Assalamualaikum,
SK Al-Khishbun, aku baru sahaja menemui satu lagi produk baru untuk kehamilan, mudah-mudahan dengan minuman tambahan ini akan dapat membantu aku dalam untuk mendapatkan zuriat yang diidam-idamkan... SK Al-Khishbun ini berasaskan minuman susu kambing yang ummie aku selalu suruh minum.... hehehe aku sememangnya kurang gemar minum susu tapi apakan daya, aku kena cuba berusaha juga kerana Allah tidak akan tolong umatnya berubah sekiranya mereka sendiri tidak mahu berubah... Kena ada usaha juga selain daripada tawakal... Betulkah cakap aku ini??
Kandungan
Susu Kambing, Habbatus Sauda, Estrak Stevia, Serbuk Bunga Kurma Madinah dan herba-herba campuran dari Tanah Arab.
Cara Pengambilan
1 skop sebelum sarapan dan 1 skop sejam sebelum tidur. Dibancuh dengan air suam (200ml) @ secawan.
*
Mulakan dengan bacaan Bismillah, selawat ke atas Rasulullah s.a.w. dan
berniatlah. Untuk lebih keberkesanan diamalkan setiap hari selama 1
tahun.
Dari
Saidatina Aisyah r.a. telah berkata, telah bersabda Rasulullah s.a.w.
“sebaik-baik amalan kepada Allah s.w.t. adalah perbuatan yang dikerjakan
secara berterusan walaupun sedikit”.
(Hadis riwayat Al-Imam Muslim)
FAKTA KANDUNGAN
SUSU KAMBING
Susu
Kambing merupakan susu terbaik selepas susu ibu. Kandungan Kalsium dan
Phosporos yang terkandung di dalam susu kambing hampir sama dengan susu
ibu. Jumlah protein, vitamin A, mineral dan zat besi dalam susu kambing
ternyata melebihi dari susu lembu. Susu Kambing mempunyai sifat alkali
yang mampu membantu memaksimumkan penyerapan zat dalam badan dan
menurunkan kadar asid dalam darah. Juga meningkatkan daya imunisasi
badan dan menyah-toksid dalam darah. Susu Kambing mempunyai saiz molekul
yang kecil berbanding susu lembu bagi mempercepatkan penghadaman.
Mengandungi faktor bio-aktif seperti IGF-1 yang tinggi dan asid CLA
(conjugated linoleac acid) sebagai agen anti kanser. Selain dari sudut
kesihatan, penggunaan susu kambing yang konsisten mampu memulihkan
tenaga batin.
SERBUK BUNGA KURMA MADINAH
Serbuk
bunga kurma 100% mirip dengan cairan sperma kaum lelaki ini diambil
dari pucuk bunga kurma pilihan di kebun kurma Madinah. Pokok kurma mesti
disenyawakaan oleh tangan manusia sahaja, sebab pokok kurma ini Allah
s.w.t. jadikan dari lebihan tanah kejadian Nabi Adam a.s. Tabib Arab
mengunakannya sebagai herba penambah hormon serta mengentalkan sperma.
Juga dikatakan sesuai sebagai kaedah rawatan bagi memperolehi zuriat.
Menjadi amalan pasangan di Tanah Arab di awal perkahwinan kerana serbuk bunga kurma dipercayai mampu mengatasi kemandulan bagi suami isteri.
HABBATUS SAUDA
Habbatus
Sauda adalah biji hitam yang telah digunakan ribuan tahun yang lalu dan
digunakan secara luas oleh masyarakat India dan Timur Tengah untuk
mengubati pelbagai penyakit. Biji habbatus sauda mengandung crystalline
nigellon dan arganine, sebagai penstabil sistem imunisasi badan. Selain
itu kandungan karotinnya mampu melumpuhkan radikal bebas penyebab
kanser. Jenis habbatus Sauda yang paling baik untuk perubatan ialah yang
di tanam di Syria dan di Mesir. Ianya mengandungi lebih daripada 100
jenis kandungan bahan aktif yang membantu kesihatan dan menunjukkan
kehebatan kesan klinikal jauh mengatasi herba lain sebagai pemakanan
tambahan. Bahan-bahan dalam habbatus sauda saling bekerjasama dalam
memberi kesan holistic (holistic effect) dan menyokong antara satu sama
lain dalam proses penyembuhan semulajadi. Habbatus Sauda mengandungi
Omega 3, 6 dan 9 dan merupakan nutrisi yang membantu perkembangan
jaringan otak serta sangat berguna untuk meningkatkan daya ingatan dan
kecerdasan akal.
ESTRAK HERBA STEVIA
Ekstrak
daun herba Stevia mempunyai kemanisan sehingga 300 kali ganda lebih
manis dari gula biasa TETAPI apa yang unik mengenai pemanis semulajadi
yang berasaskan Stevia ini, ianya mempunyai 0% kalori, 0% lemak, 0% kolestrol, 0% protin, 0% toksid, 0% glukos dan 0% karbohidrat.
Hasil kajian menjelaskan bahawa 1 gelas gula biasa bersamaan dengan
setengah sudu kecil ekstrak Stevia dan 10gm ekstrak Stevia boleh
memaniskan kira-kira 400 gelas air. Para saintis merumuskan Stevia yang
diambil secara oral adalah berkesan untuk menurunkan tekanan darah dan
gula dalam badan. Memandangkan Stevia tidak menghasilkan glukos maka
ekstrak ini mempunyai potensi untuk menjadi agen anti-hipeglisemik dalam
rawatan diabetes. Pengambilan Stevia yang konsisten dan kerap dalam
menggantikan gula tidak akan memudaratkan memandangkan sifat daun stevia
yang SIFAR SEGALANYA. Selain dari itu, penduduk di Brazil menggunakan
daun stevia ini sebagai ubat untuk merawat tekanan darah tinggi, kencing
manis dan merawat luka terbakar.
HERBA CAMPURAN DARI TANAH ARAB
Rasulullah
saw bersabda “Sekiranya umatku tahu akan kelebihan helba nescaya mereka
sanggup tukarkannya dengan timbangan emas” (Book of Sufi Healing ms.
58). Herba Campuran ini mampu merangsang rahim, memanaskan organ
pembiakan dan mengukuhkan tenaga dalaman. Merupakan antara ramuan ubatan
yang tertua di dunia. Campuran herba arab ini mampu melancarkan haid,
menghilangkan senggugut, dan sering digunakan di dalam amalan kuno tabib
China untuk rawatan mati pucuk. Zat paling lengkap untuk menjaga
keseimbangan dan normal tubuh manusia. Mampu melambatkan proses penuaan
dan membaiki saraf kelamin dan serta memulihkan tenaga batin. Ianya
mampu meningkatkan stamina, menambah darah, memelihara ketegangan
jasmani dan rohani dan sangat bermanafaat dalam mengaktifkan saraf dan
menyembuhkan penyakit “dingin seks”.
Post a Comment
❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧