Diari harian

Thursday, November 24, 2011





















Musim tengkujuh sudah pun bermula di negeri-negeri Pantai Timur... Macam mana agaknya di kampung halaman aku? Adakah ianya akan berlaku banjir atau sebaliknya? Tadi aku menelefon ummie dan bertanya khabar kepada family, katanya mungkin office dia akan mengadakan lawatan ke Bandung bulan depan...Wahh ummie aku ini, mahu ke Bandung, seronoknya bila dengar berita itu...Pada mulanya ummie aku bertanya sama ada perlu atau tidak dia datang ke rumah aku pada bulan depan untuk mengetahui tentang check up doktor di hospital Seremban? Aku memberitahu tentang tarikh appointment doktor, malangnya ummie aku tidak dapat datang kerana dia perlu menghadiri satu kursus anjuran office di Kuala Lumpur... huhuhu... Sudah sah lagi terang mereka mahu ke shopping complex untuk membeli belah... Apa lagi jikalau bukan Sogo, Pertama Complex, Chow Kit, Jalan Tunku Abdul Rahman... Hmmm... Aku pun sudah bosan dengan tempat itu, bukannya apa, aku pernah tinggal di area Chow Kit so aku tahu keadaan Chow Kit sama ada di waktu siang atau malam... Kemudian kami bercerita tentang family masing-masing...Secara kebetulan pada malam ini hubby kena kerja waktu malam sehingga hari esok, so aku tinggal seorang diri di rumah ini...Ummie selalu pesan pada aku supaya menjaga diri, memeriksa sama ada pintu dan tingkap telah berkunci dan pasang alunan Al-Quran... hehe geli hati aku bila mendengar bebelan ummie... Aku pun selalu mengiyakan cakap dia dan berkata aku akan menjaga diri dan pintu semua telah dikunci... Ummie sebenarnya bimbang tentang keselamatan aku dan itulah perasaan seorang ibu terhadap anak, lebih-lebih lagi bila anak itu berjauhan dengan ibu... Sebenarnya aku lebih suka tinggal di luar kawasan tempat tinggal aku kerana ingin mencari pengalaman di negeri orang... Lagipun bukannya aku berhijrah di negara-negara lain, cuma di dalam Malaysia ini juga,.,.... Sebut pasal Hijrah, hari Ahad ini adalah hari tahun baru Hijrah dalam Kalendar Islam...Oleh itu, aku ingin mengucapkan Selamat Menyambut Maal Hijrah 1433H kepada seluruh umat Islam di dunia....  Okey ---------------------------->





Selamat malam semua.... Baca doa tidur dahulu sebelum anda lelapkan mata dan ucap dua kalimah syahadah sebelum tidur.....








Post a Comment

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧