Assalamualaikum wbt...
Semalam aku dan hubby telah pergi ke hospital untuk melakukan pemeriksaan kesihatan untuk rawatan IUI dan melakukan scan pada rahim aku... Segalanya berjalan dengan lancar cuma rahim aku perlu dibantu dengan sedikit ubat...aku diberi makan ubat clomid dan ubat untuk suntikan pada bawah pusat aku,aku lupa nama ubat itu tetapi ubat ini perlu dibekukan di dalam ais bagi mengelakkan ubat ini basi atau tidak boleh digunakan lagi...Ubat suntikan ini aku perlu suntik selama 2 hari untuk membolehkan telur ovum aku membesar dan aku akan berjumpa dengan doktor lagi pada 8hb ini untuk melihat hasilnya... Hmmm... Agaknya apa yang berlaku yea.... Tapi semalam memang aku menyukai suasana di hospital Sultanah Nur Zahirah semalam kerana layanan doktor dan jururawat yang memuaskan dan menyenangkan... Tidak sia-sia aku pulang ke Terengganu untuk meneruskan rawatan kesuburan dan aku dapat membuat rawatan IUI....
IUI bermaksud ‘Intra Uterine Insemination', satu prosedur di mana sperma suami dimasukkan terus kedalam rahim isteri dengan harapan terjadi persenyawaan dan seterusnya kehamilan. IUI sebenarnya adalah prosedur yang ringkas dan mengambil masa yang sekejap untuk di buat. Semasa IUI, satu kateter (tiub) berupa alat plastik kecil yang mengandungi sperma akan dimasukkan kedalam rahim melalui serviks. Ia selalunya mengambil masa kurang dari 3 minit.
Sperma boleh dikumpulkan dirumah sekiranya rumah anda dekat dengan klinik anda. Botol steril akan diberikan dimana air mani akan dikumpulkan selepas ejakulasi. Untuk sampel air mani yang segar, ia hendaklah sampai ke klinik dalam masa 1/2 jam selepas ejakulasi. Sekiranya rumah anda jauh dari klinik anda, koleksi air mani akan dibuat diklinik.
Seperti juga persenyawaan melalui tabung uji, beberapa kitaran IUI diperlukan sebelum anda berjaya hamil. Ada doktor yang menyarankan dua kali IUI dalam satu kitaran untuk meninggikan peluang hamil. Sekiranya kehamilan tidak berjaya selepas beberapa kali mencuba, mungkin doktor akan menyarankan IVF atau Persenyawaan melalui Tabung Uji.
Post a Comment
❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧