Diari harian

Monday, November 28, 2011


Assalamualaikum,
Malam ini aku terasa amat sejuk sekali kerana hujan telah turun dengan lebat dari petang tadi... Keadaan pada waktu petang tadi seolah-olah malam sudah berlabuh walhal pada masa itu jam menunjukkan pukul 3.30 petang dan memaksa kami memasang lampu di dalam rumah akibat terlalu gelap... Semalam aku minta maaf kerana tidak sempat untuk mengemaskini blog ini, kerana semalam penyakit migrain aku telah datang menyerang dan aku terpaksa tidur seharian di dalam gelap kerana tidak tahan dengan silauan waktu siang... Lagipun pada masa itu aku baru sahaja selesai memotong ayam dan sotong,membasuh udang dan tulang lembu.... Cuma pada masa itu aku cuma perlu menyimpan di dalam bekasnya sahaja akan tetapi migrain aku datang mengejut sahaja...Sudah agak lama aku tidak mendapat migrain dan mungkin disebabkan aku terlalu banyak berfikir tentang masalah-masalah duni ini yang menyebabkan penyakit aku ini datang menyerang....  Nasib baik pada pagi itu,aku sudah membeli sarapan selepas selesai membeli barang-barang basah seperti ayam, sotong, udang, tulang lembu dan sayur-sayuran...Aku membeli nasi tomato untuk diri aku manakala hubby pula aku belikan nasi lemak ayam.... Dan nasib baik hubby memahami dengan keadaan diri aku... Kemudian bila aku bangun dari tidur, penyakit migrain aku mula berkurangan dan aku menyambung kerja-kerja terbengkalai tadi... Okey, Insya Allah kita akan jumpa lagi....Aku terasa penat sangat mungkin gara-gara makan ubat migrain tadi....Selamat malam semua....

1 comment

  1. You are shared really amazing post we also publishing a blog in our Hindi language, My blog name is Hindi Gagan You can give your feed back too. Thanks

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧