Doa Untuk Mendapatkan Anak - Kita Hanya Berusaha Tapi Allah Yang Menentukan

Wednesday, May 31, 2017

Assalamualaikum wbt...
Hari ini saya ingin bercerita tentang anak... Siapa yang tidak mahukan anak dalam kehidupan kita ini, bukan?? Anak adalah penyambung warisan dan keturunan kita... Aku sendiri pun teringin menimbang anak sendiri tetapi hanya Allah belum makbulkan lagi doa saya ini.. Tetapi tidak mengapa, kami berdua redha dengan segala dugaan dan ujian dari Allah ini... Kami akan terus berusaha untuk mencari ikhtiar dan berubat bagi mendapatkan zuriat kerana kami yakin dengan Allah dan kami juga yakin dengan Qada' dan Qadar Allah...  Ada beberapa perkara yang saya sering amalkan iaitu amalan doa Nabi Zakaria : -



Terjemahan:
" Wahai Tuhanku!Janganlah Engkau biarkan daku bersendirian (tanpa meninggalkan zuriat) dan Engkau adalah waris yang paling baik " - Al Anbiyaa' ayat 89



Maksud :-
Ketika itu Nabi Zakariya berdo'a kepada TuhanNya, katanya: "Wahai Tuhanku Kurnialah kepadaku dari sisiMu keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) do'a permohonan."(Surah Ali Imran: Ayat 38)

Amalan Lain-Lain.....

Selepas Fajar ataupun Solat Subuh;
  • Baca Bismillah 1 kali 
  • Kemudian selawat kepada Nabi Muhammad SAW 3 kali. 
  • Setelah baca kalimah syahadah 101 kali dan kemudian kita sujud. 
  • Dalam sujud tersebut mohonlah kepada Allah apa yang kita hajatkan. (Umpamanya: “Ya Allah, kurniakanlah kepada hamba mu zuriat atau anak yang soleh yang Engkau berkati di dunia dan akhirat") 
  • Kemudian tutup doa tersebut dengan membaca selawat 3 kali.
Cara ini sebaiknya diamalkan suami @ isteri selama 15 hari atau teruskan jika masih belum berhasil dan jangan merasa putus asa. Sebab Allah tidak suka terhadap orang yang suka berputus asa.
  • Suami hendaklah membaca “Ya Mutakabbir” (Allah Yang Maha Memiliki Keagungan ) sebanyak 11 kali sebelum mengadakan jimak.
  • Isteri hendaklah membaca “Ya Awwal” (Yang tiada permulaan adaNya) 333 Kali setiap hari.
  • Isteri hendaklah membaca setiap hari “Ya Zaljalaali Wal Ikram” 11 kali kemudian tiup di dalam air dan air tersebut diminum.
  • Suami isteri hendaklah membaca surah Yusuf / surah Maryam setiap hari.
 Semoga apa yang aku kongsikan ini akan mendapat manfaat kepada kita semua... Semoga kita semua akan diberkati dan dilindungi oleh Allah selalu...



8 comments

  1. InsyaAllah sampai rezeki pasti ada satu hari nanti. Jgn putus asa dan teruskan berdoa dan berusaha.

    ReplyDelete
  2. insyaALLAH kite sesama berdoa dan berusaha

    ReplyDelete
  3. Semoga Allah makbulkan doa dan usaha Shikin serta suami dalam usaha memohon rezeki zuriat.. Aamiin.. Aamiin.. Aamiin..

    ReplyDelete
  4. Allah sebaik2 perancang. Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hambaNya 😄

    ReplyDelete
  5. InsyaALLAH.. Lea doakan semoga suatu hari nanti ada rezeki buat shikin n suami.. Banyakkan usaha dan berdoa ye shikin...

    ReplyDelete
  6. insyaAllah .. try minum pati delima gulsan kak

    ReplyDelete
  7. Terima kasih atas perkongsiannya kak.. doakan sy dan suami semoga dikurniakan zuriat

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧