Diari harian

Saturday, December 03, 2011















Al-Hamdulillah, cuaca pada hari ini amat menyenangkan dan aku dapat melaksanakan tugas aku dengan sebaik mungkin... Aku baru sahaja selesai melipat pakaian dan menyangkut pakaian kerja, jadi aku ada sedikit masa untuk menaip entri dalam blog... Hari ini tidak banyak aku lakukan semasa berada di rumah kecuali melakukan rutin mingguan aku... Hubby pula macam biasa, ada sahaja kerja yang dia lakukan setiap Sabtu dan Ahad... Hari ini menu masakan aku adalah bihun sup yang memang sudah lama aku hendak buat, cuma sekarang ini baru ada masa untuk memasak bihun sup... Hubby pula sememangnya gemar pada masakan bihun sup yang aku masak, pada hal bagi aku, masakan itu biasa sahaja... Bulan ini adalah bulan kelahiran ayah aku...Kalau boleh aku ingin menyambut hari lahir bersama-sama dengan ayah tetapi aku tidak dapat melakukannya lantaran kami tinggal berjauhan... Aku masih teringat tentang pada masa kecil sehingga aku menjadi dewasa dan mungkin bakal menjadi seorang ibu... Ya Allah, Kau makbulkan doa dari hamba-Mu yang daif ini... Kurniakan kami cahayamata kerana dengan cahayamata itu yang akan mengeratkan hubungan di antara keluarga... Masa berlalu dengan begitu pantas sekali... Usia seseorang semakin meningkat dewasa dan kemudian alam kematian akan menyusul...Cuma kita tidak tahu bilakah maut akan datang pada kita dan bagaimana maut itu menjemput kita... Saban hari semakin banyak kemalangan berlaku di semua tempat, sama ada yang kecil atau yang dewasa menjadi mangsa korban... Akan tetapi, tamadun sifat manusia juga semakin pupus dari dalam diri masing-masing,hingga berlaku banyak pertumpahan darah di sana sini, dosa manusia semakin meninggi dan akan terus meninggi manakala amalan baik mereka hanya dapat di kira dengan jari sahaja... Semakin ramai ulama agama telah dijemput oleh Allah dan kita akan semakin tenggelam di dalam dosa dan noda tanpa batasan... Cuma Al-Quran dan Sunnah sahaja yang akan menyelamatkan kita jika kita tersesat jalan dan ingin kembali... Aku berdoa agar Allah merahmatkan umat Nabi Muhammad SAW dan memberikan mereka hidayah dan petunjuk dari Allah untuk kembali ke pangkal jalan....


Post a Comment

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧