Sekejap saja masa berlalu, sekarang ini kita sudah menghampiri bulan April... Berita gembira untuk semua kakitangan kerajaan, kemungkinan bulan depan kita akan mendapat tangga gaji yang baru dan ada tunggakan gaji dari bulan Januari hingga Mac... hehehe aku yang salah seorang daripada kakitangan kerajaan berasa tidak sabar untuk mendapat kenaikan gaji yang baru... Maka ramai juga yang akan menawarkan pelbagai pinjaman dari bank dan koperasi... huhu apalah.... Bukannya untuk mengurangkan hutang tetapi menambahkan lagi bebanan hutang.... Aku pula Insya Allah akan cuba untuk tidak tergoda dengan dugaan ini walaupun kadang kadang ianya agak mengujakan...
Assalamualaikum,
Alahai, sistem tidak boleh diguna
lagi.... huhuhu apa malang betul nasib aku hari ini... tetapi tidak
mengapa, sekurang-kurangnya aku dapat mencuri masa untuk membaca
novel kegemaran aku... alamak!! terkantoi sudah... ahakss...
sebenarnya bukannya aku dapat khusyuk membaca buku ini kerana ramai
pelanggan setia aku sentiasa menyakat aku, kadang-kala menyuruh aku
untuk menjawab pertanyaan mereka, bincangkan topik pada suratkhabar
dan macam-macam lagi, sampai terbantut aku untuk membaca novel
kegemaran aku... heheheheAssalamualaikum,
Bosan rasanya bila melihat berita di tv
dan suratkhabar, semuanya cerita yang membosankan yang kadang kala
aku sendiri tidak faham apa yang sedang berlaku di sekeliling... Alam
maya ini luas tetapi bila baca suratkhabar tentang hal yang sama
diperkatakan... hehehehe apa yang aku merepek ini? Itulah gara-gara
bosan melanda diri bila tiada teman di sisi... Chewah... Maklum
sahaja, pegawai aku cuti bersalin selama 3 bulan, itu yang aku
merepek dan merapu sebenarnya untuk hilangkan rasa bosan di hati...
Kerja memang banyak kerana data katalog buku sebelum ini banyak yang
sudah hilang dan aku cuba untuk membuat katalog itu semua... BOSAN
DENGAN KERJA??? Sebenarnya aku sememangnya suka dan gemar pada
kerja ini tetapi kadang-kadang internet di tempat kerja aku ini
sangkut dengan tiba-tiba, apa lagi penyakit MALAS mula menyerang hati
ini... huhu itu yang aku TERPAKSA membaca buku atau print apa-apa
yang patut... hehehe....Kadang kala aku sering tertanya kenapa
manusia sering kali melupakan apa yang telah dia nikmati dan sering
melupakan mengucapkan rasa syukur kerana pemberian nikmat yang dia
perolehi?? Kekejaman berlaku di sana sini dan kadang kala aku berasa
amat gerun untuk meneruskan kehidupan tetapi itulah hakikat yang kita
perlu hadapi sekarang... Bila agaknya manusia akan sedar tentang
kesilapan mereka di masa lalu? Hanya hati masing-masing yang dapat
menjawab segala persoalan ini... Semua manusia tidak terkecuali
melakukan kesilapan dan mempunyai banyak masa untuk kembali ke jalan
yang benar, cuma kita tidak sedar betapa besar dan luasnya jalan yang
benar untuk kita lalui... Bisikan syaitan selalu menghasut diri kita
untuk kita lalai akan tanggungjawab sebenar kita pada Allah...
Assalamualaikum,
Hari Isnin kembali lagi.... Kerja aku
macam biasa sepertimana hari-hari sebelum ini tetapi masa ini aku
keseorangan kerana pegawai aku telah bercuti dan lama juga dia
mengambil cuti bersalin... ada lebih kurang dalam 90 hari atau 3
bulan dalam erti kata lain... Apapun aku tetap macam biasa, kerja
perlu berjalan dengan lancar dan sempurna agar ianya tidak menjadi
bebanan kerja di masa akan datang... Sekarang ini aku terasa
kekosongan melanda diri, mungkin juga menunggu rezeki yang Allah mahu
berikan... Aku berdoa agar segala doa dan permohonan aku akan
direstui oleh Allah... Bukan aku seorang sahaja yang berharap, tetapi
ramai juga sahabat dan keluarga menunggu rezeki ini... Apapun aku
redha dan aku bersyukur kepada Allah kerana masih diberi peluang
untuk bernafas di bumi Allah yang permai dan tenang ini... Setelah
aku siapkan kerja katalog buku, aku beralih pula pada penulisan blog
perpustakaan yang telah dibina oleh kami berdua iaitu aku sendiri dan
pegawai aku... Blog yang pada asalnya kami tidak mengetahui tentang
selok belok mengenai pembinaan blog tetapi dengan berkat tangan aku
yang terlalu ghairah untuk mencari widget atau software mengenai
blog, akhirnya blog perpustakaan telah ditubuhkan pada awal tahun
ini... Siapa yang tidak berbangga dengan hasil kerja yang pada
asalnya biasa-biasa sahaja... Kemudian, kehidupan aku semasa pulang
ke rumah pula, macam biasa aku akan menyediakan masakan malam untuk
aku dan hubby tersayang... Aku juga akan menjenguk kucing-kucing yang
aku sayangi itu...
Sipnosis - Cinta hadir tanpa diundang. Sekeras mana pun kita cuba menolak namun perasaan itu tetap hadir dalam diri. Ikram nekad tidak mahu jatuh cinta lagi setelah kecewa dengan cinta pertamanya. Kehadiran Syafiqah berjaya membuka hatinya, namun ego membatasi segalanya. Dalam diam dia jatuh cinta, namun sukar melafazkan kata indah itu. Hanya gurauan menjadi pembual bicara.
“Duduk dalam bilik aircond pun rasa panas ke? Ni kulit orang ke kulit buaya ni? Pelik betul. Macamlah kau sorang je yang putih. Aku pun putih juga tapi tak ada merah macam kau pun. Orang kata, kalau muka kita tiba-tiba merah bila berdepan dengan seseorang, tu tandanya kita sukakan orang tu. Itu kata oranglah, aku tak kata. Kau suka kat aku ke?” - Ikram
Gurauan demi gurauan membuatkan hati wanita Syafiqah sering terusik. Dia turut mempunyai rasa yang sama namun cuba menepisnya. Bagi Syafiqah, cintanya hanya milik Khairil, teman sewaktu zaman persekolahannya meskipun Khairil sedikitpun tidak mempunyai perasaan terhadapnya.
Keadaan semakin keruh dengan kehadiran Amalina, bekas kekasih Ikram yang kembali menagih cintanya. Begitu juga dengan kehadiran Khairil yang mula menyimpan perasaan pada Syafiqah. Sedangkan itulah gadis yang amat dibencinya pada suatu ketika dahulu.
“Bakal isteri!!! Baru bakal isteri tapi kau dah nak berlagak. Kalau dia bini kau sekalipun bro, aku tetap akan rampas dia dari kau. Aku tak pernah jatuh cinta, dan sekali aku jatuh cinta selamanya aku akan menyintai dia!!!” - Khairil.
Perasaan cemburu dan syak wasangka seringkali menjadi permainan. Pelbagai konflik mula timbul dan menjadi rencah dalam kehidupan mereka. Apakah kesudahan cinta mereka? Berjayakah Amalina memiliki semula Ikram? Dapatkah Khairil memikat hati Syafiqah? Dan apakah pengakhiran hubungan Ikram dan Syafiqah?
Petua menjaga kesihatan cara Rasulullah turut mengambil kira sistem
tubuh manusia. Sebagai mesin, ia memerlukan bahan bakar iaitu makanan
untuk membolehkannya melaksanakan kerja, tetapi kuantiti makanan yang
masuk ke perut mesti dikawal.
KITA berpantang dan mengawal tabiat makan apabila diserang penyakit.
Lebih teruk jika doktor hanya membenarkan kita makan dalam kuantiti
sedikit atau makanan tertentu.
Hakikatnya, amalan mengawal tabiat pemakanan selepas jatuh sakit
adalah tindakan salah. Kita patut mengawal pemakanan seawal usia remaja,
bukan apabila memasuki fasa 40-an.
Tabiat pemakanan yang boleh diteladani ialah mengikut sunah
Rasulullah s.a.w. Jika dikaji, amalan pemakanan baginda amat bertepatan
dengan al-Quran bermaksud: “… makan dan minumlah, dan janganlah
berlebih-lebihan…” (Surah al-A’raf, ayat 31).
Sebenarnya, menjaga dan mengawal perut daripada makan terlalu banyak
adalah kaedah pencegahan penyakit yang berkesan. Sebab itu ramai ilmuwan
perubatan dan tabib zaman lampau sering bermadah ‘lapar itu ubat’.
Mengambil makanan dalam kuantiti banyak adalah amalan buruk kerana ia
memberatkan organ dan sistem pencernaan sehingga ia lemah dan tidak
mampu mencerna secara teratur dan berkesan.
Makanan dalam jumlah yang banyak menyebabkan pelbagai penyakit.
Justeru, kaedah rawatan dan pencegahan penyakit yang terbaik sepatutnya
bermula dari perut – pastikan kuantiti dan jenis makanan yang masuk ke
perut terkawal.
Nabi Muhammad ada menyebut ‘perut adalah tempat bermula pelbagai
penyakit’. Selain kuantiti makanan, petua kesihatan Nabi turut mengambil
kira isi padu makanan.
Baginda lebih mengutamakan makanan lembut, terutama jika baru sembuh
atau melalui proses pemulihan. Dalam satu hadis daripada Siti Aisyah
r.a, beliau berkata: “Jika Rasulullah diberitahu si fulan sakit dan
tidak ada nafsu makan, baginda bersabda: Berikanlah kepadanya
‘talbiinah’! Kata baginda lagi, Demi Allah, ia mencuci perut seseorang
seperti kamu membersihkan mukamu daripada kotoran!”
Talbiinah ialah sejenis makanan masyarakat Arab menyerupai bubur atau
susu. Ia lembut dan tidak membebankan perut. Bagi kita di sini, mungkin
oat dicampur susu sesuai sebagai makanan yang lembut dan tidak
membebankan perut serta fungsi pencernaan.
Makanan ini juga kaya serat dan banyak membantu proses penghadaman.
Disiplin pemakanan yang diamalkan Rasulullah biasanya mengelak
makanan itu mendatangkan penyakit kepada individu yang sihat, manakala
bagi mereka yang mengalami masalah kesihatan, ia mengelak penyakit
menjadi semakin serius.
Contoh peristiwa Nabi Muhammad s.a.w mengajar pemilihan makanan
ketika sakit ialah sebagaimana hadis riwayat Ibnu Maajah dari Ummul
Mundzir Qois al Anshoriyah, katanya:
“Suatu hari Rasulullah berkunjung ke rumah kami bersama Ali k.a yang
ketika itu baru sembuh daripada sakit. Kami mempunyai buah daliah
(sejenis buah-buahan di tanah suci), lalu Rasulullah mengambil dan
memakannya dan Ali juga memakannya.
“Baginda berkata kepada Ali: Engkau baru saja sembuh daripada sakit.
“Lalu Ali berhenti memakannya. Kemudian saya buatkan masakan dari
gandum dan saya berikan kepada mereka berdua, maka Rasulullah s.a.w
bersabda: Ali, nah, ini lebih sesuai bagimu!”
Larangan Rasulullah kepada Ali yang baharu sembuh daripada sakit agar
tidak memakan daliah sebagaimana dalam hadis di atas adalah kaedah
pencegahan atau berpantang. Buah-buahan yang sifatnya mudah terurai
mungkin memberi mudarat bagi mereka yang baru sembuh.
Ketika baru pulih daripada sakit, perut belum cukup kuat kerana ia
sibuk bekerja menghakis sisa penyakit dari dalam perut dan badan.
Sebaliknya, Rasulullah menggalakkan Ali mengambil masakan daripada gandum kerana air daripada gandum itu dapat menguatkan tubuh.
Namun, baginda membenarkan pengambilan makanan yang tidak sesuai, tetapi dalam kuantiti sedikit sekadar menghilangkan keinginan.
Perkara menarik mengenai kaedah makanan seimbang yang diajarkan
Rasulullah ialah baginda tidak membataskan pada satu jenis makanan saja.
Contohnya, baginda menyeimbangkan makanan bersifat panas dengan sejuk.
Dari segi komposisi makanan, baginda tidak pernah mengambil susu dan
ikan atau susu dan telur atau daging dan susu atau antara makanan yang
kedua-duanya mempunyai sifat panas atau sifat dingin serentak.
Baginda juga tidak mengambil dua jenis makanan yang mempunyai sifat cepat dicernakan dan lambat dicernakan, serentak.
Rasulullah tidak mengambil makanan yang masih dalam keadaan panas
atau makanan yang disimpan semalaman, makanan awet atau diasinkan
seperti acar kerana semua itu memudaratkan kesihatan.
Kita juga patut mengelak mengambil makanan segera dan minuman
berkarbonat, walaupun sedap, tetapi memudaratkan apatah lagi mengandungi
perasa tiruan dan sintetik.
Rasulullah gemar makanan yang mengandungi unsur manis semula jadi dan
madu malah baginda suka mengambil buah-buahan sebagai makanan tambahan.
Mengenai madu, Nabi mempunyai disiplin pengambilan madu yang baik
untuk dicontohi, iaitu mengambilnya pada waktu pagi sebelum sarapan.
Madu dicampurkan dengan air dingin sebelum diminum. Ini bertujuan mencairkan lendir dan membersihkan sistem pencernaan.
Selain jenis dan kuantiti makanan, satu aspek lain penjagaan
kesihatan Rasulullah s.a.w ialah cara baginda duduk ketika makan, iaitu
dalam posisi ‘mutawarikan’, iaitu meletakkan pinggul pada kedua-dua
tumit dan menempatkan telapak kaki kiri di atas punggung kaki kanan.
Postur badan penting dalam menentukan kebaikan ketika pengambilan makanan. Contohnya, baginda melarang
makan sambil bersandar sebagaimana sabdanya bermaksud: “Saya tidak makan sambil bersandar.”
Baginda juga melarang minum sambil berdiri, kecuali jika dalam
keadaan terpaksa. Baginda mempunyai disiplin khusus dari segi minuman.
Berdasarkan petunjuk Nabi s.a.w, makruh minum selepas melakukan
olahraga atau sebaik selesai melakukan sesuatu kerja berat atau sebaik
habis makan atau sebelum makan. Semua itu tidak baik untuk kesihatan.
Sebaliknya, biarkan beberapa detik berlalu apabila selesai aktiviti
berat atau makan, kemudian minum.
Rasulullah s.a.w mempunyai petua unik ketika minum. Dalam satu hadis
dari Anas bin Malik bermaksud: “Rasulullah minum dengan tiga kali nafas.
Baginda berkata: Hal itu lebih melegakan dan lebih menyihatkan.”
Maksud bernafas tiga kali ketika minum ialah dengan menjauhkan bekas
atau cawan dari mulut, lalu bernafas atau seolah-olah menghisap air yang
sedang diminum. Larangan bernafas di dalam gelas ketika minum ditemui
dalam hadis bermaksud:
“Jika seseorang di antara kalian minum maka janganlah bernafas di
dalam gelas minuman, tetapi hendaklah direnggangkannya dari bibir.”
Dan, pasti yang paling penting dan mungkin dilupakan kita apabila
makan atau minum ialah membaca ‘basmalah’ (membaca Bismillah) dan
mengucapkan ‘hamdalah’ (Alhamdulillah) apabila selesai. Ia banyak
keberkatan dari segi kesihatan.
Rahsia besar Rasulullah s.a.w yang patut menjadi teladan ialah
baginda tidak pernah mencela makanan yang tidak disukainya atau kurang
enak. Ini terkandung di dalam hadis bermaksud:
“Anas berkata: Rasulullah tidak pernah mencela makanan. Jika berselera dimakannya, dan jika tidak maka ditinggalkannya.”
Justeru, semua orang tidak wajar menunggu hari tua atau berusia lewat
40-an untuk memulakan amalan pemakanan sihat. Mulakanlah sekarang!
Kepentingan menjaga pemakanan dapat difahami daripada hadis Nabi saw
yang diriwayatkan at-Turmudzi dari Abdullah al-Ashory, Rasulullah saw
bersabda bermaksud:
“Sesiapa dalam keadaan badan sihat, aman dalam penghidupan dan ia
memiliki makanan sehari-hari yang cukup, maka seolah-olah dunia ini
miliknya.”
Subscribe to:
Posts (Atom)
Social Icons