Selamat jalan....

Sunday, July 08, 2012


Selamat jalan dan jaga diri baik-baik.. Semoga selamat sampai di Palong 7... Itulah ucapan yang aku sampaikan kepada mereka... Mereka bertolak pada pukul 1.45 petang kerana pagi hubby aku membawa kereta bapa mertua aku ke bengkel disebabkan radiator kereta telah bocor... Nasib baik hubby perasan radiator itu bocor lalu hubby membawa kereta ke bengkel... Pagi tadi aku membuat sarapan dengan membuat nasi goreng dan karipap..... Wahhh sedapp.... 

Kemudian sementara tunggu hubby pulang dari bengkel, aku mula memasak makanan tengahari untuk hidangan mereka, dengan menu ikan goreng, sayur kobis masak lemak, nasi putih dan sambal belacan.. Memang ringkas tetapi itu yang mereka suka.... Setelah memasak, aku mula masuk dalam bilik untuk melipat pakaian yang telah dibasuh semalam, Al-Hamdulillah semuanya kering lantaran musim panas sekarang ini.... Kita semua patut berhati-hati dengan keadaan cuaca yang panas ini, jangan membakar semak dan sampah sesuka hati ditakuti akan memakan diri pula.... aihhh melalut pula.... Mungkin keletihan semalam masih ada bersisa dalam diri ini, aku tertidur semasa melipat pakaian dan sebaik sahaja aku sedar, keluarga mertua aku sudah bertolak pulang ke rumah... Aku bertanya pada hubby mengapa tidak kejutkan aku tadi, dia menjawab, " sebab abang tengok sayang nampak lena dan nampak letih sangat, mak pun tak bagi abang kejutkan sayang.. Sebab tue abang tidak kejutkan sayang..." huhuhu tidak mengapa lah.... 


 

Post a Comment

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧