Al-Hamdulillah, segala-galanya sudah selesai... Aku baru sahaja pulang dari rumah bakal pengantin perempuan atas urusan peminangan dan syukur Al-Hamdulillah peminangan kami diterima...Tahniah kakak ucapkan kepada adik ipar lelaki aku Mohd Nizam Md. Nor kerana sudah menjadi tunangan orang... Bakal isteri dia adalah orang Sabah, wahhh.... Memang keluarga mertua aku mendapat menantu orang yang jauh dari negeri asal... hehehe tidak mengapa, ini 1Malaysia, bukan?! hehehehe
Memang penat gila sebab dari pagi tadi sampailah sekarang baru aku dapat merasai kenikmatan relaks... fuhhh... lega betul bila dapat tidur atas tilam empuk aku ini... Hubby pula memang sudah lama berdengkur akibat terlalu letih memandu.... Oh ya, hari ini aku masak nasi lemak kerana aku menurut sahaja kemahuan hubby yang mahu makan nasi lemak... hehehe... Kami memberi hantaran kepada pihak perempuan dengan 6 dulang dan dibalas dengan tujuh dulang... Aku berasa amat bangga kerana sebahagian dari hantaran itu adalah sentuhan dari tangan aku sendiri... Antaranya, gubahan buah-buahan, sepasang baju akad nikah dan sepasang baju kurung... Yang lain, adik ipar perempuan aku sudah siapkan...
Keluarga sebelah pihak perempuan sememangnya amat peramah dan cepat mesra, mereka tinggal di Bukit Mahkota, dan tidak berapa jauh sangat dari rumah aku,cuma mengambil masa 25 minit sahaja daripada lebuhraya... Kami menaiki dua buah kereta sahaja yang terdiri daripada ibu bapa mertua aku, adik ipar perempuan aku yang bongsu, anak saudara perempuan aku, adik ipar lelaki aku merangkap orang yang hendak bertunang malam ini, hubby dan aku sendiri... Hubby membawa kereta bapa mertua aku kerana dia tidak berapa sihat untuk membawa kereta sejauh itu dan mata bapa mertua aku juga tidak berapa nampak sangat di waktu malam... Aku pula biasalah membawa kereta kesayangan aku ini dan penumpangnya adalah adik ipar perempuan dan anak saudara perempuan aku... mereka memang tidak boleh berenggang dari aku sekiranya mereka bertandang ke rumah aku ataupun bila aku balik kampung.... Kami sampai dalam pukul 9.10 pm dan kami disambut dengan meriah sekali... Setelah semuanya telah selesai dan kami telah menetapkan tarikh perkahwinan, maka kami dihidangkan dengan masakan yang enak belaka dan ada satu manisan yang khas dibuat untuk kami, iaitu wajik Sabah... Wajik Sabah ini tidak sama dengan wajik di Semenanjung kerana wajik Sabah dia agak pahit sedikit jika dibandingkan di Semenanjung yang agak manis rasanya... Bakal isteri adik ipar lelaki aku ini dikatakan pandai memasak dan pandai menjahit pakaian... Bolehlah aku menempah pakaian daripada dia, bukan..... heheheh
Okey, masa untuk tidur, esok aku akan bangun pagi-pagi kerana keluarga mertua dijangka akan bertolak pulang pada waktu pagi...Tata
Post a Comment
❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧