Assalamualaikum,
Hari ini hari kedua temuduga untuk penguasa bomba dan sekali lagi hari ini library ditutup...Tetapi kerja tetap juga berjalan seperti biasa cuma orang awam dan kakitangan yang tidak berkenaan tidak dibenarkan masuk... Entah mengapa hari ini hati ini terasa amat seronok sangat padahal tidak ada apa-apa yang mengembirakan berlaku... Mungkin disebabkan hubby bekerja malam ini... Opsss! hehehehe... Yea sekarang ini hubby telah keluar kerana dia masuk kerja waktu malam.... Maka esok dia tidak akan bekerja sehingga hari Isnin depan... Aku pun akan bercuti dan aku rasa masih banyak benda lagi yang perlu diselesaikan sebelum tahun 2011 akan berakhir... Al-Hamdulillah, Allah telah membuka pintu hati aku ini untuk terus beribadat dan semoga dosa-dosa aku akan diampuni oleh Allah... Aku juga berdoa agar semua orang yang aku sayangi akan dirahmati oleh Allah... Semalam aku ada terbaca satu artikel mengenai penyanyi Bon Jovi telah meninggal dunia tetapi pagi tadi aku membaca artikel yang Bon Jovi masih hidup lagi dan ternyata itu semua adalah khabar angin semata-mata... Aku amat suka kumpulan atau penyanyi tersebut.... Sekarang ini laptop aku sedang memainkan lagu Richard Marx, I Will Be Right Here Waiting For You.. Sejak dari kecil lagi aku amat sukakan lagu ini, sampaikan hubby cakap aku mempunyai jiwa yang sentimental... Ada satu lagi yang aku minat pada lagu iaitu Various Artists, Let The Music Heal Your Soul, yang terdiri daripada kumpulan Backstreet Boys, Nsync, Aaron Carter, The Boyz, The Moffats, Gil dan ramai lagi... Memang tersentuh jiwa aku takala mendengar lagu ini.. Selain itu, aku memang suka membaca Surah Yassin kerana ianya akan membantu aku semasa di akhirat nanti, wallahualam....
------> Jam menunjukkan sudah pukul 11.55 malam dan aku ingin berundur untuk hari ini... Insya Allah kita akan berjumpa lagi di lain esok hari... Selamat malam dan semoga kita mendapat keberkatan dari Allah... Wa'salam...
Post a Comment
❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧