Akhirnya aku dapat kembali bekerja setelah seminggu aku bercuti... Rindu aku pada office ini tidak terbendung lagi dan membuatkan aku terasa gembira sekali kerana dapat bekerja semula... Kadang-kadang memang bosan juga sekiranya bercuti terlalu lama tanpa berbuat apa-apa... Malam ini perlawanan akhir bola sepak di antara pasukan Harimau Muda (Malaysia) menentang Garuda (Indonesia) sedang berlangsung dan ianya adalah untuk berebut pingat emas sukan SEA... Kami mengharapkan kejayaan yang cemerlang untuk pasukan Harimau Muda kami... Aku tidak pasti kenapa aku terasa gembira sangat pada hari ini? Mungkin kah aku terlalu gembira di samping hubby yang tercinta? hehehe yang itu sudah tentu aku gembira... Oh ya! Semalam aku dan hubby pergi ke pasar pagi untuk membeli sedikit barang keperluan dapur seperti ayam dan tulang lembu untuk dibuat sup serta sedikit sayur-sayuran... So hari ini aku memasak sup tulang dan menjadi kegemaran aku dan hubby sampaikan dia menambah nasi 2 pinggan kerana sup tulang tersebut...hehe okey setakat ini dulu coretan aku... Insya Allah kita jumpa lagi....
Post a Comment
❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧