Assalamualaikum,
Minta maaf banyak-banyak kerana dua hari lepas aku tidak dapat mengemaskini blog kerana terpaksa berebut dengan hubby lantaran dua hari itu dia memuat turun filem dari internet... Aku pula tidak sampai hati untuk berebut dengan hubby terus aku tidak mahu bergaduh... hehehe bukan bergaduh betul tahu!! Hari ini aku tidak dapat membuat rutin harian kerja aku kerana terdapat masalah dalaman yang dialami oleh sistem perpustakaan jadi aku tidak dapat akses masuk dalam sistem... Hingga aku pulang ke rumah, mereka masih lagi cuba membaiki kerosakan sistem melalui Sistem Log Me In.. Sekarang ini aku sedang mendengar lagu nyanyian Shayne Ward yang berjudul 'Breathless'.... Liriknya lebih kurang begini.....
BREAHTHLESS by SHAYNE WARD
If our love was a fairy tale
I would charge in and rescue you
On a yacht baby we would sail
To an island where we’d say I do
And if we had babies they would look like you
It’d be so beautiful if that came true
You don’t even know how very special you are
You leave me breathless
You’re everything good in my life
You leave me breathless
I still can’t believe that you’re mine
You just walked out of one of my dreams
So beautiful you’re leaving me
Breathless
And if our love was a story book
We would meet on the very first page
The last chapter would be about
How I’m thankful for the life we’ve made
And if we had babies they would have your eyes
I would fall deeper watching you give life
You don’t even know how very special you are
You leave me breathless
You’re everything good in my life
You leave me breathless
I still can’t believe that you’re mine
You just walked out of one of my dreams
So beautiful you’re leaving me
You must have been sent from heaven to earth to change me
You’re like an angel
The thing that I feel is stronger than love believe me
You’re something special
I only hope that I’ll one day deserve what you’ve given me
But all I can do is try
Every day of my life
You leave me breathless
You’re everything good in my life
You leave me breathless
I still can’t believe that you’re mine
You just walked out of one of my dreams
So beautiful you’re leaving me
Breathless
You leave me breathless
You’re everything good in my life
You leave me breathless
I still can’t believe that you’re mine
You just walked out of one of my dreams
So beautiful you’re leaving me
Breathless
So beautiful you’re leaving me
Breathless
And if our love was a story book
We would meet on the very first page
The last chapter would be about
How I’m thankful for the life we’ve made
And if we had babies they would have your eyes
I would fall deeper watching you give life
You don’t even know how very special you are
You leave me breathless
You’re everything good in my life
You leave me breathless
I still can’t believe that you’re mine
You just walked out of one of my dreams
So beautiful you’re leaving me
You must have been sent from heaven to earth to change me
You’re like an angel
The thing that I feel is stronger than love believe me
You’re something special
I only hope that I’ll one day deserve what you’ve given me
But all I can do is try
Every day of my life
You leave me breathless
You’re everything good in my life
You leave me breathless
I still can’t believe that you’re mine
You just walked out of one of my dreams
So beautiful you’re leaving me
Breathless
You leave me breathless
You’re everything good in my life
You leave me breathless
I still can’t believe that you’re mine
You just walked out of one of my dreams
So beautiful you’re leaving me
Breathless
Assalamualaikum,
Hari ini macam biasa aku dan boss akan pergi ke Alamanda untuk membeli hidangan makanan tengahari kami... Kali ini seorang lagi sahabatku Kak Yan telah mengikut untuk tujuan yang sama....Hidangan kami adalah macam biasa kerana hidangan itu menjadi kegemaran kami... hehehe... Hari ini hubby berada di rumah kerana semalam dia telah masuk kerja malam, jadi semalam aku tidur keseorangan.. Tapi seronok juga kerana hanya aku yang menguasai katil dan bantal keseluruhannya... Kalau tidak aku sentiasa bergasak dengan hubby lantaran berebut bantal... Sebab itu di bilik tidur kami penuh dengan bantal, satu tabiat yang tidak dapat diubah lagi... Hubby juga seperti aku, sukakan bantal banyak sehingga boleh dibuat kubu keliling kami... hehehe aku tidak dapat bayangkan macam mana kalau kami sudah mempunyai beberapa orang anak, sudah tentu salah seorang dari mereka atau semua sekali akan mengikut jejak langkah kami... Mungkin satu rumah ini penuh dengan bantal... hehehe Gerun juga rasa di hati tetapi apa boleh buat, sememangnya aku dan hubby tidak dapat tidur lena jikalau bantal hanya sedikit... Hari ini cuaca agak cerah dan semestinya aku harap esok akan sentiasa cerah,jadi aku boleh melakukan rutin mingguan aku... hujung minggu ini adalah hujung minggu terakhir aku berada di rumah kerana minggu depan iaitu pada 5hb November ini,kami akan balik ke kampung hubby untuk meraikan hari raya Aidiladha... lepas itu aku akan bekerja selama 2 hari dan kemudian aku akan pulang ke Terengganu... Sememangnya minggu depan adalah merupakan minggu yang sibuk untuk aku... Ehh.. Okey, kawan-kawan, kita jumpa lagi esok hari....
Assalamualaikum,
Semalam adalah cuti umum Deepavali dan aku tidak berkesempatan untuk membasuh sedikit pakaian aku kerana semalam hujan turun dengan lebat dari waktu pagi sampai ke petang....Hari ini aku dapat menyambung kerja-kerja katalog yang terbengkalai... Rasa malas itu memang ada pada setiap manusia dan ini termasuk aku, tetapi aku tidak boleh leka dengan perasaan aku ini... Sekarang bulan Oktober bakal meninggalkan kita dan bulan November akan menyusul... Bulan depan juga kedua-dua orang adik aku akan melangsungkan perkahwinan... Aku pula yang terasa debaran yang maha hebat berlaku di jantung... hehehe...Kadang-kadang aku berasa geli hati dengan diri sendiri, orang lain yang hendak berkahwin, aku pula yang berdebar-debar... Semalam aku dan hubby tidak ke mana-mana,kami hanya menonton filem sahaja lantaran hujan telah menyebabkan siaran tv@astro tidak didapat ke udara... Hari ini aku mahu bercerita tentang sejarah penubuhan perpustakaan di Malaysia....
1956
Tahun ini merupakan satu detik sejarah kerana Malayan Library Group (MLG) telah menghantar satu memorandum Public Library Services for the Federation of Malaya dan telah mencadangkan penubuhan satu Lembaga Perpustakaan Negara yang akan mempunyai kuasa-kuasa eksekutif bagi menyediakan perkhidmatan awam pada peringkat kebangsaan dan menyediakan asas bagi memulakan satu Perkhidmatan Perpustakaan Negara.
1959-1961
Usaha ke arah penubuhan Perpustakaan Negara telah digerakkan oleh beberapa badan profesional, persatuan dan pertubuhan seperti Persatuan Perpustakaan Malaysia, Persatuan Ikhtisas, swasta dan orang perseorangan.
Tahun ini merupakan satu detik sejarah kerana Malayan Library Group (MLG) telah menghantar satu memorandum Public Library Services for the Federation of Malaya dan telah mencadangkan penubuhan satu Lembaga Perpustakaan Negara yang akan mempunyai kuasa-kuasa eksekutif bagi menyediakan perkhidmatan awam pada peringkat kebangsaan dan menyediakan asas bagi memulakan satu Perkhidmatan Perpustakaan Negara.
1959-1961
Usaha ke arah penubuhan Perpustakaan Negara telah digerakkan oleh beberapa badan profesional, persatuan dan pertubuhan seperti Persatuan Perpustakaan Malaysia, Persatuan Ikhtisas, swasta dan orang perseorangan.
1962
Yayasan Lee telah menyumbang derma sebanyak RM 500,000.00 atas dasar "ringgit-ke-ringgit" bagi memulakan tabung Perpustakaan Negara.
1963
Laporan kajian mengenai penubuhan Perpustakaan Negara di Kuala Lumpur telah di sediakan oleh Arkib Negara Malaysia.
1966
Jawatankuasa Perpustakaan Negara telah diberi tanggungjawab oleh kerajaan bagi menubuhkan Perpustakaan Negara. Pengerusi ahli jawatankuasa ialah Tan Sri Jamil Rais, Setiausaha Tetap Jabatan Perdana Menteri. Akta Pemeliharaan Buku-buku 1966 diluluskan. Akta ini mewajibkan penerbit di Malaysia menyerahkan dua naskhah buku setiap terbitan kepada Perpustakaan Negara Malaysia. Perpustakaan Negara telah ditubuhkan sebagai sebuah unit di bawah Arkib Negara untuk melaksanakan Akta Pemeliharaan Buku 1966.
Yayasan Lee telah menyumbang derma sebanyak RM 500,000.00 atas dasar "ringgit-ke-ringgit" bagi memulakan tabung Perpustakaan Negara.
1963
Laporan kajian mengenai penubuhan Perpustakaan Negara di Kuala Lumpur telah di sediakan oleh Arkib Negara Malaysia.
1966
Jawatankuasa Perpustakaan Negara telah diberi tanggungjawab oleh kerajaan bagi menubuhkan Perpustakaan Negara. Pengerusi ahli jawatankuasa ialah Tan Sri Jamil Rais, Setiausaha Tetap Jabatan Perdana Menteri. Akta Pemeliharaan Buku-buku 1966 diluluskan. Akta ini mewajibkan penerbit di Malaysia menyerahkan dua naskhah buku setiap terbitan kepada Perpustakaan Negara Malaysia. Perpustakaan Negara telah ditubuhkan sebagai sebuah unit di bawah Arkib Negara untuk melaksanakan Akta Pemeliharaan Buku 1966.
1972
Akta Perpustakaan Negara telah diluluskan pada 1 September 1972.Bahagian Rujukan (telah) dibuka kepada awam di tingkat 6, Bangunan UMBC.
1973
Y.A.B. Tun Haji Abdul Razak bin Datuk Hussein, Perdana Menteri Malaysia melawat Perpustakaan Negara Malaysia di bangunan UMBC pada 19 Oktober 1973.
1975
Perkhidmatan Pinjaman Awam bermula di Wilayah Persekutuan.
1977
Perpustakaan Negara Malaysia jadi sebuah Jabatan Kerajaan Persekutuan.
Akta Perpustakaan Negara telah diluluskan pada 1 September 1972.Bahagian Rujukan (telah) dibuka kepada awam di tingkat 6, Bangunan UMBC.
1973
Y.A.B. Tun Haji Abdul Razak bin Datuk Hussein, Perdana Menteri Malaysia melawat Perpustakaan Negara Malaysia di bangunan UMBC pada 19 Oktober 1973.
1975
Perkhidmatan Pinjaman Awam bermula di Wilayah Persekutuan.
1977
Perpustakaan Negara Malaysia jadi sebuah Jabatan Kerajaan Persekutuan.
1980
YBhg Haji Yang Amri Kamaruddin dilantik sebagai Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia sehingga bulan Mac 1981.
1982
Perpustakaan Negara Malaysia telah dilantik sebagai Pusat Kebangsaan bagi International Standard Book Number (ISBN).
1983
Perpustakaan Negara telah diisytiharkan sebagai Pusat Manuskrip Melayu oleh YB Encik Anwar Ibrahim, Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan.
1984
Perkhidmatan Perpustakaan Bergerak Perpustakaan Negara Malaysia yang kedua dilancarkan, meliputi 20 hentian di kawasan Sungai Besi dan Cheras. Perpustakaan Labuan telah diambil alih oleh Perpustakaan Negara Malaysia setelah diisytiharkan sebagai Wilayah Persekutuan. Hari Terbuka Perpustakaan Negara telah dilancarkan oleh YB Encik Anwar Ibrahim, Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan. Peristiwa ini juga merupakan perayaan ulang tahun ke-10 Perpustakaan Negara Malaysia.
1985
Pangkalan data majalah telah diwujudkan. Artikel-artikel yang diindeks ialah dari terbitan bersiri yang dipilih. Perpustakaan Negara Malaysia telah memulakan sistem MINISIS.
1986
Akta Penyerahan Bahan Perpustakaan 1986 telah menggantikan Akta Pemeliharaan Buku-Buku 1966. Akta ini mewajibkan semua penerbit menyerahkan 5 naskhah bahan cetakan dan dua naskhah bahan bukan cetakan kepada Perpustakaan Negara . YB Datuk Seri Mohamad Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan telah merasmikan Minggu Komputer.
1987
Akta Perpustakaan Negara 1972 telah dipinda. Perpustakaan Negara Malaysia telah diletakkan di bawah Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan.
1988
Perpustakaan Negara telah memperolehi sistem komputer pertamanya pada tahun 1988. Sistem Pembekalan Penerbitan telah dilancarkan. Dasar Negara bagi Perpustakaan dan Perkhidmatan Maklumat diluluskan oleh Parlimen.
YBhg Haji Yang Amri Kamaruddin dilantik sebagai Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia sehingga bulan Mac 1981.
1982
Perpustakaan Negara Malaysia telah dilantik sebagai Pusat Kebangsaan bagi International Standard Book Number (ISBN).
1983
Perpustakaan Negara telah diisytiharkan sebagai Pusat Manuskrip Melayu oleh YB Encik Anwar Ibrahim, Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan.
1984
Perkhidmatan Perpustakaan Bergerak Perpustakaan Negara Malaysia yang kedua dilancarkan, meliputi 20 hentian di kawasan Sungai Besi dan Cheras. Perpustakaan Labuan telah diambil alih oleh Perpustakaan Negara Malaysia setelah diisytiharkan sebagai Wilayah Persekutuan. Hari Terbuka Perpustakaan Negara telah dilancarkan oleh YB Encik Anwar Ibrahim, Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan. Peristiwa ini juga merupakan perayaan ulang tahun ke-10 Perpustakaan Negara Malaysia.
1985
Pangkalan data majalah telah diwujudkan. Artikel-artikel yang diindeks ialah dari terbitan bersiri yang dipilih. Perpustakaan Negara Malaysia telah memulakan sistem MINISIS.
1986
Akta Penyerahan Bahan Perpustakaan 1986 telah menggantikan Akta Pemeliharaan Buku-Buku 1966. Akta ini mewajibkan semua penerbit menyerahkan 5 naskhah bahan cetakan dan dua naskhah bahan bukan cetakan kepada Perpustakaan Negara . YB Datuk Seri Mohamad Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan telah merasmikan Minggu Komputer.
1987
Akta Perpustakaan Negara 1972 telah dipinda. Perpustakaan Negara Malaysia telah diletakkan di bawah Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan.
1988
Perpustakaan Negara telah memperolehi sistem komputer pertamanya pada tahun 1988. Sistem Pembekalan Penerbitan telah dilancarkan. Dasar Negara bagi Perpustakaan dan Perkhidmatan Maklumat diluluskan oleh Parlimen.
1990
Perpustakaan Negara Malaysia memulakan Sistem Katalog Awam Dalam Talian atau dikenali Online Public Access Catalogue (OPAC) yang membolehkan pengguna perpustakaan mencari sumber maklumat yang terdapat di Perpustakan Negara Malaysia. Perpustakan Negara telah dipertanggungjawab untuk membekalkan bahan-bahan perpustakaan kepada Pusat Sumber Malaysia di University of Ohio, Amerika Syarikat iaitu tempat Kerusi Tun Razak yang telah ditubuhkan sejak 1975. Dengan tertubuhnya terbitan Malaysia di perpustakaan tersebut, pengguna maklumat mengenai Malaysia dapat diperluaskan di Amerika Syarikat. Para pengguna di Amerika Syarikat yang ingin membuat rujukan , kajian dan penyelidikan mengenai Malaysia dapat merujuk bahan tersebut di Universiti Ohio.
1992
Perpustakan Negara Malaysia akhirnya berpindah ke bangunan barunya di Jalan Tun Razak, dengan penuh azam untuk menjadikannya pusat sumber terulung bagi rakyat Malaysia kini dan masa depan.
1993
Tiga bahagian penting ditubuhkan bagi memesatkan lagi fungsi Perpustakaan Negara kearah perkhidmatan yang cemerlang iaiatu Bahagian Perhubungan Awam, Bahagian Penyelidikan Perpustakaan dan Pusat Sumber Media.
1994
Majlis Perasmian Bangunan Perpustakaan Negara oleh YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Perdana Menteri pada 16 Disember 1994, sebagai satu detik sejarah yang melambangkan satu kejayaan hasil daripada perjuangan dan ketekunan semua golongan yang terlibat. Perkhidmatan Perpustakaan Cawangan diserahkan kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
1996
Perkhidmatan Perpustakaan Bergerak ditamatkan.Pelancaran logo baru Perpustakaan Negara Malaysia.
1999
Persaraan Ketua Pengarah, Datin Mariam Abdul Kadir.
Perpustakaan Negara Malaysia memulakan Sistem Katalog Awam Dalam Talian atau dikenali Online Public Access Catalogue (OPAC) yang membolehkan pengguna perpustakaan mencari sumber maklumat yang terdapat di Perpustakan Negara Malaysia. Perpustakan Negara telah dipertanggungjawab untuk membekalkan bahan-bahan perpustakaan kepada Pusat Sumber Malaysia di University of Ohio, Amerika Syarikat iaitu tempat Kerusi Tun Razak yang telah ditubuhkan sejak 1975. Dengan tertubuhnya terbitan Malaysia di perpustakaan tersebut, pengguna maklumat mengenai Malaysia dapat diperluaskan di Amerika Syarikat. Para pengguna di Amerika Syarikat yang ingin membuat rujukan , kajian dan penyelidikan mengenai Malaysia dapat merujuk bahan tersebut di Universiti Ohio.
1992
Perpustakan Negara Malaysia akhirnya berpindah ke bangunan barunya di Jalan Tun Razak, dengan penuh azam untuk menjadikannya pusat sumber terulung bagi rakyat Malaysia kini dan masa depan.
1993
Tiga bahagian penting ditubuhkan bagi memesatkan lagi fungsi Perpustakaan Negara kearah perkhidmatan yang cemerlang iaiatu Bahagian Perhubungan Awam, Bahagian Penyelidikan Perpustakaan dan Pusat Sumber Media.
1994
Majlis Perasmian Bangunan Perpustakaan Negara oleh YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Perdana Menteri pada 16 Disember 1994, sebagai satu detik sejarah yang melambangkan satu kejayaan hasil daripada perjuangan dan ketekunan semua golongan yang terlibat. Perkhidmatan Perpustakaan Cawangan diserahkan kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
1996
Perkhidmatan Perpustakaan Bergerak ditamatkan.Pelancaran logo baru Perpustakaan Negara Malaysia.
1999
Persaraan Ketua Pengarah, Datin Mariam Abdul Kadir.
2000
Penganugerahan Sijil MS ISO 9002/1994.
2001
Persaraan Ketua Pengarah, Cik Shahar Banun Jaafar dan digantikan oleh Puan Zawiyah Baba dilantik sebagai Ketua Pengarah baru Perpustakaan Negara Malaysia.Hikayat Hang Tuah disenaraikan dalam UNESCO The World Register Memory of the World.
2002
Penstrukturan semula Perpustakaan Negara Malaysia telah diluluskan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam. Pelancaran Kempen Bulan Membaca oleh Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong di PWTC, Kuala Lumpur.
2005
Persaraan Ketua Pengarah, Dato' Zawiyah bt Baba dan digantikan oleh Dr. Hj. Wan Ali Wan Mamat dilantik sebagai Ketua Pengarah baru bagi Perpustakaan Negara Malaysia.
2006
Persaraan Ketua Pengarah, Dr. Hj. Wan Ali Wan Mamat dan digantikan oleh Puan Siti Zakiah bt Aman telah dilantik sebagai Ketua Pengarah baru Perpustakaan Negara Malaysia.
2008
Persaraan Ketua Pengarah, Puan Siti Zakiah bt Aman dan digantikan oleh Encik Raslin bin Abu Bakar telah dilantik sebagai Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia mulai 28 Januari 2008.
Penganugerahan Sijil MS ISO 9002/1994.
2001
Persaraan Ketua Pengarah, Cik Shahar Banun Jaafar dan digantikan oleh Puan Zawiyah Baba dilantik sebagai Ketua Pengarah baru Perpustakaan Negara Malaysia.Hikayat Hang Tuah disenaraikan dalam UNESCO The World Register Memory of the World.
2002
Penstrukturan semula Perpustakaan Negara Malaysia telah diluluskan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam. Pelancaran Kempen Bulan Membaca oleh Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong di PWTC, Kuala Lumpur.
2005
Persaraan Ketua Pengarah, Dato' Zawiyah bt Baba dan digantikan oleh Dr. Hj. Wan Ali Wan Mamat dilantik sebagai Ketua Pengarah baru bagi Perpustakaan Negara Malaysia.
2006
Persaraan Ketua Pengarah, Dr. Hj. Wan Ali Wan Mamat dan digantikan oleh Puan Siti Zakiah bt Aman telah dilantik sebagai Ketua Pengarah baru Perpustakaan Negara Malaysia.
2008
Persaraan Ketua Pengarah, Puan Siti Zakiah bt Aman dan digantikan oleh Encik Raslin bin Abu Bakar telah dilantik sebagai Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia mulai 28 Januari 2008.
Assalamualaikum,
Sudah dua hari aku tidak mengemaskini blog, semalam aku sibuk dengan kerja-kerja mengkatalog buku dan kelmarin aku tidak dapat membuka talian internet di rumah kerana Celcom membuat kemaskini perkhidmatan... Tiba-tiba aku teringat pada seorang sahabat aku yang berada di Pasir Gudang, Johor... Aku telah kehilangan khabar berita daripada dia dan aku harap agar dia akan sentiasa sihat dan ceria... Aku tidak tahu sama ada dia masih hidup ataupun telah meninggal dunia, walau apapun aku berdoa tentang kesejahteraan dia di samping keluarga tersayang... Minggu ini hujan akan turun dengan lebat di waktu petang... Jadi cuaca agak sejuk sedikit di sebelah petang jika dibandingkan pada waktu pagi... Pagi tadi aku menerima berita sedih dari boss... Kereta hubby boss aku kena curi pada pukul 4.30 pagi tadi... Kasihan pada keluarga boss kerana terpaksa menanggung beban sedih ini... Apapun aku ucap takziah pada keluarga boss aku, semoga mereka akan tabah menghadapi segala dugaan ini... Okey, setakat ini dulu coretan aku.. Sebelum terlupa, aku ingin berpesan pada kawan-kawan agar sentiasa ceria walau apapun situasi anda kerana hanya keceriaan akan meredakan kesakitan dalam diri kita ini... Tata...
Hari ini Al-Hamdulillah semua pakaian aku dan hubby telah kering sepenuhnya dan esok aku akan membasuh cadar, selimut dan sarung bantal pula... Tetapi sebaik sahaja aku mengangkat pakaian kering masuk ke dalam rumah, tiba-tiba hujan turun dengan lebat... Aku perlu memendekkan coretan aku untuk hari ini kerana aku terdengar bunyi guruh dan kilat sabung menyabung... Tetapi aku akan tinggalkan dengan kata-kata himah untuk hari ini... Aku harap kita akan berjumpa lagi Insya Allah... Minta maaf andai aku ada tersalah silap...
Benar jadi berani. (pepatah China)
Menyebut yang benar tidaklah akan mendekatkan
ajal dan tidak akan menjauhkan rezeki.
Orang yang merasai menang sementara kerana menentang
kebenaran,tetapai kebenaran itu akan mentertawakannya juga. (Hamka)
Kesusahan adalah jalan menuju kebenaran. (Bijron)
Benar tidak akan melukakan oarang yang memberitahunya.
(Chamberlain)
Katakan yang benar,sungguhpun ia pahit dan tidak
digemari orang. (hadis)
Wahai saudagar!Ambillah yang benar,nescaya kamu
selamat.Janganlah kamu menolak keuntungan yang sedikit kerana kamu tidak
memperolehi keuntungan yang banyak.
(Saidina Ali)
Berani kerana benar, takut kerana salah. (pepatah
Melayu)
Benar akan menang.
Tidak ada yang lebih benar selain kebenaran itu
sendiri.
Kebenaran tidak dapat dimusnahkan oleh air dan
api. (peribahasa Tibet)
Tidak semua orang yang menolak kebenaran itu tidak
tahu bahawa yang ditolakkanya itu benar. ( Hamka)
Yang menjadi kepala pemerintah ialah kebenaran
dan yang menjadi hakim yang paling berkuasa ialah keadilan. ( Hamka)
Tiga rukun yang benar dan perlu dalam mencapai
utama iaitu dengan tabiat, dengan pengalaman dan dengan pelajaran.Adapun
musuh yang sentiasa menghalangi manusia mencapai keutamaan ialah hawa-nafsu
yang menyebabkan marah.dengki (Hamka)
Manusia mempunyai batas kekuatan sedangkan kebenaran
tidak dapat dibatasi. (Hamka)
Katakanlah yang benar dan adil,sebab benar dan
adil adalah satu. ( Hamka)
Kesombongan tidak dapat bertahan di hadapan kesombongan.(
Hamka)
Yang benar tidak terikat dengan waktu. (Hamka)
Assalamualaikum,
Minta maaf pada semua kerana 2 hari lepas aku tidak dapat mengemaskini blog aku, kerana aku mengalami sakit senggugut dan memaksa diri untuk bercuti selama 2 hari...Selama aku bercuti ini, aku tidak dapat melakukan apa-apa kerja sekalipun untuk membasuh pinggan dan makan lantaran sakit yang teramat sangat... Hubby pula menunjukkan rasa simpati dia pada aku dengan membawa aku ke klinik untuk mendapat rawatan... Terima kasih hubby kerana membawa sayang ke klinik! Jadi hari ini aku tiada cerita yang menarik untuk dikongsi kerana sakit aku mula menyerang lagi... Tetapi aku akan menceritakan tentang kata-kata hikmah daripada petikan sumber-sumber internet...Sama-sama kita hayati...
Tujuan agama yang benar dan ilmu yang benar hanyalah
satu iaitu menuju kebenaran yang mutlak.Ilmu untuk mengetahui dan agama
untuk merasai.Ilmu untuk bendanya dan agama untuk jiwanya. ( Hamka )
Perhatian kepada agama pada zaman ini sudah jauh
lebih maju daripada yang sudah-sudah.Disamping kejahatan yang bermaharajalela,keinsafan
kepada agama sudah mulai tegak.Di mana-mana orang mengadakan pengajian
kerena hendak mengetahui ajaran-ajaran agama. ( Hamka)
Agama tidak melarang sesuatu perbuatan kalau perbuatan
itu tidak merosak jiwa.Agama tidak menyuruh,kalau suruhan tidak membawa
selamat dan bahagia jiwa. ( Hamka)
Maksud agama ialah merentangkan jalan, manakala
fikiran ialah membanding dan menimbang. ( Hamka)
Tiga sifat yang ditimbulkan oleh agama, iaitu
perasaan malu iaitu enggan mendekati suatu yang tercela.Boleh dipercayai
di dalam pergaulan hidup ( amanah), benar dan jujur.
( Hamka )
Kepercayaan kepada Tuhan itu telah ada dalam lubuk
jiwa manusia.Tetapi kepercayaan tentang adanya Allah itu belum menjadi
jaminan bahawa orang itu tidak sesat. ( Hamka)
Seseorang mukmin dengan mukmin yang lain laksana
rumah batu, yang satu menguatkan yang lain. ( maksud hadis )
Kepercayaan agama menjelaskan bahawa manusia makhluk
yang termulia darjatnya di dalam alam.Penganut-penganut tiap-tiap agama
mempercayai bahawa penganut agamalah yang paling mulia. ( Hamka )
Assalamualaikum,
Aku minta maaf kepada kamu semua kerana tidak dapat membuat liputan (hehehe)... Internet broadband aku amat perlahan sekali dan aku mulai bosan dengan talian internet dan menyebabkan aku tidak dapat membuat coretan... Hari ini aku mahu bercerita tentang rahsia penyakit melalui jari kita.. Semoga kita akan mendapat manfaat ilmu...
Alhamdulillah, semua pakaian aku dan hubby kering sepenuhnya kerana cuaca amat baik di sebelah pagi manakala di sebelah petang pula cuaca mendung dan hujan.. Waktu sekarang pun hujan masih turun dengan lebat, kerana musim tengkujuh@hujan telah melanda negara ini dan kebanyakan negara lain... Contohnya di Thailand, berlaku banjir besar kerana hujan turun tidak berhenti dan air sungai telah melimpah ke tebing...Apapun aku simpati dengan mereka yang terlibat dengan kejadian alam... Dunia semakin tua dan tidak hairan jika akan berlaku lagi... Banyak juga kejadian alam telah berlaku di semua kawasan, gempa bumi, letusan gunung berapi, banjir, puting beliung dan pelbagai lagi, menunjukkan dunia semakin menghampiri kiamat... Ya Allah, lindungi aku dan keluargaku serta seluruh umat Islam dari segala malapetaka dan bencana yang menimpa kami Ya Allah... Apapun yang berlaku, aku harap keimanan dan ketakwaan aku pada Allah akan terus berkekalan... Lagi 3 minggu untuk aku dan hubby pulang ke kampung, kami ingat mahu pulang ke Palong pada hari raya Aidiladha nanti kerana cuti hari raya ada 2 hari... Selepas itu kami akan pulang ke Terengganu tetapi bukan untuk bercuti... Okey, mata aku sudah mengantuk dan aku perlu masuk tidur dahulu...Insya Allah kita jumpa lagi...
Tinggal 3 hari lagi untuk melangkah minggu yang ketiga... Minggu depan akan ada pegawai baru yang menggantikan Pn. Aida akan masuk... Aku berharap agar aku dapat bekerjasama sepenuhnya dengan beliau dan mudah-mudahan pegawai baru ini mempunyai sifat yang baik... Cuaca pada hari ini agak baik dan panas, sambil itu aku berharap agar cuaca akan baik sehingga hari Sabtu dan Ahad supaya aku dapat membasuh semua pakaian aku... Malam ini aku mahu bercerita tentang sifat-sifat Allah...
SIFAT-SIFAT ALLAH
Wajib bagi setiap mukallaf dan muslim mempercayai bahawa terdapat
beberapa sifat kesempurnaan yang tidak terhingga bagi Allah. Maka, wajib
juga dipercayai akan sifat Allah yang dua puluh dan perlu diketahui
juga sifat yang mustahil bagi Allah. Sifat yang mustahil bagi Allah
merupakan lawan kepada sifat wajib.
Sifat wajib pula terbahagi juga empat bahagian iaitu nafsiah, salbiah, ma'ani atau ma'nawiah.
SIFAT 20
Sifat Wajib | Tulisan Arab | Maksud | Sifat | Sifat Mustahil | Tulisan Arab | Maksud |
---|---|---|---|---|---|---|
Wujud | Ada | Nafsiah | Adam | Tiada | ||
Qidam | Sedia | Salbiah | Haduth | Baharu | ||
Baqa | Kekal | Salbiah | Fana | Akan binasa | ||
Mukhalafatuhu lilhawadith | berbeda dengan semua makhluk ciptaanNya | Salbiah | Mumathalatuhu lilhawadith | Menyamai atau bersamaan bagi-Nya dengan suatu yang baru | ||
Qiamuhu binafsih | Berdiri-Nya dengan sendiri | Salbiah | Qiamuhu bighairih | Berdiri-Nya dengan yang lain | ||
Wahdaniat | Esa Allah Ta'ala pada dzat,pada sifat dan pada perbuatan | Salbiah | Ta'addud | Berbilang-bilang | ||
Qudrat | Berkuasa | Ma'ani | Ajzun | Lemah | ||
Iradat | Berkehendak menentukan | Ma'ani | Karahah | Benci iaitu tidak menentukan | ||
Ilmu | Mengetahui | Ma'ani | Jahlun | Bodoh | ||
Hayat | Hidup | Ma'ani | Al-Maut | Mati | ||
Sama' | Mendengar | Ma'ani | As-Summu | Pekak | ||
Basar | Melihat | Ma'ani | Al-Umyu | Buta | ||
Kalam | Berkata-kata | Ma'ani | Al-Bukmu | Bisu | ||
Kaunuhu qaadiran | Keadaan-Nya yang berkuasa | Ma'nawiyah | Kaunuhu ajizan | Keadaan-Nya yang lemah | ||
Kaunuhu muriidan | Keadaan-Nya yang berkehendak menentukan | Ma'nawiyah | Kaunuhu kaarihan | Keadaan-Nya yang benci iaitu tidak menentukan | ||
Kaunuhu 'aliman | Keadaan-Nya yang mengetahui | Ma'nawiyah | Kaunuhu jahilan | Keadaan-Nya yang bodoh | ||
Kaunuhu hayyan | Keadaan-Nya yang hidup | Ma'nawiyah | Kaunuhu mayitan | Keadaan-Nya yang mati | ||
Kaunuhu sami'an | Keadaan-Nya yang mendengar | Ma'nawiyah | Kaunuhu asamma | Keadaan-Nya yang pekak | ||
Kaunuhu basiiran | Keadaan-Nya yang melihat | Ma'nawiyah | Kaunuhu a'maa | Keadaan-Nya yang buta | ||
Kaunuhu mutakalliman | Keadaan-Nya yang berkata-kata | Ma'nawiyah | Kaunuhu abkam | Keadaan-Nya yang kelu |
SIFAT KESEMPURNAAN
Dua puluh yang tertera di atas yang wajib bagi Allah terkandung di dalam dua sifat kesempurnaan. Sifat tersebut adalah:
- Istigna' ( ﺇﺳﺘﻐﻨﺎﺀ )
- Kaya Allah daripada sekelian yang lain daripada-Nya iaitu tidak berkehendak ia kepada sesuatu. Maksudnya, Allah tidak mengkehendaki yang lain menjadikan-Nya dan tidak berkehendakkan tempat berdiri bagi zat-Nya. Contohnya, Allah tidak memerlukan dan tidak mengkehendaki malaikat untuk menciptakan Arasy.
- Maka, Maha suci Tuhan daripada tujuan pada sekelian perbuatan dan hukum-hukumnya dan tidak wajib bagi-Nya membuat sesuatu atau meninggalkan sesuatu.
- Sifatnya: wujud, qidam, baqa', mukhalafatuhu lilhawadith, qiamuhu binafsih, sama', basar, kalam, kaunuhu sami'an, kaunuhu basiran, kaunuhu mutakalliman.
- Iftiqar ( ﺇﻓﺘﻘﺎﺭ )
- Yang lain berkehendakkan sesuatu daripada Allah iaitu yang lain berkehendakkan daripada Allah untuk menjadikan dan menentukan mereka dengan perkara yang harus. Contohnya, manusia memohon kepada Allah melancarkan hidupnya.
- Sifatnya: wahdaniat, qudrat, iradat, ilmu, hayat, kaunuhu qadiran, kaunuhu muridan, kaunuhu hayyan.
SIFAT YANG HARUS
Sifat harus atau sifat jaiz juga dimiliki oleh Allah. Harus bagi Allah memperbuatkan sesuatu yang harus ada atau tiada atau meninggalkannya. Contohnya, harus bagi Allah menciptakan langit, bumi, matahari dan yang lain dan harus juga bagi Allah untuk tidak menciptakannya. Tidak wajib bagi Allah membuat sesuatu seperti menghidupkan atau mematikan bahkan itu harus pada hak Allah.
Masa berlalu dengan begitu pantas sekali.. Semalam office aku telah mengadakan satu majlis perpisahan Pn Aida kami yang telah bertukar ke bahagian Hal Ehwal Pelajar di Yugoslavia... Kiranya dia bakal bekerja dengan JPA untuk menguruskan pelajar tajaan JPA... Agak jauh juga dia merantau tetapi itu sudah menjadi rezeki dia...Apa mungkin suatu hari nanti aku pun akan menjejakkan kaki ke sana, dan menjaga perpustakaan di sana? Atau mungkin aku dapat peluang untuk melanjutkan pelajaran aku di sana? Sama-sama kita tunggu... Semalam aku sudah menceritakn tentang tempat bertugas aku yang kedua, hari ini aku mahu menceritakan tentang tempat bertugas aku yang ketiga sehingga ke hari ini aku masih di tempat yang sama...
JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia merupakan satu agensi bomba dan penyelamat di Malaysia. Perkataan "bomba" dalam Bahasa Melayu dipinjam daripada perkataan Portugis "bombeiros".
SEJARAH
Perkhidmatan bomba di Malaysia bermula pada tahun 1883 melalui penubuhan Skuad Bomba dan Penyelamat Negeri Selangor yang diketuai oleh H.F.Bellamy dan 15 anggota. Pada tahun 1946 sebaik sahaja tamat Perang Dunia Kedua,
Perkhidmatan Bomba Malayan Union (MUS) ditubuhkan dengan Flight Lt. W.J
Gerumandi sebagai Pengarah Perkhidmatan Bomba Malayan Union. MUS
berpengkalan di Kuala Lumpur.
Melalui perjanjian Persekutuan Tanah Melayu, perkhidmatan bomba dan
penyelamat diserahkan kepada pengurusan kerajaan negeri. Perkhidmatan
tersebut kemudian disatukan sebagai satu jabatan persekutuan pada 1
Januari 1976 di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia. Pada 8 Januari 1977, jabatan ini dinamakan semula sebagai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.
INVENTORI TERKINI
Kenderaan
- Motosikal bomba
- Kenderaan buggy (bagi semua jenis muka bumi)
- Kereta bomba ringan Isuzu
- Kereta bomba sederhana Scania
- Kereta bomba berat Volvo
Unit laut
- Hoverkraf bomba
- Bot bomba
Unit udara
- Helikopter ringan Pencari dan Penyelamat Agusta A109
- Helikopter berat Pencari dan Penyelamat Mi-17
- Pesawat bomba Bombardier 415
Assalamualaikum,
Petang tadi semasa aku balik dari kerja, aku singgah sebentar di pasar malam berderkatan dengan rumah aku...Niat di hati ingin membeli ikan dan ayam, tetapi apabila melihat semua ikan tidak segar, aku membuat keputusan untuk membeli ayam sahaja.... Tetapi aku amat terkejut kerana harga ayam telah naik dan aku sangka yang harga seekor ayam cuma RM15 atau lebih tetapi hari ini aku mendapati harga seekor ayam telah mencecah rm20 atau lebih... Ini bermakna harga seekor ayam telah naik satu kali ganda dari harga asal... Selepas itu aku membeli makanan kegemaran hubby iaitu nasi ambeng manakala aku pula membeli pizza yang secara kebetulan gerai pizza dibuka... Hari ini aku hendak bercerita tentang tempat bertugas yang kedua selepas Jabatan Perpustakaan Negara Malaysia, di bahagian bidang yang sama iaitu kepustakawanan..
KOLEJ KOMUNITI
Kolej Komuniti merupakan satu sistem pendidikan tinggi di Malaysia di bawah pengurusan Jabatan Pengajian Kolej Komuniti (JPKK), Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
SEJARAH PENUBUHAN
Pada 5 Julai 2000, Jemaah Menteri telah mempertimbangkan Memorandum No. 398/2225/00 yang telah dikemukakan oleh Menteri Pendidikan tentang konsep penubuhan dan pelaksanaan Kolej Komuniti di setiap kawasan parlimen. Kolej ini akan menjadi institusi yang menyediakan keperluan latihan dan kemahiran pada semua peringkat dan memberi peluang pendidikan kepada lepasan menengah sebelum ke pasaran tenaga kerja atau melanjutkan pendidikan ke peringkat lebih tinggi.
Sebanyak 10 buah Kolej Komuniti rintis mula beroperasi pada pertengahan Jun 2001 dan 2 buah lagi pada bulan Disember 2001. Lebih banyak Kolej Komuniti sedang dirancang pembinaannya secara berfasa dalam RMK 9.
Kini Kolej Komuniti berada di bawah naungan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM) dengan mempunyai matlamat yang sama seperti di awal penubuhannya. Sebagai salah sebuah institusi pendidikan di Malaysia, peranan Kolej Komuniti telah diperluaskan. Kolej Komuniti telah ditubuhkan dengan lebih banyak di serata negara, khusus untuk membentuk komuniti yang lebih dinamik.
PERANAN
Kolej Komuniti memberikan perkhidmatan kepada masyarakat sekitar melalui tawaran kursus sepenuh masa yang diiiktiraf oleh kerajaan dan kursus pendek.
Lepasan Kolej Komuniti yang berkelayakan dapat meneruskan pengajian peringkat diploma di Kolej Komuniti, Politeknik atau di Institut Pengajian Tinggi yang lain.
KAEDAH DIPLOMA
Program Diploma Kolej Komuniti
Program ini dilaksanakan bagi memberi peluang kepada lulusan Kolej Komuniti melanjutkan pelajaran ke tahap yang lebih tinggi. Peluang ini diberi dengan mengambil kira pencapaian akademik pelajar termasuk pengalaman kerja selepas tamat pengajian peringkat sijil. Program ini juga dilaksanakan secara kolaboratif dengan syarikat-syarikat yang telah menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) dengan Kolej Komuniti pada 2 Februari 2007.
Program ini dilaksana berasaskan konsep Work-Based Learning. Tempoh program Diploma ini adalah minimum 3 semester dan maksimum 6 semester. Pelajar dikehendaki menjalani latihan di syarikat selama 2 semester dalam bentuk teori dan praktikal atau secara Work-Based Learning dan selama 1 semester lagi di Kolej Komuniti.
Konsep Program Diploma Kolej Komuniti
Program ini melibatkan kerjasama Sektor Pengurusan Kolej Komuniti (bersama Kolej-Kolej Komuniti) dan syarikat-syarikat berkaitan. Kerjasama ini merangkumi aspek pembangunan kurikulum dan pelaksanaan kurikulum (penyampaian pengajaran dan pembelajaran) secara kolaboratif di Kolej Komuniti dan juga di tempat kerja.
Konsep Pembelajaran Berasaskan Kerja
Pendekatan Pembelajaran Berasaskan Kerja (WBL) merupakan salah satu kaedah penyampaian pengajaran dan pembelajaran yang inovatif. Pendekatan ini melibatkan kerjasama antara Sektor Pengurusan Kolej Komuniti, Kolej-Kolej Komuniti dan syarikat-syarikat berkaitan. Kerjasama ini mengambil kira aspek-aspek penting yang terlibat dalam sesuatu sistem pendidikan iaitu pembangunan kurikulum, penyampaian pengajaran dan pembelajaran dan pentaksiran serta peperiksaan. Pendekatan ini memastikan supaya pengetahuan, kemahiran dan juga sikap yang positif dapat diterap ke dalam diri pelajar dengan lebih berkesan.
Pendekatan ini adalah selaras dengan amalan peringkat antarabangsa sebagai contoh, Washington State University mendefinisikan WBL sebagai pengalaman pembelajaran di mana pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi di institusi dan di industri adalah berkaitan dengan apa yang diperlukan di alam kerja sebenar. WBL juga menekankan aktiviti-aktiviti dan strategi-strategi pengajaran dan pembelajaran untuk membantu pelajar-pelajar membangun dan memenuhi perancangan kerjaya dan pendidikan individu.
KAEDAH SIJIL
Program Sijil Kolej Komuniti
Program ini memberi peluang kepada lulusan SPM atau SPMV menyambung pengajian mereka ke peringkat lebih tinggi. Konsep pembelajaran dan penilaian Kolej Komuniti adalah berbeza dengan kebanyakan IPT tempatan kerana memberikan lebih penekanan kepada praktikal (skill) berbanding teori semata-mata. Pengajian pada peringkat sijil mengambil masa sekurang-kurangnya selama 4 semester (2 tahun) termasuk 1 semester Latihan Industri.
KELAYAKAN MASUK
1) Warganegara Malaysia dan lulus peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) atau Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV).
2) Kelayakan lain yang setaraf boleh dipertimbangkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
3) Calon-calon dari kalangan penduduk setempat akan diberi keutamaan.
4) Untuk program Diploma, hanya lulusan dari Sijil Kolej Komuniti sahaja layak memohon
PROGRAM YANG DITAWARKAN
Diploma Teknologi Automotif
Sijil Automotif
Diploma Teknologi Elektrik
Sijil Teknologi Elektrik (Pemasangan & Perkhidmatan)
Diploma Teknologi Komputer
Sijil Sistem Komputer dan Sokongan
Sijil Teknologi Maklumat
Diploma Hotel dan Katering
Sijil Hotel dan Katering
Diploma Fesyen dan Pakaian
Sijil Fesyen dan Pakaian
Diploma Teknologi Senibina
Sijil Pelukis Pelan Senibina
Diploma Teknologi Pengiklanan
Sijil Multimedia Kreatif (Pengiklanan)
Diploma Pengurusan & Penyelenggaran Fasiliti
Sijil Penyenggaraan Bangunan
Sijil Penyejukan & Penyamanan Udara
Diploma Teknologi Pemprosesan Makanan
Sijil Pemprosesan Makanan & Kawalan Mutu Makanan
Diploma Pelancongan & Pengembaraan
Sijil Pelancongan & Pengembaraan
Diploma Perakaunan Perniagaan
Sijil Perakaunan Perniagaan
VISI DAN MISI
Visi
“Menjadi pusat kecemerlangan pendidikan dalam bidang Teknologi, Bisnes dan Industri Perkhidmatan serta berazam melahirkan graduan yang berketrampilan, berakhlak mulia dan bertanggungjawab selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Misi
“Mewujudkan peluang, membangunkan potensi dan mencapai kecemerlangan untuk pelajar lepasan menengah dan Komuniti setempat melalui pendidikan dan latihan”
Menjadi pusat kecemerlangan pendidikan dalam bidang teknologi, busines dan industri perkhidmatan serta berazam melahirkan graduan yang berketrampilan, berakhlak mulia dan bertanggungawab selari dengan falsafah pendidikan negara
MOTO
“Peneraju Komuniti Berilmu & Berkemahiran”
Mewujudkan peluang membangunkan potensi dan mencapai kecemerlangan diri bagi pelajar lepas menengah dan masyarakat setempat melalui pendidikan dan latihan
Assalamualaikum
Hari Isnin... Hari permulaan bagi minggu kedua untuk bulan Oktober. Aku rasa masa semakin suntuk dan aku perlu menghabiskan kerja-kerja yang terbengkalai... Apa yang aku harus buat untuk hari ini? Oh ya! Semalam aku bercerita tentang kewujudan Perpustakaan Negara Malaysia... Hari ini aku akan menceritakan tentang bagaimana kerja aku dilaksanakan dan apa tugas-tugas aku sebagai pembantu perpustakaan... Aku harap dengan ada artikel ini akan membantu kamu semua faham akan kerja-kerja sebagai pembantu perpustakaan.
KATALOG PERPUSTAKAAN
Katalog merupakan senarai material yang terdapat di dalam perpustakaan
dan dilakukan oleh unit pengkatalogan sesebuah perpustakaan. Katalog
digunakan untuk memudahkan pencarian buku oleh pengguna mahupun pustakawan
dengan merujuk nama pengarang sesebuah buku, tajuk buku mahupun subjek
buku terbabit. Ia juga merujuk kepada koleksi-koleksi yang terdapat di
dalam perpustakaan tersebut.
JENIS KATALOG PERPUSTAKAAN
Buku Katalog
Buku katalog merupakan senarai buku yang ada dalam perpustakaan yang dinyatakan di dalam sebuah buku. Ia juga kebiasaannya ditulis. Buku katalog bermanfaat kerana sifat kompaknya dan mudah dibawa tetapi ia agak mahal dan tidak boleh dihasilkan semula selain tidak boleh memasukkan maklumat tambahan atau baru.Kad Katalog
Ia dibuat dalam sebuah kad yang berukuran ‘3 inci x 5 inci’ untuk sekeping kad.
Mikroform Katalog
Rekod-rekod dipaparkan dalam bentuk imej mikro dan perlu menggunakan mesin pembaca mikroform untuk menyemak katalog jenis ini
OPAC
OPAC
adalah singkatan untuk “Online Public Access Catalog” dan merupakan
katalog paling terkini dan kebanyakan perpustakaan pada hari ini
menggunakan untuk menggantikan katalog manual mereka. Maklumat boleh
dicari menggunakan pangkalan data komputer. Contoh OPAC adalah ILMU yang digunakan menyeluruh di semua perpustakaan UiTM.
Nasib baik aku sempat membasuh semua pakaian aku dan hubby, jikalau lambat hingga terpaksa menunggu hari ini, sudah tentu pakaian kami tidak kering...Hujan mulai turun seawal pukul 10 pagi hingga ke petang... Aku baru selesai menggosok pakaian kerja kami dan esok kami akan mula bekerja semula... Rasa tidak cukup bercuti selama 2 hari... Hari ini aku mahu bercerita tentang sejarah Perpustakaan Negara Malaysia, iaitu tempat di mana aku mula-mula bekerja sebagai pembantu perpustakaan...
Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) ialah perpustakaan rasmi Malaysia. Dibina pada 1956, ia terletak di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur. Ketua Pengarah PNM ialah Raslin Abu Bakar.
PRASARANA PERPUSTAKAAN
Perpustakaan Negara Malaysia bertanggungjawab memastikan pembangunan
infrastruktur perpustakaan awam di seluruh negara. Tugas ini
diperuntukkan di bawah Akta Perpustakaan Negara Malaysia 1987 (Pindaan)
Bahagian II para 4(2)(h) dan 4(2)I. Pada tahun 2000, beberapa projek
pembangunan infrastuktur perpustakaan telah dilaksanakan meliputi
Perpustakaan Negara Malaysia dan perpustakaan awam negeri.
- Projek Perpustakaan Negara Malaysia
Sebanyak RM7,092,800.00 telah disediakan di bawah peruntukan
Perpustakaan Negara Malaysia bagi melaksanakan projek seperti berikut: "
Bangunan Perpustakaan Negara
-
- Peningkatan makmal pemuliharaan negara
- Program gerakan membaca kebangsaan
- Pemantauan projek pembangunan fizikal
- Pangkalan data dan rangkaian komputer
- Pembinaan koleksi Malaysiana
Dari peruntukan tersebut, Perpustakaan Negara Malaysia telah
membelanjakan sebanyak 59.17%. Sebanyak 4,942 naskhah bahan perpustakaan
telah diperolehi untuk koleksi Jabatan.
- Projek Perpustakaan Negeri
Dari peruntukan berjumlah RM5,150,000.00 yang disediakan untuk tahun
2000, sebanyak RM5,067,982.66 atau 98% berjaya dibelanjakan bagi projek
perpustakaan negeri iaitu:
Diantara perpustakaan yang diselia di bawah Perpustakaan Negara termasuk:-
- Perpustakaan Negara Malaysia Negeri Perlis
- Perpustakaan Negeri Sabah
- Pustaka Negeri Sarawak
- Perpustakaan Awam Cawangan Batu Pahat, Johor
- Perpustakaan Awam Cawangan Cameron Highlands, Pahang
- Perpustakaan Awam Cawangan Pelabuhan Kelang
- Perpustakaan Awam Cawangan Baling, Kedah
- Perpustakaan Awam Cawangan Bentong, Pahang
- Perpustakaan Awam Cawangan Georgetown, Pulau Pinang
- Perpustakaan Awam Cawangan Kuala Pilah, Negeri Sembilan
- Perpustakaan Awam Cawangan Kulim, Kedah
- Perpustakaan Awam Cawangan Marang, Terengganu
- Perpustakaan Awam Cawangan Merlimau, Melaka
- Perpustakaan Awam Cawangan Mersing, Johor
- Perpustakaan Awam Cawangan Pontian, Johor
- Perpustakaan Awam Cawangan Raub, Pahang
- Perpustakaan Awam Cawangan Segamat, Johor
- Perpustakaan Awam Cawangan Seri Iskandar, Perak
- Perpustakaan Awam Cawangan Simpang Empat, Perlis
- Perpustakaan Awam Cawangan Kota Tinggi, Johor
- Perpustakaan Awam Cawangan Muar, Johor
- Perpustakaan Awam Cawangan Jeli, Kelantan
- Perpustakaan Awam Cawangan Port Dickson, Negeri Sembilan
- Perpustakaan Pekan Bandar Baru, Kedah
- Perpustakaan Pekan Mantin, Negeri Sembilan
- Perpustakaan Pekan Pulau Pangkor, Perak
- Perpustakaan Pekan Bagan Ajam, Pulau Pinang
PERPUSTAKAAN BERGERAK MULTIMEDIA
Konsep perpustakaan bergerak telah dipertingkatkan kepada bas
Perpustakaan Bergerak Multimedia selaras dengan hasrat kerajaan
mewujudkan masyarakat berpengetahuan teknologi maklumat dan komunikasi
(ICT) serta membawa arus perkembangan ICT ke masyarakat luar bandar.
Sebanyak 5 buah Perpustakaan Bergerak Multimedia telah mula dibina dalam
tahun 2000. Perpustakaan ini akan diagihkan kepada Perpustakaan Awam
Negeri Kedah, Perpustakaan Awam Negeri Melaka, Perpustakaan Awam Negeri
Pahang, Perpustakaan Awam Negeri Selangor dan Pustaka Negeri Sarawak.
Sebanyak RM300,000.00 telah disediakan untuk pembinaan koleksi asas
berserta bahan multimedia bagi 5 buah Perpustakaan Bergerak tersebut.
Perpustakaan Desa
Sebanyak 25 buah perpustakaan desa telah dilaksanakan di seluruh
negara dalam tahun 2000 melibatkan peruntukan berjumlah RM1,298,900.00.
Perpustakaan tersebut ialah:
- Johor
-
- Perpustakaan Desa Gemereh
- Perpustakaan Desa Parit Haji Ali
- Perpustakaan Desa Simpang 5 Darat
- Perpustakaan Desa Jorak, Muar
- Kedah
-
- Perpustakaan Desa Wang Tepus, Jitra
- Perpustakaan Desa Gajah Putih, Sik
- Perpustakaan Desa Paya Kerchut,Pendang
- Negeri Sembilan
-
- Perpustakaan Desa Air Kuning
- Perpustakaan Desa Bagan Pinang
- Pahang
-
- Perpustakaan Desa Pulau Tawar, Jerantut
- Perpustakaan Desa Kg. Luit, Maran
- Perpustakaan Desa Jambu Rias, Bentong
- Perpustakaan Desa Kg. Kerdau, Temerloh
- Pulau Pinang
-
- Perpustakaan Desa Bukit Gedung
- Perpustakaan Desa Juru
- Perpustakaan Desa Jelutong Tengah
- Selangor
-
- Perpustakaan Desa Taman Muhibah, Sabak Bernam
- Perpustakaan Desa Kg. Sg. Gulang-Gulang, Kuala Selangor
- Sarawak
-
- Perpustakaan Desa Kg. Triboh, Serian
- Perpustakaan Desa Kg. Antawau, Kapit
- Perpustakaan Desa Long Laput, Marudi
- Perpustakaan Desa Laut, Samarahan
- Perpustakaan Desa Moyan Laut, Samarahan
- Perpustakaan Desa Kg. Baru, Kota Samarahan
- Perpustakaan Desa Kg. Pahlawan, Limbang
Pusat Siber Ilmu
Pada tahun 2000, 13 buah Pusat Siber Ilmu telah dibina di desa. Pusat
Siber Ilmu berkonsepkan perpustakaan desa yang mempunyai kemudahan
serta memberi perkhidmatan yang berkaitan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (ICT) di kalangan masyarakat desa. Pusat Siber Ilmu yang
dibina adalah seperti berikut:
- Johor
-
- Perpustakaan Siber Bandar Penawar
- Perpustakaan Siber Felda Pemanis
- Perpustakaan Siber Felda Medoi
- Kedah
-
- Perpustakaan Siber Jalan Kuala Kedah
- Melaka
-
- Perpustakaan Siber Kampung Padang
- Perlis
-
- Perpustakaan Siber Kampung Sentua, Utan Aji
- Negeri Sembilan
-
- Perpustakaan Siber Air Kuning
- Perpustakaan Siber Bagan Pinang
- Perpustakaan Siber Serting, Jempol
- Pahang
-
- Perpustakaan Siber Bukit Ibam, Rompin
- Perpustakaan Siber Muadzam Shah
- Perpustakaan Siber Lebar Chondong
- Pulau Pinang
-
- Perpustakaan Siber Permatang Tinggi
Al-Hamdulillah syukur aku pada Allah kerana DIA telah memberi rahmat kepada kehidupan kita pada hari ini... Cuaca pada hari ini amat baik sekali dan aku dapat membasuh semua pakaian aku dan hubby dan aku baru sahaja selesai melipat pakaian.. Aku berasa amat seronok pada hari ini kerana aku telah berjaya membuat sup tulang yang merupakan kali pertama aku membuatnya dan tenyata hubby suka akan masakan aku... Seronok aku melihat hubby makan masakan yang aku buat... Oh ya! Terlupa pula aku, bulan ini adalah Bulan Bahasa Kebangsaan dan ianya diraikan di seluruh Malaysia... Aku akan menceritakan tentang Bulan Bahasa Kebangsaan...
Bulan Bahasa Kebangsaan merupakan suatu program yang memfokuskan kempen cintai bahasa Melayu yang dipelopori penganjurannya oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Tujuan utama pelaksanaan program ini adalah untuk mendidik masyarakat berbilang bangsa khususnya di Malaysia
agar dapat menyemarakkan dan seterusnya memartabatkan bahasa kebangsaan
negara tersebut dalam pelbagai aspek dan bidang yang boleh memaju ke
arah kelestarian bahasa Melayu sebagai bahasa kelas dunia yang praktikal
dan realistik.
TUJUAN UTAMA
Tujuan utama penganjuran program ini adalah:
- Untuk memantapkan, memperkukuh dan mempamerkan jati diri dan citra bangsa Malaysia.
- Menguatkan rasa megah terhadap bahasa kebangsaan.
- Mengeratkan dan memperkukuh perpaduan bangsa melalui bahasa kebangsaan.
- Menyemarakkan peranan bahasa kebangsaan sebagai tonggak pembinaan negara bangsa.
TEMPOH PELAKSANAAN
Program Bulan bahasa Kebangsaan (BBK) dijalankan sepanjang bulan Oktober
setiap tahun, pelbagai pengisian program telah dirangka oleh pihak
Dewan Bahasa dan Pustaka pusat dan negeri sepanjang tempoh
pelaksanaannya.
SEJARAH
Pada asalnya program seumpama ini telah dijalankan sepanjang dekat
60-an bermula dengan panggilan Minggu Bahasa Kebangsaan dana Bulan
Bahasa Kebangsaan. Kempen ini telah melalui perubahan pelbagai nama
seperti Gerakan Cintailah Bahasa Kita (GCBK) (1987-1996), Gerakan Bahasa
Kebangsaan Sektor Swasta (GBKSS) (1996-2005) dan Minggu Sastera
(1987-1998). Akhirnya pada tahun 1999, gerakan ini dinamakan Bulan
Bahasa dan Sastera Negara (BBSN).
Program BBSN yang pertama telah dilancarkan pada tahun 1999 oleh mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi, yang pada ketika itu ialah Timbalan Perdana Menteri Malaysia.
Manakala pada tahun 2009, bersesuaian dengan matlamat pelaksanaannya,
BBSN telah dikenali dengan nama Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) sehingga
kini.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Social Icons