Diari harian

Friday, April 06, 2012

Kalau bulan lepas hari lahir adik lelaki aku yang ketiga, bulan ini, adik perempuan aku yang bongsu pula dilahirkan... Hari ini adik perempuan aku yang bongsu telah genap berumur 21 tahun, bak kata orang-orang tua, sudah boleh kahwin... Kak Nur ingin mengucapkan Selamat Hari Lahir untuk Wan Nurul Afifa Binti Razali, semoga adik dikurniakan kesihatan yang baik, dirahmati dan dilindungi oleh Allah SWT selalu... Semoga apa yang adik doakan dan hajatkan, akan dimakbulkan oleh Allah SWT Insya-Allah... Perwatakan adik perempuan bongsu aku ini agak unik kerana dia menjadi lebih matang daripada orang lain, yang sama umur dengan dia, kuat membebel dan juga kuat juga menangis di waktu kecil, tetapi sekarang ini dia sudah berubah menjadi seorang wanita yang gagah emosi dan seorang yang tabah dalam kehidupan...


Post a Comment

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧