Assalamualaikum,
Hari Rabu, sekejap sahaja masa berlalu dan usia kita semakin meningkat... Pada yang menyambut hari lahir pada hari ini, aku ucapkan Selamat Hari Lahir, semoga kalian akan dirahmati dan dilindungi Allah selalu... Kepada sesiapa yang melangsungkan hari perkahwinan atau pertunangan hari ini, aku ucapkan tahniah pada kalian, kepada yang menyambut cahayamata, ucapan sekalung tahniah dari aku kerana mendapat cahayamata yang comel-comel belaka... Tidak lupa juga pada yang kehilangan seseorang yang disayangi, aku ucapkan takziah...
Hari ini hari terakhir sahabat aku akan bekerja dan esok dia akan bercuti balik kampung kerana terlibat dengan majlis perkahwinan adik ipar lelaki dia... Aku pun tidak berkecuali dari majlis itu tetapi aku pula terlibat dengan majlis pertunangan adik ipar lelaki.... Ini bermakna keluarga mertua aku akan datang bertandang ke rumah aku pada hari Sabtu ini... Apa masakan yang perlu aku hidangkan pada mereka? Dalam fikiran aku, ada 3 jenis masakan yang aku mahu hidangkan iaitu sama ada nasi minyak, nasi lemak atau mee goreng... Kalau keluarga aku sendiri yang datang ke rumah aku tidak risau sangat dengan pemakanan itu kerana aku tahu selera mereka, tetapi keluarga mertua pula jarang-jarang datang ke sini dan bila balik kampung hubby pun, aku cuma tolong memasak saja.... ahaksss... Memang teruk, bukan... Apalah punya menantu... hehehehe

Post a Comment
❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧