Al-Hamdulillah, kami selamat sampai ke kampung halaman pada pukul 4.30 petang dan sebaik sahaja kami menjejakkan kaki ke dalam rumah serta menyalin pakaian, aku dan hubby mula melakukan kerja-kerja untuk kenduri pada malam ini... Dan Al-Hamdulillah segala majlis berjalan dengan lancar serta aman, malam ini menu hidangan kami adalah murtabak daging serta air kopi dan teh... Memang sedap bila makan murtabak daging bersama-sama dengan kuah bawang... Keletihan mula dirasai, esok pagi akan berlangsung majlis akad nikah adik lelaki aku di rumah pengantin perempuan berhampiran dengan kampung aku juga... So malam ini, kami mula berkemas-kemas untuk membuat hantaran kepada pengantin perempuan, sudah menjadi adat kaum Melayu sekiranya majlis perkahwinan seperti ini, perlu ada hantaran... Esok aku akan memuat turun gambar perkahwinan adik lelaki aku... Okey, setakat ini dahulu coretan aku...Insya Allah jumpa lagi...
Post a Comment
❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧