Kisah Farhan (Kisah Perjalanannya Masuk
Islam) Nama saya Farhan Bin Abdullah. Nama asal saya sewaktu beragama
Kristian ialah Johanis. Saya dilahirkan dibumi Sabah dalam keluarga
Kristian. Bapa saya seorang ketua Paderi yang menjaga 15 buah gereja
disatu kawasan di Sabah. Saya dilatih oleh bapa saya untuk menjadi
seorang paderi. Sejak mula PBS bawah Datuk Joseph Pairin Kitinggan usaha
kami mendapat sokongan penuh kerajaan negeri.
Kumpulan saya masuk ke kampong dalam
berbagai program. Selalunya program khidmat masyarakat. Pihak gereja
selalunya membekalkan wang tunai sekitar RM50,000/=. Berbagai aturcara
dibuat untuk membantu orang kampong. Kami ziarah rumah kerumah. tanya
masalah mereka dan bantu mereka. berbagai masalah diluahkan. Ada kami
bantu dengan duit secara spontan. Ada kami hantar keperluan
harian,pakaian dan buku sekolah dan sebagainya.
Dengan cara ini kami mendekati mereka.
Hasilnya dengan beberapa kali kunjungan susulan,kami berjaya
mengkristiankan mereka. Paling berbaloi kami mengkristian remaja
Islam,tambah berbaloi dari kalangan intelek.Hasilnya kami dapat
RM3,000/= setiap seorang Islam yang dimurtadkan. Bayangkan pendapatan
saya ketika masih dialam persekolahan.Sewaktu Tingkatan 3 saya dan
beberapa rakan mengambil m/pelajaran Agama Islam yang boleh dipilih
dengan lukisan(betapa hinanya m/pelajaran ini setanding dengan lukisan).
Saya mendapat A-3. Sewaktu tingkatan 4 saya belajar di sekolah asrama
penuh. Saya terus ambil pelajaran Agama Islam.
Tujuan saya untuk tahu mengenai Islam
dan memudahkan saya menyebarkan agama kristian. Saya mempunyai beberapa
soalan yang saya kira tidak mampu dihuraikan oleh orang Islam. Pada
suatu hari sewaktu tingkatan Enam bawah, saya bersemuka dengan Ustaz
yang mengajar saya (saya panggil cikgu). “cikgu saya ada beberapa
soalan, tapi saya rasa tak sesuai dikelas ini, boleh ke saya kerumah
cikgu…” Ustaz itu bersedia. Lalu saya bersama beberapa rakan kerumah
ustaz itu.
Saya katakan “cikgu saya mahu berdialog
secara ilmiah, bukan atas nama Islam,agama cikgu dan bukan atas nama
Kristian,agama saya”. saya kemukakan beberapa persoalan, antaranya;
- Mengapa orang Islam sembah ka’abah
- Sebenarnya semua agama sama sahaja. Nasrani, Yahudi, Kristian dan Islam adalah agama langit.
- Mengapa diakhir zaman, Nabi Isa akan turun bersama Iman Mahadi membebaskan kezaliman dan kekacauan dan bukannya Nabi Muhammad.
- Mengapa dalam sejarah dan hingga kini orang Islam suka peperangan.
- Injil sekarang dikatakan diseleweng.Kalau begitu mana yang asalnya.
Yang menghairankan,Ustaz ini dapat
menjawab pertanyaan saya dan kawan-kawan dengan begitu ilmiah. Saya dan
kawan-kawan mati akal.
Kemudian saya dibebani dengan 3 persoalan yang tidak mampu saya menjawab secara tepat.
- Apakah boleh manusia (paderi) mengampunkan dosa manusia lain.
- Persoalan ketuhanan 3 dalam 1 dan 1 dalam 3
- konsep ketuhanan Jesus.
Saya mengatur pertemuan ustaz saya
dengan beberapa orang paderi, kawan-kawan bapa saya. tetapi mereka
enggan. Lalu saya bawa ustaz itu kerumah saya dan bertemu bapa saya
seorang ketua paderi. Ternyata bapa saya juga tidak mampu menjawab
persoalan yang dibawa oleh ustaz itu. Sebaik ustaz itu pulang, bapa saya
memarahi saya kerana bawa ‘orang malaya’ datang ke rumah.
Sejak itu beberapa kali saya tidur rumah
ustaz itu. Disamping mengulangkaji saya gemar berdialog dengan ustaz
itu. saya memerhatikan kehidupan ustaz tu,saya mengagumi cara hidupnya.
Suatu malam saya bermimpi didatangi 3
orang berjubah. Seorang berjubah hitam membawa salib. Seorang berjubah
putih membawa bendera bertulisan jawi. Dan seorang berjubah hijau yang
meminta saya membuat pilihan.Yang berjubah hitam dan berjubah putih
saling menarik saya mengikuti mereka.
Saya meronta-ronta.Disamping itu saya
dapati yang berjubah hitam semakin tengelam dan yang berjubah putih
semakin tinggi. Sedang saya meronta-ronta, saya terjaga. Saya mendengar
suara azan dan ustaz tadi berada ditepi saya dan berkata,” mengapa
Johanis….awak mengigau….”
Saya pegang tangan ustaz itu, saya
katakan,”Cikgu Islamkan saya………”.Ustaz itu minta saya bersabar untuk dia
uruskan dengan pihak tertentu. Tidak lama selepas itu saya pun di
Islamkan oleh Ustaz itu.
Selesai pengIslaman saya, saya pulang ke
rumah. Sampai di rumah, saya lihat pakaian saya bertabur diluar rumah.
Rupanya bapa saya telah tahu.Sebaik melihat saya, bapa bergegas masuk
dan keluar semula dengan mengacu senapang ke arah saya. Tiba-tiba emak
menerkam dan peluru senapang meletup keatas.
Saya segera meninggalkan rumah sehelai
sepinggang. Tinggalkan keluarga saya. Tinggalkan sekolah. Saya
bersembunyi sekejap rumah ustaz sebelum saya dibawa oleh ustaz pulang ke
semenanjung sebaik habis kontrak mengajar di Sabah .
Saya diserahkan kepada PERKIM di Kuala
Lumpur. Secara kebetulan rakan saya Nazri,vokalis kumpulan Raihan juga
memeluk Islam, tetapi mengikuti kumpulan Ar-Arqam. 2 lagu dalam album
pertama kumpulan Raihan adalah saduran lagu koir yang kami nyanyikan
dalam gereja sewaktu di Sabah dulu..6 tahun saya di PERKIM. Saya masuk
pula Maahad Tahfiz. Alhamdulillah saya dapat sijil Al-Hafiz selepas 3
tahun. Kemudian saya bekerja dengan Jabatan Agama Islam. Saya banyak
masuk kawasan di Negeri Sembilan, Melaka dan Pahang. Tak sampai setahun
saya letak jawatan.Saya sedih kerana ramai pendakwah ini nak berdakwah
pun merungut duit over time.Saya rasa tiada keiklasan. Biarlah saya jadi
pendakwah bebas. Saya Ingin membilas dosa lalu. Saya telah ramai
memurtadkan orang..kini saya mahu berjuang untuk mengIslamkan seramai
mungkin dengan kualiti bukan kuantiti saja.
Berbalik kisah keluarga saya. Selepas
meninggalkan rumah dan belajar di PERKIM saya selalu telefon ayah,emak
dan adik beradik saya. Saya katakan jangan bencikan saya. Saya sayang
ayah.saya sayang emak.saya sayang adik beradik saya. Ayah dan emak tetap
ayah emak dunia dan akhirat.
Walaupun ayah menyambut dingin suara
saya, saya hantarkan buku-buku Yang sesuai menerangkan tentang Islam. 7
tahun saya telefon. 7 tahun saya hantar surat dan buku-buku. saya
menangis kerana rindukan ayah,emak dan adik beradik. Akhirnya, sewaktu
saya di Maahad Tahfiz, bagaikan halilintar saya mendapat berita…….. Ayah
saya menganut Agama Islam.
Allah saja yang tahu perasaan saya
ketika itu. Saya menangis dan menangis. Saya ambil wuduk dan sujud
syukur. Air mata saya menjadi terlalu murah….saya terus menangis…saya
pejamkan mata…saya bayangkan ayah dihadapan…saya peluk erat tubuh ayah
dan kami menangis bersama……..Ya Allah betapa agungnya kekuasaanMu….
Peristiwa yang saya alami sewaktu
memeluk Islam turut dirasai oleh ayah saya. Dia dihalau dari rumah yang
diberi oleh pihak gereja. Kini saya pendakwah bebas. Saya sedih melihat
umat Islam hari ini berpecah.Kita berpecah kerana kita meninggalkan
Quran dan sunnah Rasul. Kita ambil sebahagian dan kita tinggalkan
sebahagian.
Kita ambil contah pelaksanaan hukum
Hudud dan Qisas. Mengapa kita cari jalan nak menentang pelaksanaanya.
Sepatutnya kita cari jalan supaya dapat dilaksanakan. Inilah sikap umat
Islam. Saya pernah berdialog dengan beberapa orang pensyarah universiti
tentang isu Hudud & Qisas.Dia boleh sergah saya,”You apa tahu… Islam
pun baru setahun jagung…..”
Saya sedih dengan sergahan pensyarah
itu. Kalau ini sikap pendakwah Saya tak akan masuk Islam. Tapi saya
pilih Islam kerana saya tahu Apa itu Islam. kerana itu saya ajak
menghayati Islam.Saya kumpulkan semula kawan-kawan masa Kristian dulu.
Saya berdialog tentang Islam. Saya kumpulkan derma untuk tujuan dakwah
ini,untuk bergerak perlukan wang. Saya diancam oleh puak Kristian. saya
juga diancam oleh umat Islam.
Apa tauliah awak ,mana kebenaran Jabatan
Agama,mana permit polis, siapa benarkan pungut derma dll. Saya tak gentar
berdialog dengan puak Kristian, kerana saya ada pengalaman tapi sukarnya
bila Umat Islam sendiri menyulitkan saya.
Marilah kita awasi dakyah Kristian. Satu
usaha yang agak ketara ialah Di IPT. Pendakyah ini mendekati kaum
muslimah,pura-pura nak belajar Islam….jatuh cinta…lalu dimurtadkan…ada
yang pura-pura masuk Islam….dan dimurtadkan.
Saya sudah pergi banyak IPT. Saya paling
bimbang di Universiti Putra Malaysia . Itulah satu-satunya Universiti
yang ada gereja. Gereja ini antara yang aktif untuk memurtadkan orang
Islam. Saya nak nasihatkan kalau ada saudara kita terminum ‘Holly
Water’.
Sebenarnya air ini dibuat di Vatican
City . Dijampi oleh paderi Termasuk Pope John Paul yang jemput Perdana
Menteri kita dulu. Kalau terminum, cari air kolah dari 3 masjid. Baca
Al-Fatihah 1x, Yasin 1x, 3 qul 1x, dan selawat. Ambil sebahagian buat
minum dan sebahagian buat mandi.InsyaAllah mereka akan sedar dan dapat
diselamatkan. InsyaAllah.
Wallahu’alam….
Post a Comment
❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧