Buat menemani
Perjuangan suci
...
Bersyukur kini
PadaMu Illahi,
Teman yang dicari
Selama ini
Telah kutemui...
Dengannya di sisi,
Perjuangan ini
Senang diharungi
Bertambah murni
Kasih Illahi....
KepadaMu Allah aku panjatkan doa
Agar berkekalan
Kasih sayang kita...
Kepadamu teman aku pohon sokongan
Pengorbanan dan pengertian
Telah aku ungkapkan
Segala-galanya...
KepadaMu Allah aku pohon restu
Agar kita kekal bersatu....
Kepadamu teman
Teruskan perjuangan...
Pengorbanan dan kesetiaan
Telah aku ungkapkan
Segala-galanya
Itulah tandanya
Kejujuran kita... "
Itu adalah bait-bait lirik lagu Teman Sejati dari kumpulan nasyid Brothers... Kata-kata lirik itu membuat aku berasa amat sedih dan pilu bila mengenangkan sahabat-sahabat aku yang hilang entah ke mana....Mungkin ada di antara sahabat-sahabat aku ini sudah meninggal dunia atau ada yang masih hidup tetapi aku tidak tahu cara untuk menghubungi mereka.... Bila aku pergi ke rumah, keluarga mereka sering memberitahu yang mereka tiada di rumah, nombor telefon mereka pun aku tidak ada dalam simpanan... Walaupun aku mempunyai seorang sahabat yang sememang setia pada setiakawan, tetapi pada sahabat-sahabat yang lain aku merindui mereka juga.... Aku mendoakan kesejahteraan mereka di mana juga mereka berada walaupun mereka tidak mengingati pada diri aku...Sahabat yang mengenali diri ini, aku harap kalian akan sentiasa sihat dan kebahagiaan akan menjadi milik kalian hendaknya, aku berharap semoga tali persahabatan kita akan sentiasa kekal hingga akhir hayat... Aku sentiasa teringat pada kalian semua... Cuaca pada malam ini agak sejuk dan menandakan hari hendak hujan.... Hubby aku pula tiada di rumah kerana taman perumahan kami mengadakan mesyuarat bulanan mereka....Mungkin mereka sedang membincangkan mengenai masalah taman kami ini...
okey, aku ingin menunaikan solat Isya' dahulu.... Insya Allah kita akan jumpa lagi esok... Tata... Sweet dreams...
okey, aku ingin menunaikan solat Isya' dahulu.... Insya Allah kita akan jumpa lagi esok... Tata... Sweet dreams...
Post a Comment
❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧