Diari harian

Saturday, February 04, 2012

Sekalung tahniah aku ucapkan pada kakak aku yang melangsungkan perkahwinan pada hari ini.... Selamat Pengantin Baru aku ucapkan pada kalian, semoga kalian akan kekal bahagia ke anak cucu... Dan semoga kebahagiaan kalian akan diberkati oleh Allah SWT... Pada mulanya aku ingatkan yang majlis itu berlangsung di dewan orang ramai tetapi ianya hanya majlis pernikahan sahaja manakala kenduri nanti akan dibuat pada tarikh yang akan datang..... Ramai juga yang datang untuk meraikan pengantin baru ini walaupun kakak cuma menjemput ahli keluarga terdekat dan sahabat rapat sahaja ke rumah... Kami pulang pada pukul 4.30 petang kerana hubby ingin membuat balancing pada tayar kereta...Aduh, penat betul rasa hari ini,aku baru sahaja selesai packing barang-barang untuk pulang ke kampung esok... Pada mulanya, kami akan konvoi bersama-sama dengan abah tetapi memandangkan abah berkata, yang kami tidak akan balik bersama-sama pada pukul 4 pagi memandangkan adik lelaki aku menyewa hotel dan deposit hotel pula perlu diambil pada waktu pagi sahaja... Jadi abah mencadangkan kami balik seperti waktu biasa iaitu rancangan asal kami,hari Ahad... Kali ini kami akan ber konvoi dengan adik lelaki aku dan kami akan bertolak pada pukul 8.00 pagi esok.. Aku berdoa agar semuanya berjalan dengan lancar...


--------> Setakat ini dulu coretan aku... Insya Allah kita akan jumpa lagi di masa yang akan datang.... Salam sayang untuk semua dan selamat malam...


 


Post a Comment

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧