Assalamualaikum,
Hari ini rakyat Sabah meraikan Hari
Pesta Keamatan atau Pesta Menuai dan aku sebagai salah seorang rakyat
Malaysia ingin mengucapkan Selamat Hari Pesta Menuai kepada rakyat
Sabah...Ini cerita di sebalik Pesta Menuai...
Pesta Kaamatan atau nama lain iaitu (Tadau Kaamatan)
atau di dalam bahasa Kadazan "Magavau" merupakan upacara
perayaan khas untuk menghormati "Bambazon" iaitu semangat
padi. Perayaan ini adalah amalan secara tradisi Kaum
Kadazan-Dusun sejak zaman berzaman. Perayaan "Magavau"
ini biasanya diadakan selepas selesai menuai padi.
Pesta Kaamatan yang dirayakan dewasa ini telah diluluskan oleh Majlis
Undangan Kerajaan Koloni sebagai cuti umum Sabah
sejak tahun 1960 lagi, oleh Tun
Haji Mohamad Fuad Stephens, Ketua Menteri Sabah yang pertama.
Antara sambutan menarik yang diadakan ialah persembahan dan
pertandingan tarian
Sumazau. Tarian ini ditarikan oleh kaum petani terdiri daripada
lelaki dan perempuan dengan memakai pakaian tradisional mereka.
Tarian ini dengan iringan paluan gong.
Tarian ini ditarikan dengan kedua-dua tangan diangkat ke paras bahu
dan dikibar-kibarkan umpama kipasan sayap burung,
mengikut alunan rentak yang dimainkan.
Selain daripada persembahan tarian Sumazau, diadakan juga
pertandingan nyanyian dipanggil Sugandoi, pertunjukan bina badan, dan
ratu cantik atau "Unduk
Ngadau", dan persembahan segala jenis kesenian dan
kraftangan. Pertandingan seperti memukul gong
dan sukan rakyat juga menjadi antara acara utama dalam perayaan ini.
Antara hidangan popular semasa perayaan ini ialah meminum tapai
atau "Kinomol", iaitu sejenis arak tradisional. Tapai
merupakan minuman tradisi mereka, diperbuat sama ada daripada beras
(nasi) atau ubi kayu.
Nasi akan diperam di dalam sebuah tempayan besar atau "tajau"
selama seminggu, atau ubi kayu diperam selama dua hingga tiga minggu.
Biasanya tapai dicampur dengan ragi untuk mempercepatkan proses
"memberi rasa" kepada tapai tersebut. Makanan
tradisional turut disediakan sempena hari tersebut.
Mereka menggunakan sebatang buluh kecil yang dipanggil "Sumbiling"
untuk menyedut air tapai ini dari dalam tempayan besar. Biasanya
sumbiling digunakan untuk meminum air tapai yang diperbuat daripada
ubi kayu. Selain itu, mereka juga menggunakan gelas khas dinamakan
"Singgarung" yang diperbuat daripada buluh.
Asal usul Magavau
Terdapat banyak sebutan perkataan Magavau ini mengikut dialek dan
lokasi suku kaum Kadazandusun. Walau bagaimanapun ia tetap membawa
maksud yang sama.
Menurut cerita lisan, Kinoingan
( Tuhan ) dan isterinya Suminundu
mempunyai seorang anak perempuan yang bernama Huminodun.
Untuk menyelamatkan orang-orang Kadazandusun daripada kebuluran
kerana tidak mempunyai makanan yang mencukupi, maka Kinoingan
terpaksa mengorbankan anak kesayangan mereka Huminodun. Huminodun
dibunuh dan mayatnya dikubur menurut adat istiadat selengkapnya.
Kononnya, mayat Huminodun itu telah mengeluarkan berjenis-jenis benih
tumbuhan yang menjadi makanan utama kepada kita sekarang. Salah satu
benih tumbuhan itu ialah padi. Oleh kerana sebahagian dari mayat
Huminodun itu mengeluarkan benih padi, maka wujudlah kepercayaan
bahawa padi itu mempunyai semangat yang diberi nama "Bambazon".
Bermula dari kejadian inilah orang-orang Kadazandusun memulakan
upacara Pesta Kaamatan ( Pesta Menuai ) seperti yang dirayakan dewasa
ini. Perayaan seumpama ini mengharapkan agar rezeki yang akan datang
bertambah baik dan lumayan. Upacara penghormatan terhadap semangat
padi yakni padi-padi yang selesai dituai dan telah selamat dimasukkan
ke dalam ketawai ( Tangkob ) iaitu bekas tempat menyimpan padi.
Selain itu, perayaan Pesta Kaamatan ini juga mengingatkan kita akan
rasa penghargaan dan penghormatan masyarakat Kaum Kadazandusun akan
Penciptanya ( Kinoingan ) yang sanggup mengorbankan anak
kesayangannya Huminodun untuk menyelamatkan orang-orangnya supaya
tidak mati kebuluran.
Aikk... Sudah hari Jumaat ke? Aduh...
sekejap saja masa berlalu... Tahun ini aku dan hubby akan beraya di
kampung halaman hubby dan tema untuk tahun ini?? Entah, belum tahu
lagi kerana kami tidak merancang apa-apa lagi untuk membeli pakaian
raya... heheh tapi aku fikir aku mahu memakai jubah untuk hari raya
ini... Rasanya tidak salah untuk aku memakai jubah di hari raya...
Sebenarnya baju jubah ini senang dipakai dan selesa dipakai juga...
Sebab itu sekarang ini aku beralih kepada pakaian berjubah... Ada
juga masanya aku akan berbaju kurung dan kadang kala aku akan memakai
jubah, itu adalah pakaian kerja aku sehari-hari...
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,
Kami
ingin menjemput anda untuk menghadiri Perhimpunan Hari Belia Negara
2012 bertempat di Presint 2 berhampiran dengan Kementerian Kewangan,
Putrajaya bermula pada 23 hingga 27 Mei 2012... Datanglah beramai-ramai
kerana banyak aktiviti yang dijalankan di sana. Jabatan Bomba Dan
Penyelamat Malaysia juga membuka gerai pameran untuk para pengunjung
bagi mengetahui tentang Jabatan ini dengan lebih dekat lagi... Jadi, apa
tunggu lagi?!!
Untuk maklumat lanjut sila layari laman web di bawah untuk mengetahui jadual aktiviti... Jumpa anda di sana!!!
Selamat datang Bulan Rejab, bulan yang
membawa kerahmatan kepada semua umat Islam..... Ramai di kalangan
kita yang berpuasa sunat sempena kedatangan Bulan Rejab, aku pula
terlupa untuk berpuasa... Lupa lagi....Astaghafirullah Hal'Azim....
macam mana aku boleh terlupa... Apapun Insya-Allah aku akan cuba
berpuasa sunat dan berpuasa ganti pada bulan ini kerana Bulan
Ramadhan semakin dekat.... Ishh...ishhh...Berdebar-debar pula
rasanya, entah kenapa pula hati ini.... Rasa macam ada perasaan
gembira di hati ini...Mungkin juga Bulan Ramadhan akan tiba tidak
lama lagi dan sebab itu aku berasa amat gembira dengan kedatangan
bulan Ramadhan....
Wah, sekejap sahaja masa berlalu kerana
hari ini sudah 16hb Mei... Tinggal 2 bulan lagi kita akan menyambut
Bulan Ramadhan kerana beberapa hari lagi kita akan menyambut Bulan
Rejab iaitu bulan rahmat, sebenarnya semua bulan Islam adalah bulan
rahmat.... Alamak! Aku terlupa untuk melakukan puasa ganti...Bila
agaknya aku mahu melakukan puasa ganti??hmmm... fikir sekejap...
Insya-Allah andainya aku teringat, aku akan terus berniat untuk puasa
sebab kadang-kadang bila aku berkerja, langsung aku terlupa untuk
berniat....
Assalamualaikum,
Selamat Hari Guru kepada semua guru di
seluruh dunia... Sedar atau tidak, guru juga adalah orang yang
penting dalam kehidupan kita kerana guru yang mengajar kita untuk
menghadapi kehidupan di dunia ini... Jasa guru tidak ternilai
harganya kerana jasa guru juga kita menjadi seorang manusia dan insan
yang berjaya dari segi rohani mahupun jasmani... Ramai di kalangan
kita yang telah berjaya dalam kehidupan masing-masing... Sedar atau
tidak, sudah 13 tahun aku sudah meninggalkan bangku sekolah dan pada
masa itu banyak kenangan manis dan pahit yang telah aku lalui...
Kenangan yang menjadikan aku dewasa dan matang untuk menghadapi
kehidupan yang penuh berliku ini....Aku ingin berterima kasih pada
guru-guru yang pernah mengajar aku erti kehidupan dan erti
kesabaran... Jasa guru-guru semua hanya Allah SWT sahaja yang dapat
membalasnya kerana jasa-jasa guru tidak ternilai harganya...Terima
kasih cikgu....
Ibu...
adalah wanita yang telah melahirkan aku
merawat diriku
membesarkan aku
mendidik daku
hingga diriku telah dewasa
Ibu...
adalah wanita yang selalu berjaga malam tatkala aku dalam buaian
tatkala kaki-kakiku belum kuat untuk berdiri
tatkala perutku terasa lapar dan haus
tatkala aku terbangun di waktu pagi, siang dan malam
Ibu...
adalah wanita yang penuh perhatian
bila aku sakit
bila aku terjatuh
bila aku menangis
bila aku kesepian
Ibu...
telah kupandang wajahmu diwaktu tidur
terdapat sinar yang penuh dengan keredhaan
terdapat sinar yang penuh dengan kesabaran
terdapat sinar yang penuh dengan kasih dan sayang
terdapat sinar kepenatan kerana aku
Aku yang selalu menyusahkanmu
aku yang selalu mencuri perhatianmu
aku yang telah menghabiskan air susumu
aku yang selalu menyusahkanmu hingga muncul tangisanmu
Ibu...
engkau menangis kerana aku
engkau sedih kerana aku
engkau menderita kerana aku
engkau kurus kerana aku
engkau korbankan segalanya untuk aku
Ibu...
jasamu tiada terbalas
jasamu tiada terbeli
jasamu tiada akhir
jasamu tiada tara
jasamu terlukis indah di dalam Syurga Firdaus
Ibu...
hanya iringan doa yang dapat kupersembahkan untukmu
hanya bacaan Surah Yassin yang akan menjadi hadiah
untuk dirimu
kerana jasamu
tiada terbalas
Aku cuma mengharapkan
hanya Allah SWT sahaja yang dapat
membalas jasamu itu
Hanya tangisanku sebagai saksi
atas rasa cintaku padamu
Walaupun engkau telah pergi menghadap Ilahi
cintaku padamu tidak akan pernah surut
Semoga Allah SWT sentiasa mencucuri rahmat ke atas dirimu
Amin Ya Rabbal Alamin...
adalah wanita yang telah melahirkan aku
merawat diriku
membesarkan aku
mendidik daku
hingga diriku telah dewasa
Ibu...
adalah wanita yang selalu berjaga malam tatkala aku dalam buaian
tatkala kaki-kakiku belum kuat untuk berdiri
tatkala perutku terasa lapar dan haus
tatkala aku terbangun di waktu pagi, siang dan malam
Ibu...
adalah wanita yang penuh perhatian
bila aku sakit
bila aku terjatuh
bila aku menangis
bila aku kesepian
Ibu...
telah kupandang wajahmu diwaktu tidur
terdapat sinar yang penuh dengan keredhaan
terdapat sinar yang penuh dengan kesabaran
terdapat sinar yang penuh dengan kasih dan sayang
terdapat sinar kepenatan kerana aku
Aku yang selalu menyusahkanmu
aku yang selalu mencuri perhatianmu
aku yang telah menghabiskan air susumu
aku yang selalu menyusahkanmu hingga muncul tangisanmu
Ibu...
engkau menangis kerana aku
engkau sedih kerana aku
engkau menderita kerana aku
engkau kurus kerana aku
engkau korbankan segalanya untuk aku
Ibu...
jasamu tiada terbalas
jasamu tiada terbeli
jasamu tiada akhir
jasamu tiada tara
jasamu terlukis indah di dalam Syurga Firdaus
Ibu...
hanya iringan doa yang dapat kupersembahkan untukmu
hanya bacaan Surah Yassin yang akan menjadi hadiah
untuk dirimu
kerana jasamu
tiada terbalas
Aku cuma mengharapkan
hanya Allah SWT sahaja yang dapat
membalas jasamu itu
Hanya tangisanku sebagai saksi
atas rasa cintaku padamu
Walaupun engkau telah pergi menghadap Ilahi
cintaku padamu tidak akan pernah surut
Semoga Allah SWT sentiasa mencucuri rahmat ke atas dirimu
Amin Ya Rabbal Alamin...
Assalamualaikum,
Alhamdulillah, Si Kecik akhirnya sudah melahirkan anak seramai 3 ekor, semuanya comel... Seekor warnanya hitam keperangan, seekor lagi berwarna hitam tetapi mempunyai tompokan kecil di bahagian ekor dan badannya, manakala si bongsu pula lebih mirip kepada ibu dia, iaitu kelabu....Memang comel... Semalam aku sendiri merasakan yang Si Kecik akan melahirkan anak sebab dia asyik mengeow sahaja sambil mundar mandir keliling rumah, aku berikan dia sebuah kotak dan mengajar dia supaya dia melahirkan anak dia di situ... Ternyata dia mendengar kata-kata aku dan pada hari ini aku bergelar moyang kepada anak-anak Si Kecik... hehehehe... Sudah tua rupanya aku ini..
Assalamualaikum,
Akhirnya selesai sudah kursus yang
dijalankan di bangunan KPKT di Presint 2... Aku berasa amat seronok
sekali kerana pergi kursus yang sebegini kerana ianya dapat
menambahkan pengetahuan aku dalam bidang keagamaan dan 2 hari lalu
kami ada membuat klinik membaca Al-Fatihah dan rupa-rupanya selama
ini kami membaca surah Al-Fatihah secara salah dari segi sebutan dan
nahu bacaan.... Apapun aku ingin berterima kasih kepada ustaz dan
tenaga pengajar yang mengajar kami cara membaca Al-Quran dengan betul
walaupun di dalam solat.... Terima kasih...
Selamat kembali wahai pegawai aku yang
aku sayangi... semoga anda akan selesa bekerja setelah lama bercuti,
dan tahniah aku ucapkan kerana novel pertama anda telah mencatatkan
sejarah yang tersendiri....Novel apa? Tajuk novel ini adalah “Awas!
Bila Hati Dah Sayang”...Memang best cerita ini yang pada asalnya
dia cuma menulis mini-novel dan dihantar pada penulisan2u.com
sahaja... Secara kebetulan penerbit berminat untuk memasarkan novel
dia dan seterusnya menjadi antara 5 terbaik jualan novel pada bulan
Februari baru-baru ini....Tahniah sekali lagi...
Inilah novel pertama pegawai aku.... |
Assalamualaikum,
Hari ini aku memesan Domino's Pizza
kerana aku terasa amat malas untuk keluar dan aku tidak mahu keluar
pada waktu tengahari... Jika dahulu aku tidak berapa gemarkan
Domino's Pizza tetapi sekarang selera aku berubah sama sekali...
Sebenarnya aku suka pada banana pie yang agak sedap bila dimakan,
rupanya seperti pizza yang lain, cuma ianya tiada keju sahaja...
Minggu depan aku akan mula berkursus bersama-sama dengan 4 orang
sahabat aku yang juga rakan sekerja dengan aku... Aku mengambil
Kursus Bina Insan yang dianjurkan oleh Kementerian Perumahan Dan
Kerajaan Tempatan (KPKT) selama 3 hari berturut-turut, bemula pada
8hb hingga 10hb Mei ini...Yeaa... Akhirnya aku dapat pergi ke kursus
ini dan ianya akan menjadi lengkap nanti, Insya-Allah....
Hari pertama aku menjalankan tugas
setelah beberapa mengambil cuti dan ditambah dengan cuti umum
baru-baru ini... Penyakit malas mula menyerang aku dan aku tidak akan
tunduk pada penyakit itu... Aku akan cuba untuk menentang penyakit
yang sememangnya menjadi lumrah kehidupan manusia... Minggu depan
pegawai aku akan mula bertugas dan aku adalah antara orang yang
paling gembira sekali dengan kepulangan dia... Selain daripada
bebanan kerja aku berkurangan, aku telah dapat kembali sahabat yang
menjadi teman bicara dan teman pendengar yang baik buat diri aku....
Lama betul rasa aku tidak mengemaskini blog, sampai naik sawang sudah blog aku ini... Maklum saja, pegawai aku cuti bersalin dan aku tinggal sendirian di dalam office ini dan aku tidak mempunyai banyak masa untuk mengemaskini blog... Hendak mengharapkan pada broadband, memang tidak boleh pakai, kalau setakat hendak mencari maklumat, sudah mencukupi tapi speed broadband tidak laju apabila aku ingin membuka blog aku... Apa khabar kawan-kawan semua? Terasa rindu pula aku pada kamu semua.... Di kesempatan ini aku ingin mengucapkan Selamat Hari Pekerja kepada sesiapa yang bekerja, sama ada di pejabat mahupun di rumah... Bak kata orang, semua orang bekerja biarpun hanya duduk di rumah... hehehe... Aku berada di rumah keluarga hubby sekarang ini kerana bercuti... Aku mengambil cuti sempena cuti umum ini, sudah agak lama kami tidak balik ke kampung hubby... Kadang-kadang seronok juga dapat melihat negeri orang walhal perkara yang sama saja yang nampak, cuma design sesetengah rumah amat mengagumkan aku... Pegawai aku akan mula bekerja pada 7hb Mei ini, dan aku akan mempunyai teman lagi.... Kadang-kadang seronok juga duduk keseorangan dan kadang-kadang bosan melanda diri.... Aku tetap sukakan pekerjaan ini dan insya allah aku akan berusaha untuk melakukan yang terbaik pada pekerjaan aku ini kerana aku amat sayangkan pekerjaan aku ini... Biarpun ramai orang tidak mengetahui hakikat sebenar di sebalik bidang kepustakawanan tapi sekurang-kurangnya mereka tahu serba sedikit tentang bidang ini.... Banyak peristiwa yang berlaku dalam kehidupan aku dan insya allah aku akan menceritakan serba sedikit...Antaranya aku telah selamat menjalani rawatan IUI tetapi Allah masih tidak mengizinkan aku memperolehi zuriat lagi.... Dan insya allah aku akan mencuba untuk kali kedua dan jika tidak berjaya aku akan mencuba dengan kaedah IVF... Melihat kejayaan beberapa pasangan yang bertahun-tahun tidak mempunyai zuriat akhirnya tercapai impian mereka untuk melihat cahayamata dengan bantuan IVF... Jikalau tidak, insya allah jika tidak ada aral melintang, aku akan menunaikan umrah bersama-sama dengan ummie dan hubby pada tahun depan.... Doakan aku berjaya.... Walaupun terasa pahit untuk ditelan tetapi aku redha dengan ketentuan Ilahi dan aku akan berusaha lagi untuk mendapatkan zuriat... Sekurang-kurangnya aku dapat mengurangkan dosa orang yang mengumpat dan mengata pada aku dan hubby kerana aku tidak mahu ' mereka' terus menerus mendapat dosa kering disebabkan aku... Kadang-kadang aku kasihan pada hubby kerana kami tidak mempunyai zuriat dan aku akan cuba untuk membahagiakan dia walaupun hubby tidak berkata apa....
Subscribe to:
Posts (Atom)
Social Icons