Diari harian

Monday, March 19, 2012

Assalamualaikum,
Hari Isnin kembali lagi.... Kerja aku macam biasa sepertimana hari-hari sebelum ini tetapi masa ini aku keseorangan kerana pegawai aku telah bercuti dan lama juga dia mengambil cuti bersalin... ada lebih kurang dalam 90 hari atau 3 bulan dalam erti kata lain... Apapun aku tetap macam biasa, kerja perlu berjalan dengan lancar dan sempurna agar ianya tidak menjadi bebanan kerja di masa akan datang... Sekarang ini aku terasa kekosongan melanda diri, mungkin juga menunggu rezeki yang Allah mahu berikan... Aku berdoa agar segala doa dan permohonan aku akan direstui oleh Allah... Bukan aku seorang sahaja yang berharap, tetapi ramai juga sahabat dan keluarga menunggu rezeki ini... Apapun aku redha dan aku bersyukur kepada Allah kerana masih diberi peluang untuk bernafas di bumi Allah yang permai dan tenang ini... Setelah aku siapkan kerja katalog buku, aku beralih pula pada penulisan blog perpustakaan yang telah dibina oleh kami berdua iaitu aku sendiri dan pegawai aku... Blog yang pada asalnya kami tidak mengetahui tentang selok belok mengenai pembinaan blog tetapi dengan berkat tangan aku yang terlalu ghairah untuk mencari widget atau software mengenai blog, akhirnya blog perpustakaan telah ditubuhkan pada awal tahun ini... Siapa yang tidak berbangga dengan hasil kerja yang pada asalnya biasa-biasa sahaja... Kemudian, kehidupan aku semasa pulang ke rumah pula, macam biasa aku akan menyediakan masakan malam untuk aku dan hubby tersayang... Aku juga akan menjenguk kucing-kucing yang aku sayangi itu...


Post a Comment

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧