Prof Leopold Werner von Ehrenfels,
seorang psikiater dan sekaligus neurology dari Austria, menemui sesuatu
yang menakjubkan terhadap wudhu. Ia mengemukakan satu fakta yang sangat
mengejutkan.
Bahawa pusat-pusat saraf yang paling peka dari tubuh manusia ternyata berada di sebelah dahi, tangan, dan kaki.
Pusat-pusat saraf tersebut sangat
sensitif terhadap air segar. Dari sini ia menemui hikmah di sebalik
wudhu yang membasuh pusat-pusat saraf tersebut. Malah ia mencadangkan
agar wudhu bukan hanya milik dan kebiasaan umat Islam, tetapi untuk umat
manusia secara keseluruhan.
Dengan sentiasa membasuh air segar pada
pusat-pusat saraf tersebut, maka bererti orang akan memelihara kesihatan
dan keselarasan pusat sarafnya. Pada akhirnya Leopold memeluk agama
Islam dan mengganti nama menjadi Baron Omar Rolf Ehrenfels.
Hikmah Wudhu
Ulama Fekah juga menjelaskan hikmah
wudhu sebagai bahagian dari usaha untuk memelihara kebersihan fizikal
dan rohani. Anggota badan yang dibasuh dalam air wudhu, seperti tangan,
kawasan muka termasuk mulut, dan kaki memang paling banyak bersentuhan
dengan benda-benda asing termasuk kotoran. Kerana itu, wajar kalau
anggota badan itu yang harus dibasuh.
Ulama tasawuf menjelaskan hikmah wudhu
dengan menjelaskan bahawa anggota badan yang dibasuh air wudhu memang
daerah yang paling sering berdosa. Kita tidak tahu apa yang pernah
diraba, dipegang, dan dilakukan tangan kita. Banyak pancaindera
tersimpul di bagian muka.
Berapa orang yang jadi korban setiap
hari dari mulut kita, berapa kali berbohong, memaki, dan membicarakan
aib orang lain. Apa saja yang dimakan dan diminum. Apa saja yang baru
diintip mata ini, apa yang didengar oleh telinga ini, dan apa saja yang
baru dicium hidung ini? Ke mana sahaja kaki ini berjalan setiap hari?
Tegasnya, anggota badan yang dibasuh dalam wudhu ialah anggota yang paling berisiko untuk melakukan dosa. Organ tubuh yang menjadi anggota wudhu
disebutkan dalam ayat al-Maidah [5]:6, adalah wajah, tangan sehingga
siku, dan kaki sehingga hujung kaki.
Dalam hadis riwayat Muslim juga
dijelaskan bahawa, air wudhu mampu mengalirkan dosa-dosa yang pernah
dilakukan oleh mata, hidung, telinga, tangan, dan kakinya, sehingga yang
berkaitan bersih dari dosa.
Kalangan ulama melarang mengeringkan air
wudhu dengan kain kerana dalam redaksi hadis itu dikatakan bahawa
proses pembersihan itu sampai titisan terakhir dari air wudhu itu (ma’a
akhir qathr al-ma’).
Wudhu dalam Islam masuk di dalam Bab
al-Thaharah (penyucian rohani), seperti halnya tayammum, syarth, dan
mandi junub. Tidak disebutkan Bab al-Nadhafah (pembersihan secara
fisik). Rasulullah SAW selalu berusaha mempertahankan keabsahan
wudhunya.
Yang paling penting dari wudhu ialah
kekuatan simboliknya, yakni memberikan rasa percaya diri sebagai orang
yang ‘bersih’ dan setiap waktu dapat menjalankan ketaatannya kepada
Tuhan, seperti mendirikan solat, menyentuh atau membaca mushaf Al-Quran.
Wudhu sendiri akan menghalang diri untuk
menghindari apa yang secara spiritual merosak citra wudhu. Dosa dan
kemaksiatan berkontradiksi dengan wudhu.
Cara Wudhuk Rasulullah S.a.w
Dari Abdullah bin Zaid bin Aasim
al-Ansariy r.a, beliau telah ditanya: “Tunjukkan kepada kami cara
Rasulullah S.A.W berwuduk.. Maka beliau pun meminta sebekas air, lalu
menuang sedikit air ke atas tapak tangan dan membasuhnya sebanyak tiga
kali. Kemudian beliau memasukkan tangan ke dalam bekas untuk mencedok
air dengan tangannya dan berkumur-kumur serta memasukkan air ke dalam
hidung dengan air yang sama sebanyak tiga kali. Kemudian beliau mencedok
air sekali lagi lalu membasuh muka sebanyak tiga kali. Selepas itu
beliau mencedok lagi dengan tangannya lalu membasuh tangan hingga ke
paras siku dua kali.
Kemudian beliau mencedok lagi lalu menyapu kepala dalam keadaan menyapu
tangannya dari arah depan kepala ke arah belakang dan menyapu tangannya
kembali ke arah depan kepala, kemudian beliau membasuh kedua kakinya
hingga ke paras buku lali. Selepas itu beliau berkata: Beginilah cara
Rasulullah s.a.w mengambil wuduk .”
(Muslim )
Huraian
Wudhuk yang sempurna akan mendapat
kekhusyukan dalam sembahyang. Sembahyang yang dimaksudkan ialah
sembahyang yang mampu menegah seseorang itu daripada melakukan
kerja-kerja yang keji dan mungkar kerana wudhuk itu bertujuan untuk
membersihkan diri daripada kotoran najis dan hadas sedangkan sembahyang
pula dapat membersihkan diri daripada sifat-sifat mazmumah kerana
sembahyang adalah merupakan kafarat (memadamkan) dosa-dosa yang telah
lalu, selagi seseorang itu tidak melakukan dosa-dosa besar.
Post a Comment
❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧