Diari harian

Monday, December 12, 2011


Assalamualaikum, 
" Selama ini aku mencari-cari, Teman yang sejati... 
Buat menemani Perjuangan suci ... 
Bersyukur kini PadaMu Illahi, Teman yang dicari 
Selama ini Telah kutemui... 
Dengannya di sisi, 
Perjuangan ini Senang diharungi Bertambah murni Kasih Illahi.... 
KepadaMu Allah aku panjatkan doa Agar berkekalan Kasih sayang kita... 
Kepadamu teman aku pohon sokongan Pengorbanan dan pengertian 
Telah aku ungkapkan Segala-galanya... 
 KepadaMu Allah aku pohon restu 
Agar kita kekal bersatu.... 
Kepadamu teman 
Teruskan perjuangan... 
Pengorbanan dan kesetiaan 
Telah aku ungkapkan Segala-galanya 
Itulah tandanya Kejujuran kita... " 

Itu adalah bait-bait lirik lagu Teman Sejati dari kumpulan nasyid Brothers... Kata-kata lirik itu membuat aku berasa amat sedih dan pilu bila mengenangkan sahabat-sahabat aku yang hilang entah ke mana....Mungkin ada di antara sahabat-sahabat aku ini sudah meninggal dunia atau ada yang masih hidup  tetapi aku tidak tahu cara untuk menghubungi mereka.... Bila aku pergi ke rumah, keluarga mereka sering memberitahu yang mereka tiada di rumah, nombor telefon mereka pun aku tidak ada dalam simpanan... Walaupun aku mempunyai seorang sahabat yang sememang setia pada setiakawan, tetapi pada sahabat-sahabat yang lain aku merindui mereka juga.... Aku mendoakan kesejahteraan mereka di mana juga mereka berada walaupun mereka tidak mengingati pada diri aku...Sahabat yang mengenali diri ini, aku harap kalian akan sentiasa sihat dan kebahagiaan akan menjadi milik kalian hendaknya, aku berharap semoga tali persahabatan kita akan sentiasa kekal hingga akhir hayat... Aku sentiasa teringat pada kalian semua... Cuaca pada malam ini agak sejuk dan menandakan hari hendak hujan.... Hubby aku pula tiada di rumah kerana taman perumahan kami mengadakan mesyuarat bulanan mereka....Mungkin mereka sedang membincangkan mengenai masalah taman kami ini...

okey, aku ingin menunaikan solat Isya' dahulu.... Insya Allah kita akan jumpa lagi esok... Tata... Sweet dreams...

Post a Comment

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧