Assalamualaikum,
Yahooooooo....Al-Hamdulillah, semua kerja-kerja yang melibatkan buku dan pembayaran telah sempurna dari tugasnya... Al-Hamdulillah lega betul hati aku ini kerana ianya dapat disiapkan sebelum akhir tahun ini.... Syukur aku kepada Allah dan sekarang ini aku perlu menumpukan sepenuh perhatian untuk membuat katalog buku dan masukkan data ke dalam sistem... Walaupun kerja ini agak leceh tetapi aku sememang suka akan pekerjaan ini dan kebetulan aku sememang minat dengan bidang kepustakawan ini... Insya Allah satu hari nanti aku akan melanjutkan pelajaran untuk menaikkan taraf hidup aku, siapa tahu satu hari nanti aku akan menjadi bakal seorang pustakawan pula... Sudah 9 tahun 2 bulan aku sudah berkhidmat dengan kerajaan dalam bidang pustakawan dan aku akan terus bekerja sehingga hari persaraan aku nanti.... Huhuhu... Apalah fikiran aku ini?? Baru sahaja berkhidmat sudah fikirkan akan persaraan... Aku berharap agar kesihatan aku akan baik sehingga hari persaraan... Sebut pasal persaraan, ummi aku pun akan bersara tidak lama lagi dan dia sudah berjanji akan membawa aku dan hubby pergi ke Mekah Al-Mukarrammah untuk menunaikan umrah di sana dan memohon doa agar dikurniakan cahayamata sekiranya aku masih tidak pregnant lagi... Aku pun sentiasa berdoa pada Allah agar dikurniakan cahayamata kepada keluarga kami dan melengkapkan lagi hubungan kekeluargaan... Walaupun aku dan hubby bahagia dan gembira tetapi kami masih mengharapkan kehadiran cahayamata dalam kehidupan kami...Tetapi aku tidak boleh stress apa lagi terlalu banyak memikirkan hal ini kerana ianya tidak elok untuk kesihatan aku dan boleh menyukarkan aku untuk pregnant... Aku pun tidak mahu membebankan kepala aku ini untuk memikirkan hal ini kerana aku tahu Allah akan sentiasa menolong hambaNya, berdasarkan apa yang hamba Dia pinta... Kawan-kawan, aku hendak minta bantuan dari kamu semua supaya aku dapat pregnant kerana aku belum pernah sekalipun merasai pengalaman pregnant atau keguguran... Kamu semua doakan kebahagiaan aku dan hubby yea... Aku benar-benar teringin ingin pregnant... Ya Allah, Kau kabulkan permintaan aku ini Ya Allah... Hamba Mu yang lemah dan dhaif ini ingin sekali merasai pengalaman mengandung dan Kau kabulkan permintaan aku untuk mendapatkan seorang cahayamata yang soleh dan solehah Ya Allah...
Ù‡ُÙ†َالِÙƒَ دَعَا زَØ¢َرِÙŠَّا رَبَّÙ‡ُ Ù‚َالَ رَبِّ Ù‡َبْ Ù„ِÙŠ Ù…ِÙ†ْ Ù„َدُÙ†ْÙƒَ Ø°ُرِّÙŠَّØ©ً Ø·َÙŠِّبَØ©ً Ø¥ِÙ†َّÙƒَ سَÙ…ِيعُ الدُّعَاءِ
Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya:" Wahai Tuhanku! kurniakanlah kepadaKu dari sisiMu zuriat keturunan Yang baik; Sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar (menerima) doa permohonan". Rabbana atina fiddunya hasanah wa fil akhiroti hasanah waqina 'adzabannar. Wassalahu A'la Saiyidina Muhammad Wa'ala A'lihi Wa'sahbihi Aj'Main, Wal'Hamdulillahi Rabbil A'lamin.... Amin...Amin...Amin Ya Rabbal A'lamin....
------------> Okey, masa untuk tidur,Insya Allah kita jumpa lagi yea.... Tata...
Post a Comment
❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧