab benar dan
adil adalah satu. ( Hamka)
Kesombongan tidak dapat bertahan di hadapan kesombongan.(
Hamka)
Yang benar tidak terikat dengan waktu. (Hamka)
Post a Comment
❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧