Diari harian

Tuesday, October 04, 2011


Assalamualaikum..
Minggu pertama bulan Oktober dan sekarang ini jemaah haji akan berangkat ke Tanah Suci Mekah Al-Mukarammah....Seronok pula rasa di hati melihat keceriaan pada wajah mereka, bila agaknya giliran aku untuk mengunjungi rumah Allah? Semua umat Islam wajib pergi menunaikan haji untuk sekali seumur hidup (sekiranya mampu) kerana ianya adalah tuntutan Rukun Islam... Insya Allah, aku akan tetap sampai di sana kerana aku mahu mengunjungi Mekah dan Madinah, untuk menghayati sejarah para Nabi dan Rasul, melawat makam Rasulullah SAW dan para syahid.... Cuaca? Sekarang ini hujan turun dengan lebat dan tv pun tidak dapat siaran dari satelit... Nasib baik juga internet ini agak laju malam ini... Semalam sesuatu yang ajaib telah berlaku...hehehe? Apakah yang ajaib itu? hehe sebenarnya aku sendiri sudah lupa sama ada aku sudah menceritakan pada kamu semua sebelum ini atau tidak, tetapi tidak mengapa, jikalau belum, aku akan cerita pada kamu semua, jikalau sudah cerita, aku rewind sekali lagi.. Pada hari Sabtu yang lepas, jiran aku ada mengambil salah seekor kucing kesayangan aku dan jiran aku ini menetap di Kuarters Putrajaya... Tetapi semalam, sewaktu aku pulang dari kerja dan kebiasaan pada waktu petang aku akan pergi ke halaman belakang untuk memberi kucing kesayangan aku makan...Keanehan berlaku kerana aku mendapati kucing yang diambil oleh jiran aku telah berada di hadapan pintu dan dia makan dengan begitu lahap sekali seolah-olah sudah seminggu tidak makan... Kemudian, dia melompat-lompat di atas badan aku dan di belakang aku seolah-olah terlalu rindu pada aku... Aku dan hubby berasa hairan dengan peristiwa itu dan kami anggap yang jiran aku menghantar kucing aku pulang semula ke rumah... Tetapi kalau ikut logik akal, tidak mustahil kucing akan balik semula ke rumah tuan dia kerana 'dia' mempunyai deria bau yang sangat kuat hingga 'dia' boleh mengecam bau rumah tuan 'dia'.... Memang kelakar bila teringat pada peristiwa ini... Maklum sahaja ibu kucing ini sudah mati, sebab itu mereka semua agak manja dengan aku dan hubby...Kadang-kadang sampai kami terpijak badan mereka gara-gara mereka selalu mengikut kami ke mana sahaja dan tidak sedar akan kehadiran mereka... Gelagat mereka kadang kala menghiburkan hati kami, pantang pintu dibuka, mereka terus meluru masuk ke dalam rumah dan bersembunyi, petanda tidak mahu keluar dari rumah... Kadang kala mereka akan berpura-pura tidur supaya tuan mereka tidak menghambat mereka keluar dari rumah... Dan bermacam-macam ragam yang mereka buat, pelbagai aksi dapat disaksikan... Okey, masa untuk tidur... Tapi sebelum itu, aku mahu berpesan pada semua rakan-rakan dan untuk peringatan diri aku dan hubby sendiri... Tentang 22 tanda hari kiamat semakin hampir :
  1. Sembahyang diabaikan (diringan-ringankan).
  2. Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui iklan, buku, gambar, risalah,atau filem.
  3. Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai agama dan banyak memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.
  4. Perkara benar menjadi salah dan salah menjadi benar. Sukar untuk membezakan perkara halal dan haram kerana yang haram dianggap halal serta sebaliknya. 
  5. Berbohong menjadi satu keperluan dalam hidup dan menganggap jika tidak berbohong sukar untuk hidup senang.
  6. Membayar zakat (harta, perniagaan dan pendapatan) dianggap beban.
  7. Orang yang hidup mengikut kehendak agama ditindas dan hati mereka sentiasa merintih kerana maksiat berleluasa tetapi mereka tidak mampu mencegahnya.
  8. Turun hujan di luar musimnya dan hujan tidak memberi keuntungan kepada makhluk di muka bumi.
  9. Fenomena lelaki berkahwin dengan lelaki (homoseksual) dan perempuan berkeinginan kepada perempuan (lesbian) semakin menjadi-jadi.
  10. Perempuan menguasai lelaki dengan memakai ubat guna-guna, sihir dan amalan syaitan lain.
  11. Anak-anak mengingkari dan menderhaka ibu bapa (ibu bapa menjadi kuli dan anak menjadi tuan).
  12. Kawan baik dilayan dengan kasar, manakala musuh diberi layanan baik. Kawan disangka lawan dan musuh dianggap sahabat serta memusuhi orang yang mengajak berbuat kebaikan.
  13. Dosa dipandang ringan malah bangga melakukannya seperti zina, minum arak, bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, meninggalkan sembahyang, mendedahkan aurat dan berjudi.
  14. Masjid dihias indah tetapi kosong, terpulau, berkunci dan banyak berlaku kecurian barang masjid yang berharga.
  15. Ramai yang sembahyang tetapi munafik dan berpura-pura. Di dalam sembahyang berjanji akan mengikut suruhan Allah tetapi di luar sembahyang melanggar perintahNya,
  16. Akan datang golongan manusia dari Barat menguasai mereka yang lemah (iman) dan ramai terpengaruh dengannya seperti mengikut cara mereka berpakaian, bergaul dan suka berpesta.
  17. Al-Quran dicetak dengan indah tetapi hanya dijadikan perhiasan dan jarang dibaca serta diamalkan kehendaknya.
  18. Amalan riba berleluasa hingga orang alim pun terjebak sama.
  19. Darah manusia tidak berharga, sering berlaku pembunuhan, peperangan dan jenayah.
  20. Penganut Islam tidak mahu mengamalkan suruhan agama dan tidak mahu membela serta menyebarkannya.
  21. Akan bertambah banyak penyanyi wanita (wanita yang tidak beriman adalah senjata syaitan yang baik).
  22. Ramai orang kaya pergi umrah dan haji dengan tujuan melancong, yang sederhana pergi untuk berniaga dan yang miskin bermaksud meminta sedekah.
Sumber dari Ustaz Azhar Idrus... Wallahu'alam....

Post a Comment

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧