Diari harian

Friday, December 09, 2011



Assalamualaikum.
Hari Jumaat, macam biasa aku dan sahabat akan pergi ke Alamanda Putrajaya untuk membeli makanan tenghari kami...Tetapi hari ini berlainan daripada biasa kerana kami akan membeli makanan pizza dan kami akan makan di restoran makanan pizza... Sahabat aku ini amat teringin makan pizza yang terbaru di pasaran sekarang... Al-Hamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan kami dapat menikmati hidangan itu dengan baik sekali, syukur kepada Allah.... Cuaca pun nampak baik sahaja dan aku harap ianya akan berkekalan sehingga hari esok... Sudah 9 hari kita melangkah ke bulan Disember dan ianya tinggal 22 hari sahaja lagi untuk kita melangkah ke tahun baru... Harapan aku cuma kehidupan aku ini mendapat kerahmatan dari Allah SWT dan semoga keluarga aku dan semua umat Islam di dunia akan mendapat perlindungan Allah daripada anasir-anasir jahat... Kecantikan dunia hanya sementara dan kecantikan akhirat yang perlu kita cari selama ini.. Aku berasa bersyukur kerana dikurniakan kehidupan yang serba mencabar dan ianya cuma untuk menguji sejauh mana keimanan aku pada Allah... Aku tidak mahu menjadi manusia yang melupakan pada PenciptaNya dan aku tidak mahu menjadi manusia yang tidak mahu bersyukur di atas kenikmatan yang diberi... Aku berharap pada hari ini akan menjadi lebih baik untuk hari esok dan semoga Allah memberkati kehidupan kita semua... Okey, masa untuk tidur... Insya Allah kita akan jumpa lagi di hari esok...Salam sayang untuk semua....




 

Inilah pizza yang kami makan tengahari tadi,macam mana?? Nampak sedap, bukan!?? 

Post a Comment

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧