Hari ini aku dan hubby telah membuat
rancangan untuk balik ke kampung halaman hubby dan kami telah minta
cuti selama 1 hari iaitu pada hari esok dan pada 1hb Mei ini adalah
cuti umum sempena hari pekerja... hehehe sudah tentu aku akan
mengambil peluang untuk bercuti, rasa rugi pula sekiranya aku tidak
mengambil cuti... Semalam aku sudah mencuci semua pakaian aku dan
hubby bagi memastikan tiada pakaian kotor yang akan dilambakkan...
Sudah agak lama kami tidak pulang ke kampung hubby lantaran waktu
kerja hubby yang tidak mengizinkan serta tahun ini kami sudah
memulakan proses IUI... Sebab itu cuti kami sudah tidak banyak lagi
yang tinggal....
Hai... Hari ini aku terasa amat gembira kerana aku dapat pergi ke Pesta Buku Antarabangsa di PWTC, aku pergi dengan sahabat aku dan kami bergerak dari pukul 9.30 pagi lagi untuk mengelakkan dari kesesakan jalanraya... Memang gila rasanya bila melihat banyak buku-buku dan novel yang best sampai aku terasa ingin membeli kesemua tajuk-tajuk buku yang menarik perhatian, tapi aku sempat hanya beli beberapa buah buku sahaja dan ini adalah tajuk buku yang sempat aku beli.... Aku ingin meluaskan empayar perpustakaan mini aku di rumah... hehehe hubby kata, aku sudah bekerja di perpustakaan dan di rumah pun aku mahu jadi pustakawan.... Tapi walaupun buku-buku ini agak mahal harganya tapi aku akan cuba untuk meluaskan lagi pengetahuan aku pada dunia.....
Buku ini adalah berkisarkan kisah seram genre dan | memang suka dengan genre ini..... |
Buku ini pula berkonsepkan Islamik sedikit...Salah satu genre favorite aku.... |
Satu lagi genre seram,tapi sebenarnya kisah pembunuhan... |
Walaupun nampak pada tajuk seperti Islamik, tapi kebanyakkan jalan | cerita ini berkisarkan cinta..... |
Yang ini pun genre seram.... |
Yang ini pula satu lagi genre seram..... |
Buku ini baru sahaja berada di pasaran dan aku sememangnya mencari-cari buku seperti ini... |
Yang ini pula sebagai rujukan aku sekiranya ada perkataan bahasa Inggeris yang jarang didengar.... |
Tinggal dua hari lagi aku mahu pergi ke
Pesta Buku Antarabangsa..... Lambat betul masa berlalu, eh..ehh...
berdoa pula supaya cepat masa berlalu... Masa ini kadang-kadang
cepat, kadang-kadang lambat tetapi kalau dikira dengan fikiran logik,
masa sudah menjadi 23 jam dan bukannya 24 jam untuk satu hari... Aku
tidak pasti apa kamu semua fikirkan, tetapi itulah yang bermain di
fikiran aku... Ini adalah senarai buku yang aku hendak beli dan aku
rasa Insya-Allah aku akan dapat mencari buku-buku ini....
- Maha Cinta Cinderella – Maya Iris
- Fiksyen 302 – Ramlee Awang Murshid
- Suami Aku Ustaz – Hannah Dhaniyah
- Bila Salam Bersambut – Hasif Asyraf
- Oh, Mudahnya Buat Baju Kurung – Yasalma
- Bilik 616 – Zaifuzaman Ahmad
- Jangan Sebut Namaku – Noorfadzillah
- Villa Amira Syakila – Ebriza Aminnudin
- Akhirnya Aku Kahwin – Herna Diana
- Langsir : Praktikal Dan Bergaya – Alaf 21
- Hiasan Langsir – Alaf 21
Assalamualaikum,
Alhamdulillah, gaji bulan ini agak
lumayan sedikit dan aku dapat mendapat durian runtuh pula, dengan
kehadiran tunggakan gaji... Aku ingat pada 27hb ini aku mahu ke Pesta
Buku Antarabangsa yang akan diadakan selama seminggu... Wahhh... Aku
ingin membeli novel-novel, komik dan buku pilihan aku... Aku telah
berpakat dengan seorang sahabat aku untuk pergi bersama... Tentu
banyak buku-buku baru yang akan diterbitakan dan dijual di sana...
Pesta Buku Antarabangsa ini sebenarnya lebih menumpukan pada
buku-buku pelajaran tetapi ada juga bahan-bahan bacaan yang lain yang
boleh didapati di sini... Jomlah kita singgah ke sana untuk beli buku
kegemaran kita... Jom baca buku bersama-sama... Wahh..Aku ini sempat
berpromosi tentang buku dan bacaan pula... Yealah, apa yang hendak
dikata, bukankah aku ini seorang pembantu perpustakaan, sudah tentu
aku akan mempromosi baca buku,.....Tinggal lagi tiga minggu untuk pegawai
aku akan masuk kerja... Yeeahhaa.... Aku pun sudah tidak sabar untuk
bertemu dengannya walaupun baru-baru ini aku ada pergi melawat dia di
rumah untuk melihat si kecil yang comel... hehehe memang comel dan
rupanya seiras dengan hubby dia... Namanya Izzur Al-Islam... Wahhh
sedap betul namanya kan, masa itu hari Jumaat dan aku mengambil
kesempatan untuk melawat pegawai aku... Pada mulanya sahabat aku
ingin pergi bersama-sama dengan aku tetapi memandangkan dia mempunyai
hal peribadi yang datang secara tiba-tiba, aku terpaksa pergi seorang
diri... tetapi aku tidak kisah tentang semua itu...
Assalamualaikum,
Nasib baik hari ini panas terik dan aku
dapat mencuci pakaian harian dan kerja, hehehe... Itulah rutin
mingguan aku untuk setiap minggu, aku pasti akan mencuci pakaian aku
dan hubby... Masakan pula aku akan memasak ala kadar sahaja... Maklum
sahaja, tinggal berdua ini tidak banyak yang perlu dimasak, lainlah
kalau situasi ini jika mempunyai anak-anak... Insya-Allah aku yakin
dengan kekuasaan Allah, pasti DIA akan mendengar doa aku dan hubby,
cuma tunggu dan lihat sahaja, selain daripada terus berusaha... Rumah
pun sudah dikemaskan tetapi kadang-kadang aku tidak larat untuk
mengemas rumah aku yang hampir setiap hari dipenuhi dengan debu...
Pelik juga rasa dihati kerana di mana datangnya debu yang singgah di
rumah aku ini...
Assalamualaikum,
Kenapa aku terasa penat sangat, padahal bukannya aku buat apa-apa pun... Hehehe itulah Shikin, kau sudah semakin tua? arrggghhh... Tidakkkk... Aku semakin dilanjut usia, huhu tahun ini aku sudah memasuki fasa awal 30-an... Apalah Shikin nie, memanglah semakin tua, mana ada manusia semakin muda.... hehehe sudah tua rupanya aku ini... Tapi apa-apa pun hati kena sentiasa muda agar mudah untuk melakukan apa-apa ibadah... lambat pula masa hari ini, jam baru pukul 11.00 pagi... eh.. ehh... baru pagi rupanya, memang bosan gila kalau tidak dapat membuat apa-apa pekerjaan... Hari ini hubby yang masak, memang sedap masakan dia walaupun hanya ayam masak kicap... opss,... lupa ke yang aku sedang berpantang, makanan yang berminyak perlu dikurangkan, makanan yang masam langsung tidak boleh disentuh... huhu....
Pesta Buku Antarabangsa kembali lagi.... Tidak sabar rasanya untuk meraikan hari yang bersejarah ini... Apapun aku juga ingin mencari beberapa buah buku untuk perpustakaan mini di rumah aku... heheheheh apapun datanglah beramai-ramai ke Pesta Buku Antarabangsa untuk mendapatkan bahan bacaan kegemaran anda yang terkini... Jumpa anda di sana!!!
27 April – 6 Mei 2012
10.00 pagi – 7.00 malam (Isnin-Khamis)
10.00 pagi – 9.00 malam (Jumaat – Ahad dan Cuti Umum)
10.00 pagi – 7.00 malam (Isnin-Khamis)
10.00 pagi – 9.00 malam (Jumaat – Ahad dan Cuti Umum)
Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC)
Kuala Lumpur
Kuala Lumpur
Assalamualaikum,
Patik menjunjung kasih dan mengucapkan setinggi-tinggi
tahniah KeBawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Almu`tasimu Billahi
Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu`adzam Shah ibni Al-Marhum Sultan
Badlishah di atas pertabalan baginda sebagai Yang Di Pertuan Agong
Malaysia ke 14 pada hari Rabu, 11 April 2012.
Patik bersyukur ke hadrat Ilahi di atas pelantikan DYMM Tuanku sebagai Yang Di Pertuan Agong buat kali kedua setelah
menaiki takhta YDP Agong dari 21 September 1970 hingga 20 September
1975.
Patik mendoakan semoga DYMM
Tuanku serta DYMM Raja Permaisuri Agong dipanjangkan usia, mendapat
keberkatan hidup dan mentadbir negara dengan dilimpahi rahmat dan
keberkatan Allah serta mentadbir negara dengan jayanya.
DAULAT TUANKU!!!
DAULAT TUANKU!!!
Semakin hari dunia semakin tua usianya
dan kita pula semakin menjadi dewasa... Setiap hari di mana ada
kematian di situ juga ada kehidupan yang baru dilahirkan, itulah
rutin kehidupan ini... Kematian adalah sesuatu yang pasti tetapi kita
tidak tahu bila kematian kita akan datang dan bagaimana kematian itu
datang pada kita.... Bila sebut kematian, aku teringat pada
kucing-kucing aku yang telah lama meninggal dunia, kucing pertama aku
Si Hitam yang meninggal dunia pada 8 Disember 2009, kemudian
anak-anak Si Kelabu pula menyusul kerana dilahirkan tidak cukup
bulan... Kemudian, Si Kelabu membawa diri dan tinggal pula Si Tupai,
yang akhirnya meninggal 3 Julai 2011... Kemudian aku mendapat berita
yang Si Kelabu telah menyusul mengikut jejak langkah anak-anaknya
tetapi aku tidak pasti berapa haribulan dia meninggal...
Kalau bulan lepas hari lahir adik
lelaki aku yang ketiga, bulan ini, adik perempuan aku yang bongsu
pula dilahirkan... Hari ini adik perempuan aku yang bongsu telah
genap berumur 21 tahun, bak kata orang-orang tua, sudah boleh
kahwin... Kak Nur ingin mengucapkan Selamat Hari Lahir untuk Wan
Nurul Afifa Binti Razali, semoga adik dikurniakan kesihatan yang
baik, dirahmati dan dilindungi oleh Allah SWT selalu... Semoga apa
yang adik doakan dan hajatkan, akan dimakbulkan oleh Allah SWT
Insya-Allah... Perwatakan adik perempuan bongsu aku ini agak unik
kerana dia menjadi lebih matang daripada orang lain, yang sama umur
dengan dia, kuat membebel dan juga kuat juga menangis di waktu kecil,
tetapi sekarang ini dia sudah berubah menjadi seorang wanita yang
gagah emosi dan seorang yang tabah dalam kehidupan...
Assalamualaikum,
Alamak, tahun ini aku tidak dapat pergi
mana-mana kursus lagi untuk cukupkan kuota kursus 7 hari setahun
dalam perkhidmatan... Apa yang sesuai untuk aku pergi kursus ini
agaknya?? Susah betul untuk dapat kursus ini kerana kursus
sememangnya banyak pilihan tetapi kuota untuk pergi sahaja adalah
terhad... Kursus di PNM atau INTAN atau JBPM atau KPKT??? Kursus di
PNM atau lebih panjang lagi nama Perpustakaan Negara
Malaysia memang banyak pilihan tetapi kebanyakan kursus yang
ada adalah untuk sokongan I dan untuk sokongan II pula tidak banyak
pilihan yang perlu dibuat...
Kursus INTAN pula Institut
Tadbiran Awam Negara, banyak kursus berkaitan
dengan bahasa, jika tahun lepas aku pernah berkursus bahasa Jepun,
tahun ini aku fikir aku mahu ambil kursus bahasa Arab pula... Untuk
JBPM pula, Jabatan Bomba Dan Penyelamat
Malaysia, sebenarnya kursus tidak banyak yang berkaitan dengan
kerja aku tetapi aku boleh pergi untuk mendengar ceramah dan taklimat
sahaja... KPKT pula, Kementerian Perumahan Dan Kerajaan
Tempatan, aku rasa ada kursus yang menarik minat aku dan
sahabat aku ini, tetapi nanti aku akan susun semula jadual kursus
yang aku rasa aku mahu pergi...
Aku sendiri bingung dan keliru dengan
pelbagai kejadian yang melanda di dunia ini... Adakah ini dinamakan
dunia akhir zaman??? Bilakah manusia akan sedar akan kesilapan
mereka, sebab semakin hari semakin banyak dosa yang mereka lakukan
sehingga mereka tidak sedar dan tidak ada rasa bersalah dalam diri
mereka? Di manakah letaknya harga moral kehidupan dan nilai
kemanusiaan dalam diri mereka? Adakah ianya telah terhapus sama
sekali?? Tanyalah hati dan bermuhasabbah diri masing-masing....
Kekejaman berlaku di sana sini samada di dalam negara mahupun di luar
negara, sehingga aku terasa yang kita berada di ambang peperangan...
Walaupun peperangan ini tidak menampakkan peperangan fizikal tetapi
peperangan psikolgi sedang hebat melanda kita, adakah kita sedar
semua ini???Jika psikologi dalam diri kita kuat untuk menangkis
segala serangan maka kita akan selamat... Jikalau tidak, kita akan
terus hanyut dalam peperangan ini... Hanya Al-Quran dan Hadis Rasul
sahaja yang dapat menyelamatkan kita dari terus dihanyut oleh arus
peperangan ini....
Sewaktu Nabi Daud memberikan
pelajaran akhlak kepada muridnya, masuk seorang lelaki yang memakai jubah putih,
menyebarkan aroma yang wangi.
Lelaki berjanggut itu datang sambil mengucapkan salam kepada Nabi Daud, tetapi beliau tidak menghiraukannya dan tidak juga menjawab salam orang itu.
Nabi Daud terus menyampaikan pelajaran kepada muridnya tanpa menoleh sedikit pun kepada orang itu. Lelaki itu segera menunaikan solat sebagaimana yang disyariatkan pada waktu itu. Dia melaksanakan sembahyangnya dalam waktu yang lama, dengan rukuk dan sujud yang panjang. Selesai sembahyang, orang itu berdoa dengan mengangkat kedua-dua tangannya dan dengan suara penuh harap sambil menangis.
Nabi Daud tetap meneruskan pengajarannya, tanpa memberi perhatian kepada lelaki itu untuk berkenalan. Dia juga tidak memberi kesempatan kepada muridnya untuk mengambil perhatian kepada orang itu.
Melihat keadaan demikian, muridnya kurang senang dengan sikap Nabi Daud. Mereka menganggap Nabi Daud tidak memberikan contoh baik dalam menghormati tamu.
Lelaki berdoa panjang dengan penuh tangisan selepas sembahyang. Dia kemudian keluar dari tempat peribadatan itu, selepas meminta diri dengan mengucapkan salam. Namun Nabi Daud tetap tidak menaruh hormat sedikit pun kepada orang itu.
Selepas Nabi Daud mengakhiri pelajarannya mengenai akhlak baik, seorang muridnya bertanya kepada beliau: “Wahai Nabi Allah, bolehkah saya bertanya? “Ya, silakan,” jawab Nabi Daud.
Murid itu berkata : “Bukankah Nabi mengajarkan kepada kami bagaimana cara untuk menghormati tamu?”
“Betul,” jawab Nabi Daud.
Murid itu berkata: “Tetapi mengapa engkau sebagai seorang guru tidak memberikan perhatian atau menghormati tamu yang datang pada waktu engkau sedang memberikan pelajaran?” Nabi Daud menjawab: “Aku tidak memberikan sedikit pun perhatian kepadanya kerana tamu itu tidak mempunyai akhlak baik.
“Ingatkah bagaimana caranya untuk memasuki majlis ketika guru mengajar. Mula-mula dia perlu melangkah dengan kaki kanan terlebih dulu sebagai tanda menghormati tempat ibadah ini. Kemudian dia sepatutnya tidak mengucapkan salam terlebih dulu , melainkan langsung duduk ikut mendengarkan pelajaran.”
Salah seorang murid mencelah : “Mungkin tetamu itu belum mengetahui tata cara memasuki suatu majlis pengajian seperti ini.”
Nabi Daud menjawab : “Tetapi jubah dan serbannya menunjukkan seolah-olah dia itu orang alim. Apakah layak jika memang dia itu orang yang alim, tidak mengetahui sopan santun dan tata cara memasuki tempat peribadatan dan majlis ilmu?
“Orang seperti itulah yang akan menjatuhkan agama kita. Ini kerana penampilannya tidak sesuai dengan sikapnya dalam menjalankan agama.”
Muridnya berkata lagi: “Tetapi kita melihat bahawa orang yang berjubah itu tadi melaksanakan sembahyang dengan lama sekali, bagaimana dengan itu?” Nabi Daud menjawab: “Itulah tanda kepalsuannya. Dia hanya ingin menunjukkan kesolehan kepada kita semua, pada hal dia sebenarnya bukan orang soleh. Dia melakukan sembahyang buat kita, bukan bagi Tuhan.”
Seorang muridnya bertanya: “Tetamu tadi juga berdoa dengan panjang sambil menangis, bukankah itu menunjukkan kealimannya.”
Nabi Daud menjawab: “Apakah doa yang panjang itu menjamin keikhlasan hatinya?
“Bukankah Tuhan lebih menyukai doa yang khusyuk dan penuh keyakinan kepada-Nya. Kalau dia ingin menangis, tidak selayaknya di depan kita.
“Menangislah dengan penuh kesedihan di depan Allah ketika sendirian dalam sembahyang malam pada waktu semua makhluk sedang tidur dengan lelap hingga mereka tidak melihat tangisan itu kecuali Tuhan.”
Seorang murid bertanya: “Bukankah wajahnya begitu bersih laksana wajah orang yang sangat ikhlas. Pakaiannya bersih serba putih melambangkan keikhlasan hatinya. Bukankah dia itu orang yang bertakwa.”
Nabi Daud menjawab: “Takwa itu tidak dilihat daripada rupa dan wajah seseorang, juga tidak dilihat daripada pakaian seseorang."
“Tuhan hanya melihat hati manusia dan menilai dari amal perbuatannya."
“Adakah amal perbuatan dan sikapnya sehari-hari sesuai dengan hukum syariat dan akhlak. Manusia itu tidak dihargai daripada kulitnya, melainkan dinilai daripada isi dan mutu kemanusiaannya yang diukur dengan pelaksanaannya terhadap hukum dan akhlak agama."

Subscribe to:
Posts (Atom)
Social Icons