Assalamualaikum,
Hari ini adalah permulaan hari bekerja, terasa amat malas sekali untuk melakukan kerja apatah lagi minggu depan kita akan bercuti lagi kerana menyambut tahun baru 2012... Tetapi hari ini aku tidak ke office untuk bekerja sebaliknya aku perlu menghadiri satu mesyuarat pentadbiran yang diadakan di IOI Resort, Putrajaya dari waktu pagi sampai ke petang... Aku menaiki kereta sahabat aku dan kami bertolak dari office pada pukul 8.15 pagi... Mesyuarat itu diadakan kerana kami semua perlu menyusun semula senarai tugas tetapi unit aku tidak perlu membuat penyusunan semula kerana bidang kerja kami berlainan dari unit pentadbiran.... Memang kebiasaaan di dalam mesyuarat mesti ada yang tidak berpuas hati dengan sesuatu keputusan, memandangkan pegawai aku tidak hadir bersama jadi aku hanya perlu mendengar sahaja aduan dan ketidakpuasan hati mereka... Tetapi apa yang menarik perhatian aku adalah makanan yang mereka hidangkan, memang sedap dan harga yang berpatutan, aku cuma dapat makan sedikit sahaja lantaran aku tiada selera pada hari ini... Kami selesai mesyuarat pada pukul 4.15 petang dan semasa hendak pulang, secara kebetulan masa bekerja aku sudah tamat dan sebaik sahaja sampai di office aku terus mengetip kad perakam waktu dan terus mengambil payung kerana pada petang tadi hujan turun dengan lebatnya.... Sampai ke saat ini, hujan masih belum reda... Esok pegawai aku akan masuk bekerja dan aku akan menceritakan apa yang berlaku pada hari ini kepada beliau...
Okey, setakat ini dulu, Insya Allah kita jumpa lagi esok...
Post a Comment
❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧