Assalamualaikum,
Al-Hamdulillah, syukur aku kepada Allah kerana Dia telah memperkenankan doa aku supaya cuaca cerah dan aku dapat mencuci segala pakaian harian dan kerja aku dan hubby...Walaupun pada mulanya cuaca hanya mendung tetapi hujan tidak turun dan semua pakaian kami kering sepenuhnya... Aku mencuci pakaian pada malam semalam kerana khuatir hujan akan turun pada hari ini, tetapi Al-Hamdulillah... Pagi tadi aku terjatuh buat kali ketiga dalam bilik air sewaktu hendak mandi, dan aku bimbang akibat hentakan pada punggung akan menyebabkan aku sukar untuk pregnant, Insya Allah bila jumpa dengan doktor nanti, akan aku tanyakan... Apa yang membimbangkan aku sekarang adalah berat badan aku tidak turun dan aku selalu juga bersenam tetpi masih tidak ada perubahan.... Aku sudah tidak tahu macam mana hendak lakukan lagi dan bagaimana hendak mengatasi masalah ini... Malam ini cuaca agak sejuk dan mungkin akan hujan dan malam esok, adik-adik aku akan sampai dari Kuala Terengganu untuk menghantar adik ipar lelaki ke KLIA kerana mengambil peperiksaan di Mesir...
---------->Okey, aku rasa coretan malam ini agak pendek berbanding seblum ini kerana aku sudah mengantuk dan mahu tidur...Tetapi sebelum itu, ini adAs I live each day,
---------->Okey, aku rasa coretan malam ini agak pendek berbanding seblum ini kerana aku sudah mengantuk dan mahu tidur...Tetapi sebelum itu, ini adAs I live each day,
Post a Comment
❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧