Diari harian

Wednesday, December 21, 2011

Assalamualaikum,
Akhirnya aku dapat menyiapkan sedikit katalog buku baru yang dibeli baru-baru ini...Lega rasanya bila melihat ada buku-buku di dalam library, jika tidak, jenuh juga hendak menjawab kepada pengunjung library yang sentiasa bertanya pada buku baru...Hari ini juga di tempat office aku, cawangan sumber manusia telah mengadakan sesi temuduga penguasa bomba KB44 kepada penguasa bomba KB48, dan mereka meminjam library sebagai tempat menunggu, jadi untuk 3 hari berturut-turut, mereka akan duduk di dalam library dan orang awam tidak dibenarkan masuk... Jadi sebab itu aku ada masa yang lain untuk membuat katalog buku... Al-Hamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar.... Baru-baru ini gaji telah keluar dan aku telah pun selesai membayar segala bil yang perlu... Sebab itu line internet broadband aku sekarang agak laju jika dibandingkan dengan sebelum ini... Tetapi macam biasa aku tidak dapat menggunakan pada hari-hari biasa kerana kebiasaan hubby akan melayari internet terlebih dahulu dan aku hanya mendapat peluang bila waktu cuti dan pada waktu tengah malam sahaja... Tetapi ada juga aku gunakan internet bila hubby terpaksa kerja malam... hehehe.... Minggu depan adalah cuti umum kerana ada cuti perayaan krismas yang jatuh pada hari Ahad dan akan diganti cuti pada hari Isnin... Wahhh... Seronok pula rasanya kerana aku dapat membasuh pakaian pada hari Ahad atau Isnin ini jika hujan turun pada hari Sabtu.... Apapun kita tunggu akan hari tersebut sama ada akan hujan atau tidak...

-------> Okey, aku terpaksa berundur untuk hari ini kerana hubby ingin menggunakan internet, katanya dia hendak memuat turun movie daripada Youtube....Hehehe ada-ada sahaja hubby kesayangan aku ini... Insya Allah kita akan jumpa lagi pada hari esok.... Selamat malam semua... Sweet dreams...







Post a Comment

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧