Minta maaf semua kerana aku tidak dapat mengemaskini blog aku semalam...Ini adalah kerana aku dan sahabat yang merupakan pegawai atasan aku telah pergi ke Perpustakaan Negara Malaysia untuk menghantar kembali buku pinjaman berkelompok dan kami dapat meminjam buku untuk kali ketiga... Al-Hamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan waktu semalam sememangnya agak sibuk sedikit... Ini kerana aku terpaksa menumpukan pada kerja dan bila sampai di rumah, aku akan melakukan rutin harian aku... Menu masakan hari ini adalah Maggie hehehe....Aku agak kepenatan untuk memasak dan rupa-rupanya hubby aku telah makan terlebih dahulu jadi aku tidak memasak nasi untuk dia memandangkan aku mendapat arahan dari hubby supaya tidak memasak nasi... Selesai sahaja masak, aku terus mandi dan bersolat Maghrib dan membaca Surah Yassin untuk kesejahteraan kehidupan kami... Kemudian aku tertidur kerana kepala aku terasa pening yang amat sangat, mungkin kerana kepanasan sewaktu memasak sebentar tadi.. Aku terjaga kira-kira pukul 9.30 malam kerana hubby ingin ke tempat kerja... Sebaik sahaja hubby pergi, aku terus mandi sekali lagi bagi menghilangkan pening kepala dan terus bersolat Isya'... Aku sempat membaca Surah Yassin sekali lagi dan Al-Hamdulillah sakit kepala aku beransur hilang dan sehingga kini... Esok aku fikir aku mahu membuat sup tulang kegemaran hubby dan Insya Allah kesihatan aku akan bertambah baik pada keesokan harinya... Tadi adik perempuan aku menelefon dan memberitahu kepada aku yang dia akan datang pada hari esok kerana pada hari lusa dia perlu pergi ke JPA untuk membuat pengesahan ijazah dia...Adik perempuan aku mendapat temuduga untuk menjadi guru dan dia tidak mempunyai ijazah asal, hanya mempunyai transkrip sahaja... Okey, kita sambung pada esok hari kerana hubby aku telah pulang dan aku menyambut hubby aku di pintu...Insya Allah kita jumpa lagi esok...Tatata...
Post a Comment
❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧