Jiwa
kita akan menjadi tenang jika kita membiasakan diri mengambil wuduk
sebelum melakukan pekerjaan. Kerja susah akan menjadi senang dan mudah
diselesaikan.
Perbanyakkan membaca Al-Quran
Ganjaran
yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca Al-Quran
walau satu ayat. Waktu yang sesuai bagi kita untuk membaca Al-Quran
ialah selepas solat lima waktu dan waktu-waktu lain seperti ketika
berehat dan sebelum tidur. Oleh itu, jadikanlah Al-Quran sebagai teman
paling akrab pada sepanjang waktu.
Banyakkan solat sunat
Sebagai
makhluk paling mulia di sisi Allah, kita disuruh membanyakkan amal
ibadat kita sehari-hari. Antaranya, dengan mendirikan solat sunat. Solat
sunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tasbih adalah antara
pelbagai solat sunat yang terdapat dalam Islam. Kita bangun pada
sepertiga malam dan mendirikan solat-solat sunat tersebut agar beroleh
ketenangan dan kekuatan dari Allah.
Selalu berdoa kepada Allah
Allah
telah berpesan iaitu jangan menyembah selain daripada-Nya. Ini bererti
kita disuruh berdoa hanya kepada Allah Yang Maha Esa dan dilakukan
secara berterusan. Waktu-Waktu mustajab berdoa adalah pada malam Jumaat,
tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu
azan dan iqamah. Namun, kita perlu sedar bahawa sebarang rezeki tidak
akan datang bergolek sekiranya tanpa usaha bersungguh-sungguh. Maka,
kita perlu berusaha supaya mencapai sesuatu di samping berdoa hanya
kepada Allah Yang Esa.
Bersangka baik dengan Allah
Kita
sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapan dengan
ujian dalam hidup. Semua itu adalah ujian daripada Allah untuk menguji
keimanan kita sebagai hamba-Nya. Oleh itu, kita mesti bersangka baik
dengan Allah dan jangan menyalahkan-Nya jika terjadi sesuatu ke atas
diri kita. Kita juga mesti percaya bahawa tentu ada hikmah di sebalik
kejadian itu.
Lakukan kegiatan luar seperti bersukan
Orang
ramai selalu berkata bahawa badan cergas akan membentuk otak yang
cerdas. Segala tekanan sewaktu bekerja akan dilupakan apabila kita
melakukan aktiviti-aktiviti luar yang dapat menyihatkan tubuh badan
seperti bersukan. Situasi akan menjadi lebih menggembirakan jika kita
meluangkan masa membawa keluarga pergi beriadah. Ikatan kekeluargaan
juga akan bertambah erat dan kukuh.
Amal diet dengan displin yang kuat
Pengambilan
makanan berlebihan dan tidak seimbang juga merupakan salah satu faktor
tekanan sewaktu bekerja. Oleh itu, cara mengurangkan tekanan adalah
mengamalkan diet dengan displin yang ketat. Diet yang tidak terkawal
akan menyebabkan kegemukan dan menimbulkan penyakit kronik yang lain
seperti lemah jantung, darah tinggi dan kencing manis.
Menangis dengan sepuas hati
Tekanan
yang dihadapi sekiranya melibatkan individu yang lain dapat diredakan
melalui luahan hati kita dengan menulis rasa ketidakpuasan hati kita itu
dalam sehelai kertas. Sikap cuba menyimpan perasaan tersebut dalam hati
boleh menyebabkan diri merana. 'Luaran lain, hati lain'- ada sesetengah
individu apabila mereka mengalami sesuatu tekanan, mereka seolah-olah
tidak menunjukkan permasalahan mereka itu. Sebagai contoh, dia dilihat
ceria apabila bersama rakan-rakan tetapi dalam hatinya hanya Allah Yang
Maha Mengetahui.
Hargai kebolehan diri sendiri
Kita
perlu mempunyai satu sikap yang dipanggil yakin diri. Apabila kita
mempunyai keyakinan diri, maka kita tidak akan mempunyai masalah untuk
melakukan sesuatu pekerjaan yang disuruh oleh pihak lain sewaktu
bekerja. Kita yakin bahawa kita boleh melakukan kerja yang disuruh
dengan mudah dan tiada sebarang masalah yang dihadapi. Apa yang penting
ialah, kita mesti menghargai kebolehan diri sendiri dan memulakan hidup
dengan lebih ceria.
Cintai diri sendiri
"Cintailah
diri kamu sendiri sebelum kamu mencintai orang lain." Jelas daripada
maksud sepotong hadis ini, dapat memahami bahawa kita perlu mencintai
diri sendiri terlebih dahulu berbanding orang lain. Diri kita yang
selama ini masih pada tahap lama dalam pekerjaan perlu dipertingkatkan
dengan cara yang dinyatakan di atas. Kita perlu memulakan kehidupan kita
dengan ceria dan penuh dengan senyuman. Sebagai kesimpulannya, tekanan
kerja bukan satu bebanan yang sukar diatasi. Dengan usaha yang gigih dan
kesabaran yang tinggi serta jalan penyelesaian yang jitu, bebanan yang
kita alami pastinya akan dapat diselesaikan dengan jayanya.
Post a Comment
❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧