Al-Hamdulillah adik-adik aku telah selamat sampai ke Putrajaya pada pukul 5.20 pagi tadi dan aku telah pergi mengambil mereka di Putrajaya Sentral pada pukul 6.20 pagi dan serentak dengan itu kami singgah ke office aku kerana aku perlu menunggu sahabat aku yang merupakan pegawai atasan aku untuk meminta kebenaran untuk keluar office... Setalah sabahat aku sampai ke office dalam pukul 8.30 pagi, aku dan bersama-sama adik-adik aku bergerak menuju ke rumah untuk merehatkan badan... Aku kembali ke tempat kerja dan menyambung kembali tugas aku.... Kemudian bila aku pulang dari office, aku terus bergegas ke dapur untuk memasak dan menyangka hubby akan pulang sekejap sahaja lagi tetapi hubby membuat kerja tambahan dan akan pulang dalam pukul 9 malam... Malam ini aku perlu menghantar adik ipar lelaki aku ke KLIA kerana dia ingin mengambil peperiksaan di Universiti Al-Azhar Mesir.... Jadi aku terpaksa memendekkan coretan aku pada malam ini kerana dalam pukul 10.30 malam ini nanti aku akan ke KLIA bersama-sama dengan adik-adik... Hubby tidak akan ikut kami memandangkan dia akan pulang dari tempat kerja pada pukul 9.00 malam ini dan kebiasaannya dia akan berasa penat.. Lagipun kami tidak tahu berapa lama kami akan duduk dekat KLIA kerana mengikut pada jadual penerbangan, adik ipar lelaki aku akan berlepas dalam pukul 3.00 pagi nanti, besar kemungkinan dia akan check-in dalam pukul 12.00 tengah malam atau lebih.... Insya Allah, esok aku akan ceritakan tentang perjalanan aku ini...
Okey, Insya Allah kita jumpa lagi esok... Selamat malam dan semoga anda semua dirahmati oleh Allah.... Sweet dreams guys !!!
Post a Comment
❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧