Assalamualaikum wbt...
Surah al-Kausar merupakan surah paling pendek di dalam Al-Quran selain dari surah al-Asr, yang juga mengandungi tiga ayat ; Surah Al-Kautsar ini tergolong dalam surah Makkiyah kerana telah diturunkan di Makkah. Ia bermaksud sungai di syurga. Kolam bagi sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.
Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad S.A.W kerana diturunkan ketika baginda (SAW) bersedih atas kematian dua orang yang dikasihi iaitu anak lelaki bagnda iaitu Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib .
Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan di antara khasiat surah ini :-
1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.
2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya’Allah hilang dahaga.
3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10 kali pada mata.
4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10 kali, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.
5) Jika membacanya 1,000 kali rezeki kita akan bertambah.
6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.
7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71 kali, Allah S.W.T. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.
Thanks For sharing useful information.
ReplyDeleteQuran with tajweed