Asas 5 jari
Jari telunjuk : usus
Jari tengah : Jantung
Jari Manis : Imuniti
Jari kelingking : Rahim/Tulang Belakang
Cuba
anda lihat pada ruas jari-jari anda...Kalau ruas jari kehitaman tu
maknanya badan kita ini penuh dengan racun dan toksik. Perkara tersebut
boleh menyebabkan badan kita dijangkiti sembelit.
Seterusnya,
kalau kita sebagai seorang wanita, cara untuk tengok sistem dalaman
perempuan kita pula, adalah dengan melihat pada jari kelingking kita.
Kalau jari kita meruncing atau bengkok, maknanya haid tak teratur,
keputihan, senggugut, dan berkemungkinan rahim kita jatuh.
Kalau tapak tangan
berbintik maknanya masalah angin. Cuba periksa tapak tangan
masing-masing, kalau yang suka marah-marah itu mungkin angin dalam badan
banyak. Sebab
itulah selalu rasa hendak marah dan naik angin sahaja.
Selain itu, pernah atau
tidak anda mengalami masalah tapak tangan berpeluh atau lembap? Jika ya,
itu tandanya badan kita mudah diserang sel-sel kanser.
Jika perut ibu jari
berwarna biru kehijauan maknanya seseorang itu mengalami masalah
resdung, alergi, dan penyakit paru-paru. Sekiranya, perut ibu jari ada
urat hijau kebiruan maknanya anda seorang pengidap gastrik.
Selain itu, urat biru
/hijau pada pergelangan tangan, tapak tangan, sepanjang jari dan betis
kaki maknanya seseorang itu mengidapi stress atau tekanan dalam
kehidupan sehariannya.
Seterusnya,ini yang
paling menarik untuk kita tengok sekiranya kita sebagai seorang wanita.
cuba anda perhatikan betul-betul pada kuku setiap jari anda..Jika
terdapat bulan sabit berwarna putih di setiap jari anda bermakna anda
mengalami hormon yang tidak seimbang.
Tapi berlainan pula
sekiranya anda mempunyai bulan sabit yang berwarna putih itu hanya pada
ibu jari sahaja, itu menandakan anda seorang yang sihat..Insya Allah...
Ramai manusia yang
mengorbankan
kesihatan pada satu ketika untuk mendapatkan wang ringgit, tetapi
akhirnya terpaksa mengorbankan wang ringgit untuk mendapatkan kembali
kesihatan yang hilang.. Oleh itu, jagalah kesihatan anda seperti mana
anda menjaga diri dan keluarga kerana kesihata itu penting untuk diri
kita....
Post a Comment
❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧