Diari harian

Wednesday, November 09, 2011





















Minta maaf banyak-banyak kepada kawan-kawan kerana aku tidak dapat mengemaskini blog aku semalam... Line internet tidak dapat berfungsi dengan baik dan semalam aku cuma melakukan kerja seharian aku kerana mulai esok aku akan mula bercuti untuk balik kampung aku... Bukan aku seorang sahaja yang akan balik tetapi hubby pun akan balik sama dengan aku... Jadi, semalam aku sudah mengemas pakaian dan barang-barang yang akan dibawa balik ke dalam beg dan malam ini aku menyediakan bahan-bahan untuk membuat sandwich untuk pagi esok... Kenapa aku balik kampung? Eh! Sudah lupakah? Adik-adik aku akan melangsungkan perkahwinan mereka pada hari Jumaat dan hari Ahad ini...Malam esok rumah kami akan mengadakan kenduri untuk arwah datuk dan nenek kami yang telah meninggal dunia serta membuat majlis solat hajat untuk kesejahteraan bakal pengantin... Sekarang ini aku sedang membuat bahan-bahan untuk sarapan pagi esok, sandwich ikan sardin serta nasi goreng... Mata aku ini agak mengantuk tetapi biasanya kalau aku hendak berjalan jauh ataupun menghadapi peperiksaan, mata aku tidak mahu lelap dan otak aku akan semakin ligat berfikir, seolah-olah tidak membenarkan aku tidur... Geli hati juga bila memikirkan semua ini, seakan-akan penyakit yang tidak akan sembuh, gelisah tidak menentu... Yang paling penting, aku dapat pulang ke kampung halaman dan berjumpa dengan ahli keluarga aku... Okey, kawan-kawan, aku mahu sambung membuat kerja-kerja yang terbengkalai sekejap tadi... Insya Allah jikalau aku ada kesempatan aku akan mengemaskini entri pada esok malam... Jumpa lagi nanti dan doakan keselamatan kami semasa perjalanan balik ke kampung esok....




Post a Comment

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧