Diari harian

Tuesday, January 10, 2012


Aduh... Penat betul rasa hari ini disebabkan pekerjaan yang aku jalankan, tetapi aku terasa seronok sangat dengan kerja aku... Walaupun kerja aku agak banyak jika dibandingkan dengan hari semalam tetapi aku tidak kisah tenatng itu semua sebab aku sememangnya sayangkan pekerjaan aku ini dan tidak akan sesekali untuk berhenti kerja walau apa yang terjadi.... Lagipun aku mencari rezeki yang halal dan diredhai oleh Allah jadi untuk apa aku menolak rezeki yang Allah bagi ini, bukankah begitu? Aku bersyukur kerana aku masih dapat bertahan hingga ke hari ini dan Insya Allah aku akan cuba mempertahankan pendirian aku ini... Hari ini aku tidak masak sebaliknya aku membeli makanan sahaja kerana hari ini ada pasar malam sedang diadakan berdekatan dengan perumahan aku... Macam biasa aku akan belikan hubby tercinta nasi ambang kesukaan dia, dan aku pula membeli nasi kerabu untuk hidangan makan malam kami... Cuaca pada petang ini hujan telah turun dengan begitu lebat, Al-Hamdulillah... Setelah beberapa hari hujan tidak turun, hari ini Allah memakbulkan doa hamba-Nya.... Tumbuh-tumbuhan dan tanaman akan hidup semula, kasihan juga bila melihat tanah kering dan merekah... Hubby sekarang ini telah pergi kerja semula untuk membuat sedikit kerja dan dia akan balik tidak lama lagi... Sekarang ini adalah masa untuk aku melayari internet walaupun kadang kala lembap semacam... Sebelum aku menulis dalam blog ini, aku terlebih dahulu melayari facebook dan twitter milik aku dan aku dapati memang banyak pesanan 'junk' atau lebih dikenali dengan pesanan sampah yang disimpan di wall aku... Letih betul rasanya untuk menghapuskan semua pesanan 'junk' ini..... 

Okey, aku ingin menutup cerita untuk hari ini kerana aku baru teringat yang aku masih belum solat Isya' lagi... Insya Allah kita akan berjumpa lagi esok... Selamat malam...Jumpa lagi....

Post a Comment

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧