Assalamualaikum... Aku minta maaf kerana aku terpaksa menulis blog ini pada awal malam ini kerana terdapat rancangan menarik yang akan ditayangkan di tv... Malam ini akan ditayangkan filem Hindi yang menarik perhatian aku, iaitu filem Heyy Babyy dan Diwale Dulhania Le Jayenge... Filem-filem ini mampu membuatkan airmata aku mengalir dengan derasnya tetapi yang paling menyentuh hati aku adalah filem Heyy Babyy.... Ini adalah intipai filem Heyy Babyy...
Okey, Insya Allah, aku akan kembali pada hari esok, yea.... Jaga diri kamu semua dan sentiasa ingat dan zikir kepada Allah, Insya Allah, DIA akan bantu kamu dalam menyelesaikan masalah....Selamat malam dan semoga kamu semua mendapat kebahagiaan dalam kehidupan ini... Wa'salam.....
Heyy Babyy
Mengisahkan 3 orang sahabat iaitu Arush Mehra (Akshay Kumar), Tanmay Joglekar (Ritesh Deshmukh) dan Ali Haider (Fardeen Khan) yang tinggal di Australia.. Satu hari mereka menerima kejutan dalam kehidupan mereka..
Kejutan yang dimaksudkan adalah kedatangan seorang bayi perempuan yang ditinggalkan di hadapan pintu rumah mereka..!!!
Pada mulanya mereka menyalahkan antara satu sama kerana bayi itu telah mendatangkan masalah dalam kehidupan mereka.. Mereka mula mencari wanita-wanita yang pernah mereka keluar dan bertanyakan sama ada wanita itu meninggalkan anak mereka.. Ternyata wanita-wanita itu tak mengaku yang anak itu adalah anak mereka..
Maka bermulalah episod yang huru hara takala mereka bertiga menjaga bayi perempuan yang comel ini.. Tapi disebabkan kehidupan mereka yang terlalu bebas, mereka tak dapat menerima dengan kehidupan baru mereka.. Hari demi hari, mereka melalui kehidupan baru itu dengan penuh penyeksaan dan disebabkan mereka tak sanggup lagi untuk menjaga anak itu, mereka pun membuat keputusan untuk tinggalkan bayi itu di salah sebuah gereja pada malam Krismas...
Semasa mereka nak sambut Krismas, Tanmay bertanya pada dua orang rakannya itu, adakah ada orang yang akan menyambut bayi itu di gereja tersebut kerana pada masa tue hujan turun dengan lebat.. Selepas berfikir mereka bertiga membuat keputusan untuk melihat keadaan bayi itu dan apabila mereka sampai di gereja, alangkah terkejutnya mereka bayi yang malang itu didapati tidak bernyawa dan hampir tenggelam di dalam bakul...
Kemudian mereka bergegas pergi ke hospital untuk menyelamat bayi yang malang itu.. Dengan kepantasan pihak hospital yang berusaha untuk menyelamat nyawa bayi itu, akhirnya bayi berkenaan dapat diselamatkan..
Itulah permulaan kehidupan tiga orang sahabat tadi, yang pada mulanya menjalani kehidupan yang terlalu sosial dan bebas, kini mereka menjadi seorang lelaki yang bertanggungjawab. Mereka mula menjaga bayi perempuan itu dan dinamakan sebagai Angel kerana kehadirannya yang mengubah kehidupan mereka 360 darjah...
Satu hari, mereka menerima kedatangan seorang lelaki yang didakwa sebagai seorang pegawai kebajikan yang memeriksa keadaaan Angel... Arush, Tanmay dan Ali dapat menjawab semua soalan yang diajukan oleh pegawai berkenaan.. Sebenarnya lelaki itu adalah datuk kepada Angel dan dia cuma ingin melihat keadaan cucunya itu...
Di situlah bermulanya siapa bapa sebenar Angel dan rahsia di sebalik kelahirannya... Tambahan pada jalan cerita ini adalah seorang wanita yang bernama Isha Bharat (Vidya Balan) hadir untuk menuntut kembali anaknya yang telah hilang... Wanita itu merupakan salah seorang bekas teman wanita kepada tiga orang pemuda ini..
Di antara Arush, Tanmay dan Ali, siapakah di antara mereka bertiga nie merupakan bapa kepada Angel..?
Kisah nie memang memaparkan betapa dalamnya kasih sayang seorang ayah kepada anaknya.. Walaupun mereka bertiga tak tahu nak jaga seorang bayi, malah pernah bertindak di luar kawalan manusia, tapi dengan kehadiran bayi comel itu telah mengubah seratus peratus kehidupan mereka yang sebelum nie dikatakan agak liar... Walaupun kisah ini merupakan kisah kasih sayang seorang ayah pada anaknya, tapi ada jugak diselitkan kisah komedi di dalam penceritaan ini.. Aku lebih suka dengan watak Tanmay daripada watak yang lain, selain daripada watak Angel yang comel itu...
Post a Comment
❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧