Diari harian

Friday, June 29, 2012


Assalamualaikum,
Astaghafirullahadzim, aku terlupa untuk berniat puasa hari ini kerana aku masih mempunyai hutang puasa 3 hari lagi... Insya Allah aku akan berpuasa pada hari Ahad ini kerana esok aku mempunyai majlis kenduri kahwin sahabat aku di Palace Hotel dekat Seri Kembangan.... Hari ini macam biasa aku dan sahabat aku akan ke Alamanda dan kali ini kami pergi agak lama sedikit kerana dia hendak membeli beberapa barang keperluan dan aku juga ingin membeli scrub muka.. Scrub muka yang aku maksudkan ialah St. Ives Apricot Scrub.... Ianya memang sesuai dengan muka aku dan hubby pun memakai scrub ini akibat terpengaruh dari aku...hehehe.... Aku sudh cuba scrub muka jenama lain tetapi ianya tidak sesuai dengan kulit muka aku dan hanya ini sahaja produk yang aku gunakan... Manakala pencuci muka pula aku gunakan jenama Safi Gamat... 

Post a Comment

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧