Diari harian

Wednesday, October 05, 2011


Assalamualaikum, 
Hujan turun dengan begitu lebat dan dapat menyamankan ruang rumah aku... Terasa amat damai dan tenteram sekali dengan cuaca yang begitu sejuk walaupun sesekali bunyi guruh kedengaran.. Walaupun begitu, hari ini aku berasa amat bosan sekali kerana rancangan tv untuk hari ini tidak menarik perhatian kecuali drama Korea, Boys Over Flower...Hubby pula macam biasa dia akan menghadap komputer untuk bermain games dan nasib baik aku sempat mengambil dan memakai broadband ini, sedih betul kerana terpaksa berebut dengan hubby... Tetapi aku memang sudah agak lama tidak bermain games yang terdapat dalam Facebook...Bukannya apa, kadang kala games dalam Facebook ini terasa berat semasa memuat turun hingga terasa bosan di dalam hati... Sebab itu aku tidak berminat lagi untuk bermain games... Sekarang ini, aku hanya bermain games dalam laptop aku ini sahaja...Macam-macam games yang boleh didapati di dalam laptop aku, antaranya ialah Mario Brothers, StarCraft, Police Academy, Burger Islands, Posh Boutique dan sebagainya... Filem pun ada juga aku simpan kerana ada filem yang belum aku membelinya lagi di kedai... Hmmm aku pun sudah agak lama tidak membeli DVD filem terbaru, apa agaknya filem terbaru di pasaran tempatan dan antarabangsa? Ahhh... Tidak mengapa, aku perlu mengumpul wang untuk pulang ke kampung bulan depan....Untuk apa? Bukan ke aku ada majlis perkahwinan dua orang adik aku... Aku terasa berdebar-debar pula seolah-olah aku yang akan melangsungkan perkahwinan padahal aku sememangnya sudah berkahwin... Ahaksss... Kelakar bukan... Okey, aku mahu sign off dulu, Insya Allah esok kita jumpa lagi...

Post a Comment

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧