Diari harian

Wednesday, February 15, 2012


Assalamualaikum semua... Aku mohon ampun dan maaf kerana tidak dapat mengemaskini blog untuk jangka masa beberapa hari yang lalu... Aku sudah selamat melakukan rawatan IUI dan sekarang ini aku tidak dibenarkan untuk membawa kereta, terpaksa berpantang untuk makan, berjalan dengan perlahan dan tidak boleh banyak bergerak... Sekarang ini hubby yang menghantar aku ke tempat kerja dan menjemput aku pulang... Kadang-kadang aku berasa amat kasihan pada hubby tetapi apakan daya, aku tidak dapat melakukan kerja-kerja sedemikian... Apapun aku berdoa agar Allah SWT akan makbulkan doa aku untuk menimbang cahayamata agar kurang umpatan orang lain mengenai keluarga aku...Baru-baru ini aku menerima berita sedih yang sahabat aku telah meninggal dunia akibat kompilasi semasa pembedahan... Arwah sahabat aku ini agak muda daripada usia aku dan sudah sampai ajal dia untuk kembali kepada Allah... Al-Fatihah untuk arwah dan aku harap keluarga arwah dapat menerima dengan berita ini dengan hati yang tabah dan sabar....

Aku tidak boleh lama untuk menulis blog ini dan aku harap agar kita akan berjumpa lagi di lain masa dan waktu... Salam sayang untuk semua....

Post a Comment

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧