Hargai Ibu Bapa
>> Selalu telefon apabila berjauhan.
>> Jangan lupa kirim wang walaupun sedikit (andai sudah bekerja)
>> Beri hadiah pada hari penting (Hari Ibu, Hari Bapa dan hari lahir)
>> Cium tangan ibu bapa.
>> Apabila sudah berkeluarga, selalu pulang ke kampung kerana mereka rindu untuk bertemu dengan cucu.
>> Minta pandangan mereka dalam menyelesaikan masalah.
>> Pulang apabila mereka sakit.
Hargai Suami
>> Selalu berikan senyuman.
>> Berhias untuk suami.
>> Masak masakan kegemaran.
>> Minta pandangan suami jika ada masalah.
>> Selalu urut suami.
>> Menjaga maruah suami.
>> Puji suami di depan keluarga atau orang lain.
>> Beri hadiah hari lahir.
>> Pandai mengambil hati.
>> Selalu memberikan sokongan apabila suami ada masalah.
>> Membina hubungan baik dengan keluarga suami.
>> Minta izin suami sebelum buat sesuatu.
>> Mohon maaf dengan suami sebelum tidur.
Hargai Isteri
>> Ingat tarikh penting bersama isteri (ulang tahun perkahwinan, hari lahir)
>> Ingat tarikh lahir anak.
>> Bantu isteri melakukan kerja rumah.
>> Ungkapkan kata cinta sebelum tidur.
>> Selalu beri pelukan dan ciuman.
>> Membina hubungan baik dengan keluarga isteri.
>> Ucapkan terima kasih apabila bersama.
>> Selalu memberikan kejutan menggembirakan.
>> Selalu berpenampilan segak (isteri dipuji apabila suami bagus).
>> Memberikan kemaafan.
>> Panggil isteri dengan panggilan yang manja.
>> Puji isteri depan anak dan keluarga.
>> Berikan hadiah apabila isteri melahirkan anak.
Hargai Anak
>> Selalu memberikan pujian ikhlas.
>> Galak anak melakukan yang terbaik.
>> Beri hadiah atas kejayaan anak walaupun kejayaan kecil.
>> Selalu beri pelukan dan ciuman.
>> Sekali sekala puji anak di depan orang lain.
>> Hadirkan diri pada acara, pertandingan atau peraduan disertai anak.
Post a Comment
❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧