Diari harian

Wednesday, January 04, 2012

Assalamualaikum,
Hari ini aku keseorangan kerana sahabat aku cuti rehat untuk membawa anak-anak dia ke sekolah, anak yang sulung telah memasuki darjah 1 manakala anak kedua dia memasuki tadika.... Kebanyakan para ibu bapa sibuk menguruskan anak-anak mereka yang mula bersekolah pada hari ini...  Petang tadi aku membeli ikan untuk dimasak pada malam nanti, aku pun tidak tahu apa jenis ikan yang aku beli tapi apa yang pasti salah satu ikan yang aku kenal, iaitu ikan selar untuk dimasak, sebab aku terasa amat jemu untuk memasak ayam... Jenis ikan yang satu lagi aku tidak pasti namanya, kerana pada asalnya aku ingin membeli ikan kerapu untuk dibuat ikan bakar tapi nampaknya ikan itu tidak segar dan matanya merah serta nampak lembik saja isinya.... Jadi aku ambil keputusan untuk membeli ikan lain dan Al-Hamdulillah aku berjaya memasak ikan bakar special untuk hubby tercinta serta aku membuat sup sayur untuk hidangan malam kami... Ini adalah kali pertama aku memasak ikan bakar dan ternyata hubby menyukai masakan aku sampaikan dia menambah nasi sebanyak 2 kali... Dalam hati aku terasa gembira dan bangga melihat selera hubby bertambah kerana aku sememangnya ingin memasak lain daripada yang lain.... Al-Hamdulillah cuaca pada hari ini agak cerah dan hujan tidak turun dalam 2 ke 3 hari ini... Tetapi ada negeri lain sedang dilanda banjir, aku harap mereka yang terlibat akan menjaga keselamatan mereka kerana malang tidak berbau... Sekarang ini terdapat filem Hindi sedang ditayangkan, tajuk filem tersebut Dil To Pagal Hai lakonan Shah Rukh Khan, Madhuri Dixit, Karisma Kapoor... Pada mulanya aku ingin melihat filem ini tetapi malangnya mata aku sudah mengantuk... 

Okey, Insya Allah kita jumpa lagi esok.... Selamat malam... Sweet dreams....

Post a Comment

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧