Assalamualaikum,
Allah Hu' Rabbi....Lagi sekali aku kena dugaan.... Pagi tadi kereta aku rosak di pertengahan jalan dalam perjalanan menuju rumah sahabat aku kerana dia menumpang menaiki kereta.... Lantas aku menelefon hubby supaya datang membantu dan hubby pula secara kebetulan baru sahaja hendak keluar dari perkarangan rumah menuju ke tempat kerja... Setelah itu, aku menelefon sahabat aku untuk memberitahu yang kereta aku rosak... Sahabat aku menghulur bantuan dan selepas itu, sahabat aku ini cuba hendak membantu tetapi lagi sekali aku kena dugaan, sahabat aku kemalangan jalanraya.... Dia terlanggar pembahagi jalan dan jatuh tergolek.. Nasib baik ada orang mulia yang menolong dia yang terjatuh... Aku yang tidak mengetahui tentang kejadian ini berasa hairan dan tidak sedap hati kerana jarak antara pusingan - u dengan tempat kereta aku tersadai tidak berapa jauh.. Aku menyangka yang dia tidak mengetahui kedudukan aku...
Kemudian, telefon aku berbunyi dan rupa-rupanya sahabat aku yang menelefon mengatakan yang dia kemalangan...Aku yang memang amat terperanjat mendengar berita ini dan bertanya di mana lokasi dia berada dan katanya dia berada di arah belakang kereta aku berhampiran dengan selekoh.... Aku pun berpaling ke belakang kereta dan nampak kelibat dia bersama-sama dengan 2 orang wanita yang cuba membantu dia untuk bangun... Aku pun bergegas ke tempat kejadian dan aku nampak motorsikal yang dia naiki rosak teruk dengan roda di hadapan bengkok sama sekali..... 2 orang wanita tadi cuba menghulur bantuan untuk menghantar dia ke hospital Putrajaya dan aku bersetuju dengan cadangan itu kerana aku sedang menunggu hubby untuk datang membaiki kereta... Aku di dalam persimpangan dilema sebenarnya sama ada untuk membantu sahabat aku ini atau menunggu hubby datang...
Lalu aku menelefon rakan office untuk membantu... Hubby sampai sebaik sahaja rakan office aku tiba di tempat kejadian dan aku memberitahu berita sedih itu pada hubby, ternyata dia terperanjat dan bertanya di mana sahabat aku berada sekarang.. Aku beritahu yang ada orang mulia yang hantar dia ke hospital dan hubby memeriksa kerosakan kereta... Rupa-rupanya pengecas bateri kereta yang rosak... huhu patutlah tetapi masa itu aku amat risaukan keadaan sahabat aku lalu aku meminta kebenaran hubby untuk menjenguk dia dan hubby membenarkan aku pergi dengan syarat aku mesti berhati-hati menaiki motorsikal... Lalu aku menelefon pegawai atasan aku dan memaklumkan bahawa aku mengambil cuti kecemasan dan memaklumkan sahabat aku kemalangan... Aku meminta dua orang rakan office pergi menjenguk dia di hospital Putrajaya manakala aku pulang ke rumah untuk menyalin pakaian sebab pagi tadi aku memakai baju kurung dan ianya tidak sesuai semasa menunggang motorsikal....
Kemudian aku bergegas menuju ke hospital Putrajaya untuk melihat keadaan sahabat aku dan aku dapati tangannya patah dan tulang rawan bahu telah terkeluar dari soket tulang... Doktor memberi ubat tahan sakit, ubat sapu dan ubat bandage... Hubby menghubungi aku dan dia berkata yang kereta telah siap diperbaiki dan dia akan menghantar kereta itu ke hospital untuk mengambil motorsikal... Aku menunggu sahabat aku di wad kecemasan dan bila hubby sampai di hospital, dia bertanya tentang keadaan sahabat aku dan aku menceritakan apa yang berlaku.. lalu hubby memberi kebenaran untuk aku bersama-sama dengan sahabat aku sementara menunggu suami sahabat aku ini tiba di rumah... Untuk pengetahuan semua, suami sahabat aku ini tinggal berjauhan di Lanchang, Pahang... Aku telah menelefon suami sahabat aku dan memberitahu tentang keadaan isteri dia... Kemudian aku mengambil ubat sementara 2 orang rakan office aku menghantar sahabat aku pulang ke rumah... Setelah mengambil ubat, aku singgah ke rumah sahabat aku dan aku memberi dia makan ubat selain menyapu ubat di tempat yang sakit... Setelah suami sahabat aku tiba di rumah aku meminta diri untuk pulang dan bila sampai di rumah aku mendapati hubby telah berada di rumah.. lalu aku mengeluarkan makanan beku seperti ikan, ayam dan daging untuk disiang dan dibersihkan bagi memasak makanan malam kerana hubby perlu pergi ke tempat kerjapada pukul 8 malam... Setelah selesai menyiang ikan, ayam dan daging, aku memasak daging masak merah dan sayur kacang goreng.... hubby memakan dengan berselera sekali....
Oh ya! Malam ini telah diumumkan bahawa hari Sabtu ini kita akan mula berpuasa... Oleh itu aku ingin mengambil kesempatan untuk memohon ampun dan maaf kepada rakan-rakan jikalau aku ada menyakiti hati kalian..semoga ibadah kita akan diterima oleh Allah SWT dan semoga kita semua mendapat rahmat dan berkat dari Allah SWT... 'Selamat menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak' rakan-rakan... Puasa jangan tinggal puasa yea......
Kemudian, telefon aku berbunyi dan rupa-rupanya sahabat aku yang menelefon mengatakan yang dia kemalangan...Aku yang memang amat terperanjat mendengar berita ini dan bertanya di mana lokasi dia berada dan katanya dia berada di arah belakang kereta aku berhampiran dengan selekoh.... Aku pun berpaling ke belakang kereta dan nampak kelibat dia bersama-sama dengan 2 orang wanita yang cuba membantu dia untuk bangun... Aku pun bergegas ke tempat kejadian dan aku nampak motorsikal yang dia naiki rosak teruk dengan roda di hadapan bengkok sama sekali..... 2 orang wanita tadi cuba menghulur bantuan untuk menghantar dia ke hospital Putrajaya dan aku bersetuju dengan cadangan itu kerana aku sedang menunggu hubby untuk datang membaiki kereta... Aku di dalam persimpangan dilema sebenarnya sama ada untuk membantu sahabat aku ini atau menunggu hubby datang...
Lalu aku menelefon rakan office untuk membantu... Hubby sampai sebaik sahaja rakan office aku tiba di tempat kejadian dan aku memberitahu berita sedih itu pada hubby, ternyata dia terperanjat dan bertanya di mana sahabat aku berada sekarang.. Aku beritahu yang ada orang mulia yang hantar dia ke hospital dan hubby memeriksa kerosakan kereta... Rupa-rupanya pengecas bateri kereta yang rosak... huhu patutlah tetapi masa itu aku amat risaukan keadaan sahabat aku lalu aku meminta kebenaran hubby untuk menjenguk dia dan hubby membenarkan aku pergi dengan syarat aku mesti berhati-hati menaiki motorsikal... Lalu aku menelefon pegawai atasan aku dan memaklumkan bahawa aku mengambil cuti kecemasan dan memaklumkan sahabat aku kemalangan... Aku meminta dua orang rakan office pergi menjenguk dia di hospital Putrajaya manakala aku pulang ke rumah untuk menyalin pakaian sebab pagi tadi aku memakai baju kurung dan ianya tidak sesuai semasa menunggang motorsikal....
Kemudian aku bergegas menuju ke hospital Putrajaya untuk melihat keadaan sahabat aku dan aku dapati tangannya patah dan tulang rawan bahu telah terkeluar dari soket tulang... Doktor memberi ubat tahan sakit, ubat sapu dan ubat bandage... Hubby menghubungi aku dan dia berkata yang kereta telah siap diperbaiki dan dia akan menghantar kereta itu ke hospital untuk mengambil motorsikal... Aku menunggu sahabat aku di wad kecemasan dan bila hubby sampai di hospital, dia bertanya tentang keadaan sahabat aku dan aku menceritakan apa yang berlaku.. lalu hubby memberi kebenaran untuk aku bersama-sama dengan sahabat aku sementara menunggu suami sahabat aku ini tiba di rumah... Untuk pengetahuan semua, suami sahabat aku ini tinggal berjauhan di Lanchang, Pahang... Aku telah menelefon suami sahabat aku dan memberitahu tentang keadaan isteri dia... Kemudian aku mengambil ubat sementara 2 orang rakan office aku menghantar sahabat aku pulang ke rumah... Setelah mengambil ubat, aku singgah ke rumah sahabat aku dan aku memberi dia makan ubat selain menyapu ubat di tempat yang sakit... Setelah suami sahabat aku tiba di rumah aku meminta diri untuk pulang dan bila sampai di rumah aku mendapati hubby telah berada di rumah.. lalu aku mengeluarkan makanan beku seperti ikan, ayam dan daging untuk disiang dan dibersihkan bagi memasak makanan malam kerana hubby perlu pergi ke tempat kerjapada pukul 8 malam... Setelah selesai menyiang ikan, ayam dan daging, aku memasak daging masak merah dan sayur kacang goreng.... hubby memakan dengan berselera sekali....
Post a Comment
❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧